Social Icons

Pages

Friday, January 03, 2014

HOT NEWS !!! PERHIMPUNAN HARAM !!! PUAK PR NAK SOLAT ATAU MENUNJUK-NUNJUK ???


RIAK DALAM SOLAT !!! 


Ketahuilah bahawa riak ini sebagai contoh adalah usaha oleh dirimu sendiri untuk mencari kedudukan di hati orang lain agar dihormati,disegani dan dipuji serta dipuja yang bertujuan untuk menampakkan dirinya kepada orang lain agar diketahui kehebatannya, kebaikannya,perjuangannya dan amalnya.Betapa ramai manusia binasa dengan nafsu rasa ingin dipuja ini.Mereka lupa bahawa apa yang mereka ada itu adalah kerana izin ALLAH SWT.Jika ALLAH mengatakan TIDAK.Maka tiada satu pun pada mereka.

Mereka gemar melakukan perbuatan-perbuatan amal seperti solat dan sebagainya ini adalah semata-mata kerana riak iaitu ingin mendapatkan pujian semata-mata.Riak adalah mengharapkan keduniaan semata-mata dan bagi menjaga status dirinya dengan melakukan amal-amal kebaikan untuk mendapat pujian.Antara contoh-contoh riyak adalah : 

1- Melakukan amal soleh dan berakhlak mulia semata-mata mahu mendapat pujian dari masyarakat. 
2- Memakai pakaian yang zuhud padahal dirinya bukan orang yang zuhud dalam hatinya. 
3- Berpura-pura benci kepada keduniaan padahal ia menyesal jika terlepas melakukan perkara yang menguntungkan. 
4- Melakukan amal solat dan sedekah jika dilihat orang. 

Nabi Muhammad Saw berkata : Aku tidak bertanggung jawab kepada orang-orang yang bersifat Riya’ 

Nabi Muhammad Saw berkata dalam hadisnya yang mulia : 

Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang solat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, Siapa orang yang bersedekah hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’.( Hadis Riwayat Al Imam Ahmad )


Sepertimana firman Allah Ta'ala; 

Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk).-Surah Al-Mauun Ayat 4 Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan neraka weil jika dia lalai daripada mengingat Allah apatahlagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.Sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa bertuhan tidak akan timbul. 

Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum'ah dan ingin dipuji, rasa diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan. Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana su'ul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka.Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah. 

Cara yang terbaik semestinya merahsiakan amalan baik kita agar ia terpelihara dari sifat riyak kerana ia akan menjadikan amalan baik kita sia-sia, serta turut menjatuhkan kita ke dalam golongan yang syirik. Biar Allah saja mengetahuinya kerana niat kita beribadah hanya untuk mencari keredhaanNya. Firman Allah Taala, mafhumnya:“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” Surah As Syuura : Ayat 20

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

Perkatan PAS, PKR dan DAP tidak ada dalam kamus aku. INIlah djal-dajal yang merosakkan keharmonian negara Malaysia tercinta ini. Kalau jadi kekecohan dan permusuhan, aku salahkan mereka ini..TIDAK ada orang lain.

Anonymous said...

Orang tak solat ko tak komen pulak...amno..amno...

Anonymous said...

Pencacai menunjuk nunjuk solat di sogo....stopa ali berihat senang lenang di united kingdom sambil tebar roti bawang putih....ahaks....bodo wang derma ko stopa ali dah beli roti canai bawang putih di england....ahaks...bodo bodo...bertingkek tingkek

Anonymous said...

Orang solat tak menunjuk nunjuk macan kau orang. Dalam hati ada iman keredhaan Allah kami utamakan. maaf Islam bukan Pas dan Pas bukan Islam, Pas parti politik muhasabahlah diri semoga mendapat petunjuk dari Allah Subaha...nahuwataala.

Anonymous said...

nawaitu iman sembahyang tunjuk tunjuk ni dah jelas, tengok baju apa dia pakai, nawaitu dia nak berkumpul, nak buat kacau, nak memekik melolong, jadi bersih ke dia sebagai imam, macam mana pengikut di belakangnya, jadi bahan ketawa pelancong lah tengok melayu di perbodoh bodoh kan...pak tourist akan kata.. you know in malaysia I saw a group of people on the street doing like praying... I don't know what religion is this.. I know muslims are clean, loyal, trustworthy people...what a sore..

Anonymous said...

ooi masjid india, masjid jamek dekat lah, tak boleh ke ke masjid nak semahyang,, nak berdemo kat padang merdeka boleh,,, apa punya melayu, siapa cikgu ugama kat sekolah dulu..sesat lah kamu yang buat perangai macam ni, atuk nenek kat kampong tak gemo beno kamu buat perangei macam ni, sedih melayu menjatuh kan maruah melayu, patut lah melayu boleh di jual..

 
 
Blogger Templates