Pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati dan pada bila-bila
masa.Pilihanraya adalah simbol ‘kepercayaan rakyat’,‘integriti’ dan ‘keadilan’.Justeru,sesebuah pilihanraya memakan kos yang begitu tinggi untuk memastikan
perjalanannya lancar dan tepat.Bagi sesebuah pilihanraya kecil juga,SPR dan PDRM
memerlukan jumlah jutaan ringgit.Contohnya,bagi PRK Kuala Besut yang lalu,perbelanjaan dari SPR sahaja memakan jumlah RM750,000 dan PDRM pula sebanyak
RM10.4 juta.Jumlah ini sudah cukup untuk menunjukkan yang ia bukan sesuatu yang
boleh dipermudahkan.Berdasarkan hakikat ini,seseorang wakil rakyat tidak boleh berundur diri dan
meletak jawtan sesuka hati, tanpa sebab musabab yang konkrit walaupun atas nama
kepentingan parti.Ini kerana tugas utama seorang wakil rakyat adalah untuk mewakili
rakyat,bukan parti.
Bagaimanapun,pembangkang nampaknya tidak mampu memahami perkara ini.Bagi
pembangkang,tugas wakil rakyat adalah untuk memastikan kemenangan parti atau
kepentingan pemimpin tertentu semata-mata.Manakala,berkhidmat kepada rakyat
merupakan tugas tetap kerajaan pusat atau wakil rakyat Barisan Nasional.Justeru itu,Ketua Pembangkang,iaitu Anwar Ibrahim langsung tidak merasa bersalah
mempermainkan rakyat dengan ‘menukar’ wakil rakyat dari partinya sesuka hati
beberapa kali demi keuntungan politik kepada partinya, atau lebih tepat,dirinya.Perletakan jawatan ADUN Kajang,Lee Chin Cheh baru-baru ini,bukanlah kes pertama
di mana seorang wakil rakyat PKR perlu berkorban bagi memenuhi serakah Ketua
Pembangkang.Sebelum ini,perkara yang sama berlaku di Penanti di mana bekas Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang Muhammad Fairus Khairuddin telah dikaitkan dengan skandal
rasuah seubah kuari dan terpaksa meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Bekas
Setiausaha Politik Anwar,iaitu Dr. Mansor Othman mengambil-alih jawatannya.Dalam isu Penanti,Anwar dilaporkan berulang kali menafikan yang Fairus akan meletak
jawatan sehinggalah ke saat akhir.Fairus,dalam kenyataan mengenai perletakan
jawatannya kepada Nanyang Siang Pau,mengesahkan andaian ‘ada yang tidak kena’
dengan pertuduhan rasuah ke atasnya.
Malah,beliau memberi tempoh dua minggu
kepada PKR untuk membersihkan namanya serta mengugut akan mendedahkan
skandal kerajaan negeri dan PKR.Nama beliau kemudiannya dibersihkan,namun jawatan beliau juga telah digantikan
oleh Dr. Mansor melalui PRK Penanti,sepertimana yang dirancang oleh kepimpinan
PKR.Dalam Pilihanraya 2008,Anwar menyuruh Wan Azizah meletak jawatan sebagai wakil
rakyat Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada dirinya.Ia dilihat berpunca dari
ketidakyakinan Anwar untuk bertanding di kawasan lain lalu memilih kawasan paling
selamat bagi memastikan kesinambungan hayat politiknya.Nampaknya,Anwar menyifatkan pilihanraya sebagai padang permainan dengan beliau
perlu terus menjadi pemenang.Anwar tidak melihat pilihan rakyat sebagai sesuatu
yang serius.Dalam fikiran Anwar,rakyat bukan memilih calon,tetapi memilih dirinya
dan partinya.Oleh itu,beliau boleh bertanding di mana-mana saja dan menyuruh
mana-mana calon meletak jawatan bila-bila masa,bagi menjayakan agendanya.
Ini membuktikan bahawa Anwar bukan sahaja tidak menghormati rakyat,tetapi
juga tidak menghormati pemimpin PKR termasuk Presiden parti yang juga isterinya
sendiri.Keadilan,integriti dan kepercayaan rakyat adalah sesuatu yang tidak ada kena
mengena dalam perjuangannya.Bagi Anwar,pembaziran yang berlaku bagi memenuhi
agendanya bukanlah isu,walaupun beliau sering menghentam kerajaan atas tuduhan
membazir.Pengundi Kajang wajar mengambil pengajaran dari siri PRK ciptaan Anwar ini.Jika
Anwar mampu mempermainkan kepercayaan dan membazir wang rakyat untuk
mengadakan PRK yang tidak perlu,maka apakah Anwar seorang pemimpin yang
baik ???? Pemimpin jenis apa yang mengadakan pilihanraya ‘sesuka-hati-mak-
bapaknya’ ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment