Social Icons

Pages

Monday, February 10, 2014

EKSKLUSIF !!! SIAPA YANG LAYAK GANTI WAYTHAMOORTY ??? WAJIB BACA !!!


saya dah agak,P Waythamoorty akan meletakkan jawatan beliau sebagai senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.sebenarnya,semasa pelantikan Pengerusi Hindraf ni sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah satu kesilapan,cukuplah selama ini pemimpin Hindraf ini mengugut kerajaan dengan pelbagai perkara.Apa yang kita harap semua hancur,saya mahu melihat bangsa India bersatu,bukannya pecah belah,sikap pemimpin Hindraf ni mementingkan diri sendiri dan menekan kerajaan dengan pelbagai benda tidak masuk akal langsung tidak membantu membangunkkan dan memartabatkan bangsa India.itu yang sebenarnya terjadi.apa pun bila beliau dah letak jawatan,itu yang terbaik

ini kerana,dalam tempoh lapan bulan dia sudah buat perangai lama dan meletak jawatan yang diberikan tanpa membawa perubahan langsung dalam masyarakat India.saya harap kerajaan tidak salah memilih lagi selepas ini.Banyak lagi yang boleh kerajaan pilih yang betul-betul mahu membangunkan dan membantu masyarakat India.Tidak rugi langsung kerajaan membiarkan pengerusi Hindraf ini pergi dari kerajaan.suya ingin berikan contoh terbaik salah seorang aktivis kaum India yang banyak membantu dan mempertahankan hak orang India dalam NGO.itu pun kalau PM Datuk Seri Najib nak.


kenal kah anda muka diatas ??? ini lah Ramesh Rao.Saudara Ramesh Rao adalah Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Perihatin,suaranya sememangnya tegas dalam satu-satu perkara,tak kira apa isu termasuk isu kerajaan mahupun pembangkang,beliau bersama pengikutnya bingkas bangun membidas atau memberi pandangan.Semuanya kerana mahu rakyat Malaysia hidup aman damai berbilang kaum tanpa ada pemusuhan antara kaum.

LIHAT GAMBAR DI BAWAH 






LIHAT VIDEO DI BAWAH

 


APA SUMBANGAN BELIAU KEPADA INDIA ???

Kata Ramesh,disebabkan ramai dari kalangan orang Tamil dalam MIC maka dia kata memang sudah patut Tuan Presidennya dilantik dari kalangan orang Tamil.Tiada syak lagi katanya tentang itu.Tetapi India adalah terdiri dari ramai bangsa,seperti Telugu,Malayalam, Ceylonis,Punjabi dan India Muslim (Mamak).Maka kata Ramesh ni tadi elok la dilantik 5 orang Timbalan Presiden atau Naib Presiden dari kalangan bangsa-bangsa yang disebut diatas. 

Ini sekaligus akan menarik minat bangsa yang tersebut untuk menyertai MIC.Kalau tidak dibuat sebegini adalah amat susah untuk memantapkan semula MIC.MIC kena open,semua orang India kena bersatu dibawah MIC.Baru diingat India adalah negara dan terdapat banyak bangsa dalam negara India.Kena pakai konsep tu dalam MIC.Kalau tidak digunapakai maka akan makin banyaklah NGO dan parti-parti kaum India yang tumbuh semacam lepas hujan di negara kita ni.Hanya dengan berbuat begini saja akan menyelamatkan parti orang India yang terbesar dan begitu kukuh suatu masa dahulu di Malaysia bernafas kembali.MIC kena terbuka untuk terima cadangan sebegini. 

Baru la parti mereka akan kukuh kembali.Sedih tengok parti orang India ni gagal.Kepada pemimpin MIC terimalah cadangan Ramesh Rao yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Minda & Sosial ini.Itu antara kata-kata Ramesh Rao dalam isu menyatupadukan masyarakat India sekaligus membantu membangunkan dan memartabatkan masyarakat India.saya tertarik dengan status dari page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan agar saudara Ramesh Rao dilantik mengantikan Waytha dalam memperjuangkan nasib masyarakat India dan menyatupadukan sesama rakyat di Malaysia kerana beliau dilihat lebih ikhlas menegur kerajaan dan pembangkang dalam satu-satu isu.Saudara Ramesh juga lebih dekat dengan masyarakat Marhaen dan lebih memahami cara uuntuk membantu masyarakat India dan rakyat Malaysia demi perpaduan sesama kaum.

ITU ADALAH CADANGAN SAYA !!!

TERPULANG PADA PEMIMPIN !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Ramesh Rao tidak menyumbang apa2 kpd org2 India di Malaysia cuma jadi tukang pukul kompang bagi Madir Kuti dan UMNO. Lagipun dia adalah dari golongan Telugu dan berkasta rendah dan tidak boleh diterima majority India di Malaysia yg berturunan Tamil.

 
 
Blogger Templates