Social Icons

Pages

Saturday, January 25, 2014

KENA PECAT DARI #PKNS !!! #AZMINALI SERANG #KHALIDIBRAHIM KAW-KAW !!! VIDEO INSIDE !!!


Polemik perbalahan antara Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim seperti tiada penghujungnya.Terbaru Khalid memaklumkan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah,Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sehingga siasatan lanjutan mengenai diselesaikan.Khalid melalui kenyataan medianya seperti cuba untuk ‘lepas tangan’ apabila mengatakan pemecatan Azmin pada 8 Januari lalu telah dilakukan tanpa pengetahuannya.Bagi menguatkan lagi dakwaan tersebut,Khalid turut memaklumkan Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif PKNS Norita Mohd Sidek telah dipindahkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dengan serta-merta.Tindakan itu diambil kononnya untuk membolehkan siasatan dijalankan sekali gus mengelakkan wujud sebarang campur tangan yang mungkin boleh mengganggu siasatan.

Paling menarik,Azmin sebelum ini ketika menjawab tweet yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya menyifatkan Khalid sebagai ‘Mr U-Turn’. “Hanya Mr. U Turn boleh kata begitu” jelas Azmin ketika menjawab persoalan berhubung pemecatannya sebagai ahli lembaga pengarah.Malah apabila ada salah seorang pengikutnya mengatakan “hanya di Selangor,Pengurus Besar boleh pecat ahli lembaga pengarah” dia yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor dengan segera menjawab “Mr U-turn”.Ia sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa pemecatan dari PKNS adalah merupakan sandiwara Khalid.Tidak cukup dengan itu,Azmin turut dilihat menyerang Khalid dengan melabelkan nya sebagai ‘orang tua’ dan bekas Setiausaha Politknya,Faekah Husin sebagai ‘anak dara tua’. “Tapi ada orang tua yang suka andartu” sindirnya pula.kelmarin,kawan baik azmin mengadakan demo di PKNS.lihat video di bawah


Kesimpulannya,Azmin jelas tidak berpuas hati dengan keputusan ‘suara-suara ghaib’ untuk menyingkirkannya dari PKNS.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates