Social Icons

Pages

Tuesday, January 28, 2014

KANTOI !!! PEMECATAN #KHALIDIBRAHIM ADA KENA MENGENA UNTUK JATUHKAN #WANAZIZAH ???


Perpecahan di dalam PKR di antara ‘kem Azmin’ dan ‘kem Wan Azizah’ bukanlah satu rahsia lagi.Seluruh rakyat tahu bahawa Azmin dan Kak Wan tidak mampu bertentang mata berikutan hubungan akrab Azmin dengan Anwar dan juga hubungan sulit isteri Azmin,Shamsidar dengan Anwar.Sesungguhnya,hubungan kedua-dua keluarga ini amatlah ‘kompleks’ sehingga ke tahap tidak masuk akal untuk digambarkan.Sekali gus,menjadikannya sukar untuk dipercayai.Bagaimanapun,hubungan yang tidak masuk akal ini adalah fakta dan buktinya sehingga kini sama ada Azmin,Anwar, Kak Wan atau Shamsidar sendiri sentiasa mengelak untuk menyentuh secara terperinci berkenaan hubungan keluarga mereka.Malah,Anwar juga enggan menyaman sesiapa yang memperkatakan soal hubungannya dengan Shamsidar walaupun pemimpin PKR itu cukup terkenal dengan saman-menyaman sehingga bertanyakan soalan juga boleh disamannya.   

Seperti mana-mana politikus lain,kedua-dua Azmin dan Kak Wan juga mempunyai pengikut setia masing-masing dan turut bersaing bukan sahaja untuk mengambil hati Anwar,tetapi juga untuk berkuasa.Setakat ini,kem Kak Wan dilihat berjaya mengatasi Azmin apabila Khalid Ibrahim dari kem Kak Wan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.Walaubagaimanapun,ini tidak bermakna Azmin tersisih terus.Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR terus menjadi orang yang paling dipercayai Anwar.Pun begitu,sifat tamak para pemimpin PKR ini tidak mampu membuatkan mereka berpuas hati dengan jawatan yang disandang.Cubaan menyingkirkan masing-masing terus berjalan dan semakin hebat sejak akhir-akhir ini.Di samping itu juga, kedua-dua pihak cuba mengukuhkan kedudukan masing-masing dengan cara tersendiri.Bertitik tolak dari itu,Khalid Ibrahim melancarkan strategi mengukuhkan kedudukan dengan menaikkan elaun exco bagi menjamin sokongan mereka terhadapnya.Azmin pantas mengkritik tindakan Khalid itu dan disokong oleh Anwar Ibrahim.  Kritikan kedua pemimpin tertinggi PKR ini menjadikan kerusi Khalid Ibrahim semakin panas.    

Tidak cukup dengan itu,pada 8 Januari lalu,Khalid Ibrahim kemudian melancarkan satu lagi serangan terhadap Azmin dengan memecat beliau dari Lembaga Pengarah PKNS.Beliau bagaimanapun menafikan mengarahkan pemecatan tersebut dan kemudian memberi masa dua minggu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi untuk membuat siasatan terhadap Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif perbadanan itu,Norita Mohd Sidek berkenaan penamatan kontrak Azmin.Berikutan itu,Malaysian Insider melaporkan yang Anwar secara terbuka di dalam Mesyuarat PKR menyatakannya bahawa beliau tidak lagi dapat menyokong Khalid Ibrahim.Anwar dikatakan merungut kerana Khalid langsung tidak berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti dalam membuat keputusan mengenai Selangor.Sebelum ini juga Anwar telah mengkritik Khalid mengenai kegagalannya membelanjakan peruntukan RM2.8 billion untuk pembangunan di Selangor.Melalui mesyuarat yang sama, beberapa pemimpin PKR lain juga mula mendesak agar Khalid Ibrahim disingkirkan.Bagi menambah kekusutan,akhbar Sin Chew Daily pula menyiarkan berita bahawa Khalid Ibrahim telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan diganti dengan Azmin Ali.  

Khalid dikatakan berang dengan laporan tidak benar itu dan menuntut agar akhbar tersebut membuat penjelasan mengenainya.Walaupun Khalid mendapat sokongan padu dari Presiden Parti,tetapi Azmin mendapat sokongan padu dari Ketua Umum.Justeru,secara tidak langsung,ramai yang melihat perbalahan antara Azmin-Khalid adalah sebenarnya adalah pertembungan antara pengaruh Wan Azizah-Anwar.Jika ini benar,maka tentu sekali kem Kak Wan tidak punya harapan.Walaubagaimanapun,politik itu tidak mempunyai peraturan.Rakan boleh menjadi musuh dan musuh boleh menjadi sahabat dalam sekelip mata.Apa yang kita mungkin terlepas pandang ialah kemungkinan semua ini hanyalah lakonan semata-mata.Khabar menyatakan bahawa Azmin dan Khalid kini mengatur strategi bersama untuk menyingkirkan Wan Azizah.Dengan kedudukan Anwar yang semakin tidak relevan dan Kak Wan pula bagaikan tidak wujud lagi,maka teori konspirasi ini tidaklah mengejutkan.Sekiranya Wan Azizah disingkirkan, maka Azmin boleh saja mengambil tempat beliau sekali gus meletakkan Azmin selangkah lebih dekat dengan jawatan Anwar sendiri.Mungkin teori ini agak ‘keterlaluan’ dan tidak masuk akal.Namun, jangan lupa bahawa apa sahaja tentang Anwar,Azmin,Azizah dan kuncu-kuncu mereka adalah tidak tertakluk kepada logik akal.Mereka mampu hidup secara songsang,tunggang terbalik dan tungging ke belakang dan mereka mampu berbuat apa saja demi kuasa.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates