Penyokong pembangkang beriya-iya benar hendak memalukan perdana menteri dan kerajaan dengan
mempermain-mainkan isu kenaikan harga sayuran termasuk kangkung tetapi kini pemimpin utama
mereka pula yang dimalukan di mata dunia.Ahad lalu,ketua pembangkang,Anwar Ibrahim dihalang daripada memasuki Jepun setibanya di
Lapangan Terbang Antarabangsa Narita,Tokyo oleh pihak imigresen negara itu.Menurut Anwar tujuan beliau ke Jepun adalah bagi memenuhi jemputan Pengerusi Yayasan Nippon,Tan
Sri Yohei Sasakawa dan juga untuk membentangkan satu kerja kerja.Kerajaan Jepun menjelaskan tindakan jabatan imigresen negara itu berhubungkait dengan hukuman
jenayah liwat terhadap bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1999.Sebenarnya sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat,Jepun tidak perlu pun memberi sebarang sebab
musabab atas tindakannya.
Tetapi Anwar memikirkan sebagai ketua pembangkang dan juga penasihat ekonomi negeri Selangor
bergaji RM1,beliau merasakan begitu hebat,amat popular dan seluruh dunia menyanjunginya.Mungkin juga ini benar tetapi ada juga pihak yang tahu tembelang pemimpin ketagih seks dwi-alam ini
dan mereka tidak sesekali akan tunduk kepada kerenah pemimpin yang berfantasi besar untuk menjadi
perdana menteri ini.Yang pelik lagi ganjil, kerajaan Jepun yang tidak mahu bagi masuk Anwar, kerajaan Malaysia pula yang
dipersalahkan kononnya ada tangan ghaib yang mempengaruhi dari negara ini ke atas negara matahari
terbit itu.Wah !!! begitu hebat dan berkuasa sekali kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib sehingga boleh arah atau 'dictate' kepada kerajaan Jepun untuk mengikut kehendaknya.Tapi hakikatnya setiap negara mempunyai undang-undang imigresen mereka tersendiri yang
menentukan siapa yang boleh masuk dan siapa pula yang tidak boleh.Pada pandangan Jepun Anwar adalah seorang individu yang tidak dihendaki oleh Jepun untuk memijak
bumi negara itu.Mengapa Anwar menjadi 'undesirable element' kepada Jepun hanya kerajaan negara itu sahaja yang
arif.
Namun mungkin satu dua perkara yang dilakukan oleh Anwar dan pakatan pembangkang yang
dipimpinnya dilihat oleh Jepun sebagai memalu atau memfitnah negara itu.
Pembangkang negara ini semenangnya tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja gemar menabur
fitnah terhadap pemimpin negara sendiri malah negara luar dan pemimpin luar juga akan dikritik hebat
jika tidak mengikut nafsu dan kehendak mereka.Umpamanya pembangkang pernah menimbulkan isu pampasan RM207 bilion yang kononnya dibayar
oleh kerajaan Jepun untuk diagih-agihkan kepada keluarga mangsa buruh paksa 'Death Railway' di
Myanmar ketika Perang Dunia Kedua.Pembangkang mendakwa sejumlah wang tersebut telahpun dibayar oleh Jepun pada tahun 1990an
tetapi sehingga kini tidak diketahui ke mana wang itu dibelanjakan.Begitu hebat fitnah pembangkang sehingga boleh membangkitkan perasaan marah kepada kerajaan
yang dituduh mencuri wang pampasan tersebut tanpa secebis mengemukakan secebis bukti pun.
Kementerian Kewangan Malaysia menafikan dakwaan menerima pampasan tersebut kerana memo yang
digunakan oleh pembangkang berhubung perkara itu sebenarnya adalah palsu.Jepun juga terkejut dan meminta penjelasan daripada kerajaan dan akhirnya juga menafi dan menolak
cerita rekaan pembangkang setelah mendapat gambaran yang jelas dari Malaysia.
Inilah perangai dan sikap buruk pembangkang yang sanggup memburuk dan merosakkan hubungan dua
hala Malaysia-Jepun yang terjalin selama ini.
Pembangkang telah melakukan pelbagai propaganda dan kempen untuk mencalar imej negara di luar
negara sejak 1998 dan isu pampasan tersebut hanyalah sebahagian daripada perancangan licik mereka
untuk menjatuhkan kerajaan. Kini Anwar dan kuncu-kuncu mencari jalan untuk menutup aib begitu besar yang terpalit kepada muka
mereka.Tindakan mendesak kerajaan Malaysia dan Jepun meminta maaf kepada maaf kepada Anwar
menunjukkan kebodohan pembangkang yang begitu jahil dan taksub kepada pemimpinnya.
Persoalannya siapa Anwar? Layakkah beliau untuk dianggap oleh kerajaan Jepun sebagai pemimpin
negara yang perlu diberi penghormatan karpet merah atau sekadar pelancung biasa sahaja ???
Dua tahun lalu pihak imigresen Malaysia menahan anggota parlimen Australia Nick Xenophon di
Bandara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setibanya dari Melbourne,Australia.Beliau kemudian dihantar pulang walaupun katanya kehadirannya adalah atas jemputan Anwar.Kerajaan bukanlah sebodoh itu untuk tidak mengetahui niat sebenar ahli politik bebas Australia itu
adalah untuk mecampuri urusan dalam negara berhubung isu proses pilihan raya yang didokong oleh
Bersih.
kerajaan Australia juga menghormati keputusan Malaysia tidak membenarkan Xenophon memasuki
negara ini dan ia pun tidak mengambil sebarang langkah untuk masuk campur.Pernah terjadi beberapa kali di mana pemerintah Anerika Syarikat tidak memberikan visa kepada
pemimpin sesetengah negara dan anggota rombongan mereka untuk menghadiri persidangan di
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak ada apa-apa juga yang boleh dilakukan oleh mereka
kerana PBB terletak dalam wilayah Amerika Syarikat.Begitu juga apabila Sabah dan Sarawak menghalang beberapa pemimpin pembangkang memasuki
wilayah kedua negeri itu tidak ada apa yang boleh dlakukan oleh kerajaan pusat kerana itu adalah hak
negeri tersebut.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment