Social Icons

Pages

Tuesday, January 28, 2014

#KALIMAHALLAH !!! #ANWARIBRAHIM DI CABAR PINDA ENAKMEN AGAMA BUKAN ISLAM DI SELANGOR !!! ADA BERANI ???


Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,Datuk Addul Rahman Dahlan mempertikaikan tindakan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang cuba menyalahkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional berhubung kemelut kalimah Allah.Menurutnya Anwar ketika menyampaikan ucapannya di Taginambur,Kota Belud kelmarin banyak menyentuh isu semasa termasuk kalimah Allah yang kononnya angkara UMNO.Sedangkan semua isu tersebut berlaku di Selangor yang ditadbir oleh kerajaan PR

“Saya hanya ingin maklumkan kepada Datuk Seri Anwar bahawa naskah Al-Kitab yang dirampas berlaku di negeri Selangor,yang di tadbir oleh parti beliau iaitu Pakatan Rakyat.Agensi yang merampas adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu agensi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.Enakmen negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di Selangor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sultan yang bertitah mengenai larangan penggunaan kalimah Allah ialah DYMM Sultan Selangor, Sultan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” katanya. 

Rahman turut mengatakan sekiranya Anwar merasakan isu tersebut menghantui pemikirannya,dia sepatutnya memecat semua pegawai yang terlibat atau sekurang- kurangnya segera mengadap DYMM Sultan Selangor dan meminta baginda menarik kembali titah larangan yang dikeluarkan sebelum ini.Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja,mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988. 

“Jawapannya senang sahaja.Datuk Seri Anwar tidak berani.Dia lebih berani nak berceramah di Kota Belud dan cuba mengabui mata rakyat dan lepas tangan sambil menuduh orang lain. Apa pun masih tidak lewat untuk Datuk Seri Anwar untuk menujukkan keberaniannya,” ujar beliau lagi.Tidak cukup dengan itu,beliau turut mencabar Anwar untuk meminta kerajaan Selangor membawa usul bagi meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (1988) dalam persidangan dewan undangan negeri yang akan bersidang tidak lama lagi.

“Tidak ada alasan untuk pindaan itu tidak diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kerana Pakatan Rakyat mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan tersebut.Lagi pun tiga Ahli Yang Berhormat DAP dari Selangor telah berjanji untuk membawa usul pindaan itu.Saya harap Datuk Seri Anwar tidak menekan mereka untuk menarik balik hajat mereka itu.Samada DYMM Sultan Selangor akan berkenan meluluskan pindaan itu atau tidak bukan persoalannya.Yang penting Datuk Seri Anwar ada peluang untuk membuktikan bahawa beliau serius untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah di Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” jelas beliau lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

mae said...

Pada pemerhatian saya, PR takut untuk meminda peruntukan tersebut, walaupun nampaknya masyarakat muslim selangor tidak berapa kisah kalau pun pindaan tersebut dibuat. mungkin ada segelintir yang menentang keras, tapi itulah, segelintir. pihak polis boleh dan berupaya menangani mereka. Harus ingat muslim diselangor hanyalah 50% penduduk selangor. daripada 50% muslim , mudah untuk mengagak bahawa 80% adalah sekular. pengajaran agama di selangor selama ini bukan kearah mentauhidkan Allah tapi kearah politik. hasilnya umpama pokok yang akarnya mudah tumbang. Saya agak yakin, pindaan boleh dibuat dengan sokongan 50% non-muslim dan 30% muslim sekular.

 
 
Blogger Templates