Social Icons

Pages

Wednesday, January 01, 2014

HOT NEWS !!! #PERHIMPUNANHARAM !!! #ANWARIBRAHIM GUNA GOLONGAN MUDA SEBAGAI ALAT JATUHKAN KERAJAAN !!!


Setelah kehabisan modal untuk digoreng bagi menyerang kerajaan,pembangkang menggunakan isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sebagai pembuka tirai tahun baru 2014.Seperti biasa puak-puak pembangkang yang kurang akalnya suka benar membuat kecoh untuk rosakkan mood rakyat bercuti keesokan harinya.Yang peliknya pemimpin-pemimpin pembangkang berapi-api menghasut supaya anak-anak muda turun berdemonstrasi di bandaraya Kuala Lumpur tetapi mereka sendiri entah hilang ke mana.Khabarnya ramai yang keluar negara untuk bercuti panjang hujung tahun bersama keluarga.Ini bermakna mereka tidak akan menyertai perhimpunan untuk 'menumbangkan kerajaan' pada malam tahun baru itu.Ini juga bermakna anak-anak muda yang akan terjerit terlolong seperti melihat polong,telah berjaya diperalatkan untuk kepentingan peribadi dan agenda politik Anwar Ibrahim serta kuncu-kuncu.Sementara anak-anak muda yang tidak mengerti agenda perjuangan sebenar Anwar akan merelakan diri mereka digunakan sepenuhnya,pemimpin-pemimpin yang mereka sanjung dan sokong sedang berpesta dan berseronok-seronok di luar negara.

Tidakkah anak-anak muda dan mereka yang teringin sangat untuk ikut serta dalam perhimpunan itu sedar mereka sebenarnya telah diperangkap dalam jerat yang telah disediakan oleh pembangkang ??? Mengapa mereka tidak menggunakan sedikit daripada akal sihat dan kemampuan berfikir yang dianugerahkan Tuhan untuk merenung sejenak apa yang mereka lakukan.Pemimpin seperti Anwar tidak pernah menilai atau menyanjung sumbangan mana-mana penyokongnya bermatian berjuang menentang kerajaan kerana menganggp beliau telah dianiayakan.Cuba soal diri mereka ke mana dan di mana kedudukan pejuang-pejuang asal dan paling awal gerakan reformasi pada tahun 1998 dahulu.Adakah mereka diangkat sebagai calon dalam pilihan raya umum lalu atau dilantik dalam mana-mana anak syarikat kerajaan negeri Selangor,Pulau Pinang atau Kelantan sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka ??? Persoalan seterusnya mengapa Anwar meninggal dan mengabaikan pejuang reformasi begitu sahaja.Sebaliknya Anwar hanya mementingkan kawan-kawan dan kroni-kroninya sahaja apatah lagi jika mereka berduit.Kebanyakan calon PKR pada PRU13 umpamanya tidak dipilih daripada pimpinan peringkat cabang atau negeri tetapi sebaliknya ramai orang luar yang diimport untuk bertanding. 

Ini membuktikan PKR hanya pandai mengeksploitasi semangat dan usaha penyokongnya sahaja tetapi apabila keuntungan politik sudah diraih, janganlah untuk mendapat apa-apa bantuan atau pertolongan dari mereka.Inilah yang bakal terjadi kepada anak-anak muda yang meluap-luap semangat mereka tanpa disedari mereka hanyalah biduk atau 'pawn' dalam permainan licik politik pembangkang. Mereka tidak sesekali berfikir dua kali untuk menggunakan tenaga muda untuk ditolak kedepan berdepan dengan pasukan keselamatan pada perhimpunan yang akan diadakan kelak.Soal samada pemuda pemudi yang berdepan dengan tindakan undang-undang tidak menjadi persoalan pembangkang. Isu masa depan golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian kehilangan biasiswa atau pinjaman pendidikan jika mereka sabit kesalahan menyertai perhimpunan haram juga pada pembangkang tidak timbul.Malangnya ramai di antara penyokong pembangkang yang begitu ghairah mahu menjatuhkan kerajaan hanya atas isu kenaikan sedikit harga barangan tidak mahu berfikir langsung tentang buruk baik perbuatan mereka. 

Anggota keempat-empat pertubuhan yang dikenal pasti sebagai dalang perhimpunan haram itu semuanya terdiri daripada anak-anak muda.Sememangnya generasi muda sentiasa menjadi sasaran musuh untuk memusnahkan kerajaan sesebuah negara.Samada bermula dari Revolusi Perancis pada abad ke 18 hinggalah kepada Revolusi Mesir ang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak,kebanyakan yang terlibat adalah golongan muda. Malah yang paling ramai terkorban adalah golongan muda yang masih perjalanan dalam kehidupan mereka.Lain senarionya jika golongan muda mara ke hadapan untuk melawan musuh negara yang ingin menakluk atau menyerang kedaulatan wilayah.Tetapi jika tujuannya adalah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan ditubuhkan melalui proses pilihan raya secara demokratik,ini adalah sesuatu yang ganjil.Jika ia ganjil sudah tentu ada sesuautu yang tidak kena dengan agenda yyang ingin dijayakan kerana sudah tentu tujuannya bukanlah demi kepentingan negara atau rakyat.Sebelum terlambat eloklah lupakan hasrat dan cita-cita yang jauh terpesong daripada nilai-nilai jatidiri orang Melayu dan juga undang-undang negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...


Dengar cerita anuar dah jadi PM. betul ke. His his his! Habislah Najib dan kah Mah .PM pantat mak engkau.

Anonymous said...

KESIAN BLOGGER UMNO TAK PENAH NAK HADAM N PAHAM TURUN = GULING.

PERHIMPUNAN HALAL ANJURKAN KONSERT OLEH ARTIS2.

 
 
Blogger Templates