Seperti yang diketahui ramai,Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar pilihan DAP dan
perbalahannya dengan Azmin dilihat membawa erti yang Azmin tidak disenangi oleh
DAP.Penyingkiran Azmin Ali dari PKNS sekali gus mengukuhkan persepsi bahawa
DAP berada di belakang, kalau pun tidak di atas Khalid Ibrahim.Sumber dalaman PKNS turut memberi laporan yang konsisten dengan persepsi
rakyat iaitu Azmin merupakan penghalang kepada agenda perkauman DAP di
Selangor.Maka kerana itulah,DAP telah memastikan Khalid menyingkirkan Azmin
agar agenda rakus mereka dapat diteruskan.Bagi sesiapa yang kurang arif dengan sikap orang-orang Cina acuan DAP mungkin
merasa terkejut dengan pemecatan 23 kakitangan PKNS,lanjutan dari pemecatan
Azmin.Namun,hakikatnya,apa yang berlaku ini bukanlah mengejutkan hatta cukup
konsisten dengan hati perut komunis DAP yang tidak punya belas kasihan serta tidak
menghiraukan soal moral dan kemanusiaan.
DAP tidak perlukan alasan untuk memecat mereka dan tidak akan menghiraukan
sebarang desakan untuk keadilan.Malah,DAP akan meletakkan segala-galanya ke
atas kepala Khalid Ibrahim untuk berhadapan dengan semua masalah ini.DAP adalah parti yang tidak pernah berpegang kepada nilai-nilai murni.Buktinya,pemimpin DAP sanggup membelakangkan undang-undang dan peraturan parti sendiri
demi kepentingan diri.Sikap DAP yang gemar membela penjenayah seharusnya telah
menjelaskan siapa mereka.Justeru,jika Azmin juga boleh dipecat, maka apalah sangat kakitangan lain yang
seramai 23 orang itu ??? Tindakan DAP menyokong Anwar bertanding di Kajang memperlihatkan permainan
yang lebih ‘kasar’ selepas ini.Dengan kesungguhan Lim Kit Siang membangkitkan
isu 13 Mei secara berterusan selama berminggu-minggu dan ‘pesanan’ awal Rafizi
mengenai keadaan darurat, maka tidak mustahil Kajang bakal dijadikan ‘medan perang’
yang jauh lebih besar dari sekadar perang Pilihanraya Kecil.
Perlu diingatkan bahawa Anwar kini terdesak kerana kes liwatnya bakal menghampiri
garis penutup.Dalam keadaan ini,Anwar merupakan satu ‘kelebihan yang berganda’
bagi DAP.Kita tahu bahawa Anwar sanggup berbuat apa saja atau menuruti apa saja
perintah dari sesiapa sahaja asalkan ia memberinya sedikit harapan untuk melepaskan
diri dari kes ini.Maka,tidak hairanlah DAP dilihat berdiri teguh di belakang Anwar di Kajang dan sedikit
pun tidak mempersoalkan perletakan jawatan Lee Chin Cheh walaupun BERSIH dan
PAS mempersoalkannya.Sokongan padu DAP terhadap Anwar pastinya bukan percuma.Ansuran pertama
nampaknya telah dibayar melalui pemecatan 23 orang pekerja PKNS tadi.Bayaran
ansuran seterusnya belum pasti. Namun, apa yang pasti ialah nilainya tentulah
teramat tinggi di mana ia boleh jadi dalam bentuk hak pendidikan,hak pekerjaan,hak
penempatan,kedudukan Islam,mahupun keseluruhan maruah dan harga diri orang-
orang Melayu.Kesimpulannya,pemecatan 23 orang pekerja PKNS mungkin hanyalah satu permulaan
kepada pengakhiran nasib orang-orang Melayu di Selangor.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
PKR dgn DAP xda beza. ini merupakan exit point utk change management setelah sume harta pembangunan di monopoli termasuk kontrak2 yg berat sebelah dibolot utk kononnya akan dipulihkan oleh team anwar. serupa mcm kt kedah la. kalau BN menang projek yg rugi BN yg akan kena blame. Tapi kalau PR menang wayang pembangkang akan diteruskan. Kontrak bawah khalid yg dikatakan rugi, rakyat yg akan tanggung. Konco2 diorg awal2 lagi dah kenyang. lepas ni turn nak bagi geng azmin pulak kenyang.
Cuba kalau BN yang tendang pekerja PKNS macam ni. Gua geenti, boleh heboh satu Malaysia di canangnya, dengan mengatakan kerajaan zalim, Firaun dan macam2 lagi. Tapi kalau mereka yang buat, semua macai buat bodoh je, macam muka tak bersalah je.
Tak ada yang kekal di dunia ini, waima profesyen yang dipegang. Diberhentikan tak salah. Apa yang salah ialah cara mereka diberhentikan.
Diberhentikan serta-merta? Pekerja-pekerja tu ada tanggungan dan ada komitmen. Bukan kah molek jika diberi notis? Walau di atas apa sebab sekalipun...
Wallahualam. Alfmimyaro.
Post a Comment