Social Icons

Pages

Saturday, January 25, 2014

KANTOI !!! PENIPUAN #HADIAWANG TERHADAP PARTI SENDIRI DIDEDAHKAN !!!


mesti pembaca Badut Rakyat yang akan tergelak besar atau sekurang-kurangnya tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Presiden PAS,Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan Arab Saudi yang dikatakan telah menjadi ‘alat’ kepada Amerika Syarikat dan negara Eropah untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah.Tawa dan senyum itu bukan untuk menolak kenyataan tersebut,namun disebabkan kerana Hadi hanya mampu melihat dari satu sudut sahaja.Dalam erti kata mudah,dia hanya mampu melihat kuman yang berada di seberang laut berbanding ‘bangkai’ gajah yang berada di depan mata.Bekas Menteri Besar Terengganu itu,ketika diwawancara oleh saluran televisyen satelit Press TV baru-baru ini mengatakan pergolakan berpanjangan akibat perbezaan mazhab di negara Islam sebenarnya adalah hasil plot terancang negara Barat dengan mempergunakan Arab Saudi untuk melebarkan pengaruhnya di negara Islam. 

“Arab Saudi sudah dipengaruhi oleh permainan politik AS dan negara Eropah.Saudi dan negara Arab lain menjadikan negara mereka sebagai pangkalan Barat. Mereka lakukan ini bukan untuk menyokong Islam tetapi untuk meluaskan kuasa,” katanya. 

Betul,saya akui,dari satu sudut saya menyokong dan tidak boleh menafikan kenyataan Hadi itu.Ini kerana apabila dinilai dan diteliti,banyak tindakan dan keputusan kerajaan Arab Saudi yang boleh dilihat seakan-akan menyokong barat terutamanya apabila melibatkan konflik negara Islam.Namun yang menjadi persoalan pokoknya ialah,mengapa Hadi hanya mampu melihat,menilai dan merasakan perkara yang melibatkan negara Arab Saudi berbanding masalah yang sedang dihadapi oleh parti PAS ??? kenapa nak menipu dan tak cakakp pasal parti sendiri ??? Sedangkan sekiranya dikaji semula,isu tersebut turut berlaku di dalam PAS,apabila parti itu mengambil pendekatan ‘tahalul siyasi’ untuk bersama DAP dan PKR.Sedangkan isu yang berlaku hampir sama.Ini kerana,sebaik sahaja Pas mengambil keputusan untuk menerima DAP dan PKR di bawah gabungan ‘PR’,ia dilihat semakin merugikan Islam dan orang Melayu. 

Ini kerana dasar perjuangan DAP yang ‘ultra kiasu’ dan PKR dengan pendekatan ‘liberal’ telah menyebabkan Islam dan orang Melayu semakin tertekan.Malah perkara itu turut diakui para penyokong dan ahli Pas sendiri yang merasakan parti Islam itu semakin ‘hilang taring’ sejak berada di dalam pakatan.Malah di dalam Muktamar pas yang diadakan tidak lama dahulu,perkara ini turut mendapat perhatian beberapa orang perwakilan dan pemimpin Pas yang merasakan sokongan orang Melayu kepada parti itu khususnya dalam pilihan raya umum lalu semakin merosot.Tambah mengecewakan apabila menyentuh soal Melayu,menjaga kepentingan umat Islam dan institusi raja-raja, Pas dilihat terlalu berhati-hati kerana bimbang menyinggung perasaan sekutunya.Ia ditambah pula dengan pendirian Pas yang tidak mahu terlalu menjaga memperjuangkan nasib orang Melayu kerana menganggap itu perbuatan assobiyah.Paling memeranjatkan,apabila seakan terpaksa menyalahkan Umno,kononnya ingin mempolitikkan isu kalimah Allah kerana desakan dan tekanan DAP dan PKR. 

Sedangkan apabila diteliti ‘ahli-ahli agama’ parti itu turut berbalah dalam memberikan pendapat dan pandangan berhubung isu ini.Kesimpulannya pelaksanaan tahaluf siyasi itu dilakukan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan Pas tanpa mengambil kira kepentingan rakyat adalah bertentangan dengan fikrah siasah Islamiah.Ini kerana apabila parti itu tidak mampu mendominasi pakatan pembangkang ia secara tidak langsung telah memberi kesan negatif kepada agama dan orang Melayu itu sendiri.Contohnya sudah banyak isu yang dibangkitkan oleh DAP dilihat telah menyentuh sensitiviti agama sehingga menimbulkan kontroversi, namun sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam,Pas hanya mampu diam dan membisu seolah-olah menyokong perbuatan itu walaupun ia jelas bertentangan dengan akidah.Jadi ada baiknya,Hadi selaku Presiden melihat,mengkaji dan meneliti perkara ini sebelum cuba mempertikaikan perkara yang lebih besar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

10 comments:

SAM72 said...

Betul tu. Memang sejak PAS sertai PR populariti PAS semakin merundum. Apatah lagi apabila bab agama semakin tak menjadi realiti lagi dalam perjuangan PAS apabila dikawal oleh DAP dan PKR. Itulah dia balasan dari Allah kepada umatnya yang permainkan agama untuk kepentingan sendiri.

Anonymous said...

Kau org silap,Pas memang macam tu dia bukan di peralatkan oleh sesiapa,tapi dia memang dari awal bukan mahu menegakan Islam,Islam hanya mereka jadikan alat.Semasa mendakwa menegakan Islam pun mereka menjahanamkan Islam juga dgn mendakwa selain ahli Pas adalah sesat dan tidak Islamik,khususnya penyokong Umno.Mereka tolak sebahgian besar umat Islam dgn menuduh mereka kafir,kalau pejuang Islam sebenar tidak begitu,misti dakwah dulu dan terus buat baik pada sesama Islam,tuduhan kafir memang tidak akan berlaku sama sekali,tambahan pula org yg di katakan kafir tadi tetap mengucap 2 kalimah syahadah,bersembahyang,puasa,bayar zakat ,naik haji sekadarkan mereka hanya menyokong Umno.Mengapa sekarang org kafir pun mereka tak kata kafir,Syiah pun ok,Pluralisma pun kawan mereka,liberal begitu juga dan kominis sosialis pun ada yg jadi sahabat/penyokong mereka.

Anonymous said...

Hehe...hadi nih saper ye....ulamak besar..? Ahli lawak...? Dajjal kot...

Anonymous said...

Mereka adalah badut yg mahu berkuasa. Namun badut tetap badut. Lihatlah keadaan kerajaan Selangor yg skrg ni. Mana suara PAS?

Anonymous said...

Tak pe ALLAH tu maha mengetahui... Korang ni semua machai anjing kurap apa de hal..

Anonymous said...

Tak pe 4:35..kamu tu apa lebeh kuran je..pemakan dedak

Anonymous said...

setuju sangat sangat

Anonymous said...

Haji Hadi kalau tak pandai berpolitik berhentilah. JadibTok Guru dah.

Anonymous said...

pas oh pas!, pas pis pus.

Anonymous said...

Sunday, 26 January 2014KERANA MENGELUARKAN KENYATAAN-KENYATAAN BODOH MENYINGGUNG RAKYAT ... SEMUA MENTERI KABINET DIARAH OLEH NAJIB PERGI KURSUS MACAM MANA NAK BERCAKAP DENGAN MEDIA.



*Datuk Seri Najib Razak sudah mewajibkan latihan media kepada menteri Kabinetnya untuk mengelakkan kenyataan "kurang bijak" yang menyebabkan pentadbirannya menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Malaysia, kata satu sumber. *
*
Imej perdana menteri penggal kedua itu tercalar disebabkan kenyataan kurang bijak beberapa menterinya sehingga menjadi bahan lawak yang menjatuhkan "air muka" Putrajaya, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.*
***
"Perdana menteri mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan-kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan," kata satu sumber dengan syarat namanya dirahsiakan merujuk kepada arahan Najib kepada anggota Kabinet.*
***
"Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek," tambahnya.****
Sumber itu merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam satu wawancara bersama akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang mengatakan rakyat di negara ini seharusnya mensyukuri kerana mempunyai pemimpin ikhlas yang memberi keutamaan terhadap rakyatnya mengatasi kepentingan lain.*
***
Manurut Hasan, biarpun keputusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dikritik hebat, rakyat perlu memahami ia dilakukan untuk kebaikan jangka masa panjang iaitu bagi mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara.*
***
Kenyataan itu hadir selepas Putrajaya memulakan langkah memotong subsidi dan menaikkan harga barang sehingga menyebabkan majoriti rakyat merasakan keperitannya.*
***
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut "diserang" akibat menyelar pemilik hartanah Kuala Lumpur yang membantah kenaikan harga cukai pintu.*
***
“Anda mahu kami menilai hartanah anda sekitar 0.1% untuk 21 tahun?” Saya tidak kisah. Terpulang,” kata Ahli Parlimen Putrajaya itu sambil menambah kenaikan cukai itu membantu pemilik hartanah yang mahu menjual atau menyewa aset mereka.

AKHIRNYA NAJIB SUDAH AKUI YANG BARISAN KABINETNYA TERDIRI DARI SPESIS CAP AYAM BELAKA.
at Sunday, January 26, 2014

 
 
Blogger Templates