Social Icons

Pages

Friday, January 24, 2014

KANTOI !!! NGO #C4 !!! JELMAAN TERBARU #SUARAM UNTUK KENCING RAKYAT MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!


Menubuhkan NGO baru bagaikan satu ‘trend’ bagi sekumpulan masyarakat hari ini.kita dapat melihat bagaimana seseorang itu mungkin berada dalam 10 NGO sekali gus yang mana semuanya menjuarai isu-isu yang hampir sama.Jika disemak secara terperinci,tidak mustahil dalam 10 NGO di Malaysia semuanya diwakili oleh orang- orang yang sama.   Justeru, biarpun kita melihat senarai 20 - 40 NGO,jangan terkejut jika dicampur semua ahli-ahli NGO itu,jumlahnya hanya beberapa ratus orang sahaja.Baru-baru ini,timbul lagi satu NGO baru yang diberi nama C4 atau Centre to Combat Corruption and Cronyism.Penubuhan NGO ini diumumkan oleh tak lain tak bukan,Cynthia Gabriel yang menjadi pengarahnya.Cynthia juga merupakan teraju utama SUARAM.    

Menurut Cynthia,C4 akan menumpukan kepada Sabah dan Sarawak di mana korupsi ‘sering dilepas pandang’.Melihat dari namanya saja iaitu C4,sudah cukup untuk membuktikan bahawa NGO ini adalah sebenarnya jelmaan SUARAM.saya tahu bahawa SUARAM merupakan pihak utama yang ditugaskan oleh ‘siapapun tuannya’,untuk memburukkan nama Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah melalui pembunuhan Altantuya.Menggunakan nama C4 sempena nama bahan letupan yang membunuh Altantuya hanya menguatkan lagi syak wasangka ramai bahawa Cynthia atau SUARAM,dan kini C4,sebenarnya merupakan antara pihak yang terlibat secara langsung dengan kes tersebut.Ini kerana,Datuk Seri Najib telah pun membuktikan bahawa beliau tidak kenal Altantuya dan Datin Seri Rosmah pula telah terbukti mempunyai alibi yang terang lagi bersuluh. Maka nampaknya,hanya Cynthia atau SUARAM sahajalah yang mengenali dan mengetahui tentang kes Altantuya,lebih dari sesiapa jua termasuk polis dan kerajaan Malaysia atau Perancis sendiri.    

Malah,SUARAM juga seolah-olah mendapat ‘skup ekslusif’ mengenai jual beli scorpene yang mana pihak penjual di Perancis, mahupun pembeli iaitu Angkatan Tentera Malaysia sendiri,tidak tahu menahu.Jika SUARAM bukan dalangnya,maka mana datangnya cerita-cerita ini ??? Apapun,agenda SUARAM akhirnya terbongkar.Semua orang tahu kini bahawa SUARAM adalah rangkaian pembangkang dan semua cerita-cerita mengenai rasuah scorpene dan kaitannya dengan pembunuhan Altantuya adalah bermotifkan politik semata-mata.Lebih dari itu,SUARAM juga akhirnya terpaksa mengakui kaitannya dengan tangan- tangan asing atau lebih tepat lagi, George Soros.Kini terakam sudah bahawa SUARAM adalah NGO haram yang ‘bertanggungjawab’ untuk menyebar fitnah dalam usaha menjayakan operasi ‘pertukaran rejim’ di rantau ini.Justeru,penubuhan C4 adalah sebenarnya bertitik tolak dari kegagalan SUARAM untuk menyempurnakan misinya.  

C4 dipertanggungjawabkan untuk menyambung misi yang telah gagal sehingga sekurang-kurangnya ke PRU-14.Ini terbukti apabila C4 diterajui oleh orang yang sama dengan SUARAM,mempunyai sasaran yang sama iaitu kerajaan BN dan pastinya akan menggunakan Modus Operandi yang sama,iaitu fitnah. Pastinya tidak salah untuk kita meneka yang ia turut mempunyai rangkaian yang sama dengan SUARAM iaitu pembangkang dan perlu melapor diri pada Tuan yang sama juga,iaitu George Soros.Maka tidak hairanlah apabila Sabah dan Sarawak menjadi keutamaan bagi C4 kerana kedua negeri itu adalah juga fokus utama pembangkang dan kunci utama untuk menggoyahkan BN.Melalui C4,kes Altantuya cuba dihidupkan semula.Namun,biarpun baru ditubuhkan atau lebih tepat, hanya bertukar nama, kredibiliti NGO ini telah lama hancur bersama SUARAM.saya tidak tahu apa yang Cynthia Gabriel fikirkan atau harapkan dengan  menubuhkan C4.Apa yang pasti,Cynthia dilihat seolah-olah enggan menerima hakikat bahawa beliau telah kalah teruk dan telah menyebabkan Tuannya mengalami kerugian yang besar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates