Social Icons

Pages

Saturday, January 25, 2014

BREAKING NEWS !!! USTAZ HARUN TAIB MENINGGAL DUNIA !!!


Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,Datuk Harun Taib dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.00 tgh malam tadi semasa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.Setakat ini belum diketahui apakah punca beliau meninggal dunia,cuma dilaporkan sebelum ini bahawa beliau mengalami masalah kesihatan.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui pesanan ringkas oleh anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun.Beliau dilaporkan tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.

Sementara itu,Timbalan Mursyidul Am PAS,Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal kini berada dalam keadaan stabil.Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Harun Taib serta mendoakan agar beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh. saya juga mendoakan agar Datuk Harun Din agar segera sembuh. - PDTM

AL-FATIHAH

3 comments:

Anonymous said...

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiunn..
AL-Fatihah!
Hilang lagi seorang pejuang Aqidah dr PAS..
semakin jahatlah puak2 penentang Agama Allah ini akan bergerak.

Anonymous said...

Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang orang yang mulia di sisiNya. Dari kami keluarga yang cintakan perpaduan, penyatuan dan keamanan biar pun berlainan idologi politik. Sesungguhnya daripada Dia kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan. Amin.

Anonymous said...

Al Fatihah

 
 
Blogger Templates