Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,Datuk Addul
Rahman Dahlan mempertikaikan tindakan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang
cuba menyalahkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional berhubung kemelut kalimah
Allah.Menurutnya Anwar ketika menyampaikan ucapannya di Taginambur,Kota Belud kelmarin banyak menyentuh isu semasa termasuk kalimah Allah yang kononnya
angkara UMNO.Sedangkan semua isu tersebut berlaku di Selangor yang ditadbir oleh
kerajaan PR
“Saya hanya ingin maklumkan kepada Datuk Seri Anwar bahawa naskah Al-Kitab
yang dirampas berlaku di negeri Selangor,yang di tadbir oleh parti beliau iaitu Pakatan Rakyat.Agensi yang merampas adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu
agensi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.Enakmen negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di Selangor diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sultan yang
bertitah mengenai larangan penggunaan kalimah Allah ialah DYMM Sultan Selangor,
Sultan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” katanya.
Rahman turut mengatakan sekiranya Anwar merasakan isu tersebut menghantui
pemikirannya,dia sepatutnya memecat semua pegawai yang terlibat atau sekurang-
kurangnya segera mengadap DYMM Sultan Selangor dan meminta baginda menarik
kembali titah larangan yang dikeluarkan sebelum ini.Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bertitah bahawa
penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja,mengikut
peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan
Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada
1988.
“Jawapannya senang sahaja.Datuk Seri Anwar tidak berani.Dia lebih berani nak
berceramah di Kota Belud dan cuba mengabui mata rakyat dan lepas tangan sambil
menuduh orang lain. Apa pun masih tidak lewat untuk Datuk Seri Anwar untuk
menujukkan keberaniannya,” ujar beliau lagi.Tidak cukup dengan itu,beliau turut mencabar Anwar untuk meminta kerajaan Selangor
membawa usul bagi meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (1988) dalam
persidangan dewan undangan negeri yang akan bersidang tidak lama lagi.
“Tidak ada alasan untuk pindaan itu tidak diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
kerana Pakatan Rakyat mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan tersebut.Lagi
pun tiga Ahli Yang Berhormat DAP dari Selangor telah berjanji untuk membawa usul
pindaan itu.Saya harap Datuk Seri Anwar tidak menekan mereka untuk menarik balik
hajat mereka itu.Samada DYMM Sultan Selangor akan berkenan meluluskan pindaan itu atau tidak
bukan persoalannya.Yang penting Datuk Seri Anwar ada peluang untuk membuktikan
bahawa beliau serius untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah di Selangor yang
ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” jelas beliau lagi.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Pada pemerhatian saya, PR takut untuk meminda peruntukan tersebut, walaupun nampaknya masyarakat muslim selangor tidak berapa kisah kalau pun pindaan tersebut dibuat. mungkin ada segelintir yang menentang keras, tapi itulah, segelintir. pihak polis boleh dan berupaya menangani mereka. Harus ingat muslim diselangor hanyalah 50% penduduk selangor. daripada 50% muslim , mudah untuk mengagak bahawa 80% adalah sekular. pengajaran agama di selangor selama ini bukan kearah mentauhidkan Allah tapi kearah politik. hasilnya umpama pokok yang akarnya mudah tumbang. Saya agak yakin, pindaan boleh dibuat dengan sokongan 50% non-muslim dan 30% muslim sekular.
Post a Comment