Social Icons

Pages

Wednesday, January 08, 2014

HOT NEWS !!! @NETRAKL #MARINAMAHATHIR #MM HARUS KEMBALI KE PANGKAL JALAN !!!


Sudah sampai masanya Marina Mahathir menilai aqidah dan peganganya dalam Islam.Penampilannya,kecendurungannya dan beberapa tindakan beliau diikuti dengan prinsipnya yang mana nilai-nilai serta ciri-ciri seorang Muslim sudah tiada lagi di dalam diri beliau.Lantang membela nasib hak asasi koloni yang mengamalkan seks bebas (lgbt) yang mana perkara tersebut dilaknati oleh ALLAH taala.

Tegar dan tegas membela mereka yang sonsang yang membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa beliau tidak lagi berpegang pada prinsip sebenar seorang Muslim atau mana mana agama dan hidupnya berlandaskan apa yang nyata iatu berdasarkan logik sahaja.Apa yang lebih menyukarkan ialah watak ini tidak akan menerima apa apa jua jua yang berlandaskan agama malah telah diketahui umum menentang beberapa hukum agama sepertu yang kita lihat didalam doktrin doktrin Sister in Islam (SIS).Terang terangan membela ambiga dan mencabar mereka yang menghentam laknaktullah ini berdepan dengannya.Apa yang cuba beliau buktikan? 

Yang terbaru,beliau bersama sama beberapa individu lain memberikan sokongan moral pada pihak kristian secara terang terangan dalam masa yang menemplak Jabatan Agama Islam Selangor,tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam di Tanah Melayu ini.Kembalilah kepangkal jalan dan betulkan prinsip dan pengangan agama sebelum terlambat kerana sudah keterlaluan melihat apa yang digengamnya.Kita menasihati beilau supaya kembali ke jalan yang diredhai ALLAH,bukan dengan menghina dan mencela sesama muslim.Hormatilah agama itu sendiri jika beliau seorang muslim dan hormatilah perlembagaan negara yang sedia ada jika beliau seorang rakyat Malaysia. 

Irwan Fahmi Ideris 
Ketua Wira Perkasa Malaysia

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

nasirwise said...

Penulis amat sempati dengan ayahanda Tun Dr Mahathir dan bonda Tun Siti Hasmah di atas pendirian anak perempuannya, Marina Tun Dr Mahathir. Terkini Marina, penyokong kuat Sister In Islam (SIS), hadir di perhimpunan Kristian dan mempamerkan pendirian beliau iaitu (lebih kurang) `GOD IS ALLAH IS GOD' dan ALLAH IS FOR ALL’. Dari segi bahasa, ayat tersebut meng`confirm’kan yang ALLAH mencipta manusia dan wajid di sembah oleh manusia sejagat.

Pada hemat penulis, penganut agama Kristian khasnya, mengiktiraf bahawa Allah adalah `creator’ dan telah mengcipta dan menghidupkan mereka dan manusia tetapi mereka tidak menyembah `the creator’. Jika mereka mahu menggunakan Kallimah Allah, anutilah agama Islam. Anda boleh menggunakannya setiap saat.

Setahu penulis Tun Dr Mahathir berpendirian Allah adalah Tuhan untuk orang Islam sahaja selari dengan keputusan Mahkamah Rayuan juga berpendapat penggunaan Kalimah Allah adalah mendasari (integral part) dalam agama Islam dan TIDAK mendasari agama Kristian. Tambah Tun, tiada penggunaan Kalimah Allah tidak mencederaan atau mencatatkan agama Kristian.



Sebagai selingan, Penulis suka dengan penulisan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar di dalam rencananya `Hentikan polemik sakiti umat Islam’ di Mingguan Malaysia pada Ahad 5 Januari 2014. Contoh yang diberikan memahamkan lagi maksud mendasari atau `integral part’ sesuatu agama.

Di dalam kes In The State of West Bengal v Ashutosh Lahiri AIR 1996, SC 464, Mahkamah India memutuskan bahawa penyembelihan semasa Aidiladha adalah suatu yang mendasar kepada umat Islam namum menyembelih lembu bukanlah suatu yang mendasar kerana lembu tersebut boleh diganti dengan kambing atau unta. Oleh hal yang demikian melarang orang Islam menyembelih lembu di India sempena Aidiladha tidak menafikan hak beragama orang Islam.

Satu lagi contoh yang baik ialah kes Meor Atiqurrahman bin Ishak v Fatimah Sihi (2006) 4AMR 577 di mana Mahkamah Persekutuan Malaysia pula memutuskan memakai serban bukanlah suatu yang dasar di dalam Islam kerana ia tidak diwajibkan.

Ini lah antara dugaan besar yang dihadapi oleh Tun Dr Mahathir. Selain dugaan anak perempuan beliau, Datin Paduka Marina, dugaan terbesar yang lain ialah masalah ekonomi dan kewangan yang dihadapi oleh negara Malaysia sehinggakan Ringgit Malaysia ditambat nilainya.

Dugaan ketiga ialah rancangan DS Anwar Ibrahim dan geng memporak perandakan Malaysia dan hasrat menumbangkan BN serta mempromosi aktiviti yang bercanggah dengan Islam.

Dugaan keempat ialah kesihatan jantung yang kebelakangan ini sering melanda Tun Dr Mahathir. Tahun lepas, tidak silap 2 kali dimasukkan dan dirujuk di IJN kerana jangkitan kuman. Beliau melepaskan jawatan Penasihat Petronas.

Seterusnya dugaan yang lebih sulit ialah mengenai anak anak. Datuk Mukhriz telah dilantik ke jawatan Menteri Besar Kedah dan tanggongjawabnya amat berat. Expectation rakyat Kedah adalah tinggi memandangkan Datuk Mukhriz adalah anak kepada Bapa Perindustrian Malaysia. Walaupun tidak mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Kedah, letih juga memerhatikan dari jauh supaya Datuk Mukhriz berada di landasan yang betul.


Kesimpulannya, Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir, lebih memeningkan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah. Anak perempuan ini semakin `too liberal’ dan jika tidak di kekang, beliau boleh tersesat. Sekarang ini beliau dilihat aktif bersama kumpulan BERSIH dan aktiviti Pakatan Rakyat.

http://nasirwise.blogspot.com/2014/01/tun-dr-mahathir-dan-tun-siti-hasmah.html

Anonymous said...

hanya kedua2 tun, orang tuanya saja yg dpt menasihati marina..kesihan tun mahathir....

Anonymous said...

Melihat kepada raut wajahnya sahaja sudah nampak jenis muka tak sudah, tak usah di layang sangat kerenah dia ni, buat malu orang melayu je hidung tak mancung pipi tersorong sorong. biarlah dia ni terjung dengan labunya.

 
 
Blogger Templates