anda rasa siapa yang tak puas hati dan siapa yang mendedsak khalid ibrahim ni ??? Isu pemecatan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah merupakan antara isu penting
yang dibincangkan melalui Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri Selangor.inilah jawapannya.menurut Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin mesyuarat yang diadakan memutuskan untuk mendesak Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim supaya
menyatakan rasional di sebalik keputusan yang dilakukan untuk meyakinkan pimpinan
parti itu.
"Itu isu yang kita bincangkan sebab kita tak dapat maklumat langsung tentang 'u-
turn' itu.Itu yang kita nak penjelasan.Saya harap mereka (Khalid) beri penjelasan
nanti," katanya.
Ini kerana,melalui Kongres PKR yang berlangsung Oktober lalu telah menetapkan
sebarang urusan politik yang ditetapkan negeri perlu mendapat pengesahan parti,sekaligus dimaklumkan kepada Presidennya,Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.Walau bagaimanapun,sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan sama ada
kontrak perkhidmatan Azmin sebagai ahli Lembaga Pengarah ditamatkan, tidak
diperbaharui atau dipecat oleh PKNS atas arahan Khalid.Azmin yang juga merupakan Ketua PKR Selangor,mengesahkan telah
menerima surat makluman berhubung perkara itu.Dia walau bagaimanapun enggan
memberikan sebarang komen berhubung perkara itu,sebaliknya menyatakan akan
membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah PKNS yang
akan dipengerusikan oleh Khalid,20 Januari ini.Isu mengenai pemecatan Azmin ini,telah menimbulkan kemarahan di kalangan para
penyokongnya yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan membalas dendam. Ia
ekoran dari kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh Azmin terhadap pelbagai keputusan
yang dibuat oleh pentadbiran Khalid sebelum ini.
Antaranya berhubung keputusan kerajaan negeri untuk memberikan kenaikan
mendadak terhadap gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor sehingga
373 peratus.Selain daripada itu,Azmin juga dilaporkan telah bertindak untuk
mengemukakan memorandum kepada Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan
pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.
Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberitahu Khalid tidak
hadir ke mesyuarat yang diadakan malam tadi walaupun sudah diberitahu.Malah,wakil
daripada pihak Khalid juga tidak hadir."Dia (Khalid) tak datang. Dalam (mesyuarat) Majlis PKR Negeri,semua ketua-ketua
cabang adalah anggota majlis negeri.Beliau (Khalid) sebagai Ketua Cabang Kuala
Selangor dijemput untuk hadir," katanya lagi. Sebelum ini,pelbagai gesaan sudah disuarakan kepada Khalid untuk menilai kembali
komitmennya terhadap perjuangan PKR.Ia ekoran Khalid sering tidak hadir ke
mesyuarat parti dan hanya menghantar wakilnya sahaja.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
PADAN MUKA ORANG MELAYU. ABAIKAN UGAMA, SEBAB JADI BEGINI.
Post a Comment