Tulisan Ahmad Tajdid di Harakahdaily.net bertajuk 'BN melanggar pantang di Kajang’ bagi saya dibuat oleh orang yang tiada di tempat kejadian.Itu kesimpulan mudah saya yang membuat liputan Program Mesra Rakyat Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Dukung Isnin lalu.Ini kerana bagi puluhan wartawan yang hadir ketika acara tersebut,semua maklum bahawa program sebenar di tapak gelanggang futsal bukan di Surau Al Falah.Cerita mudahnya begini,Muhyiddin mengatakan lawatan separuh hari ke Kajang,sebelah pagi,beliau mengadakan mesyuarat dengan Barisan Nasional Negeri di Pejabat UMNO Hulu Langat di pekan Kajang.Kemudian beliau singgah di rumah seorang warga emas di Sungai Sekamat dan kebetulan tidak jauh dari rumah itu ada kematian dan TPM singgah untuk menziarahi jenazah.Dari situ beliau terus ke Bukit Dukung.Sebaik sampai,bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan penduduk kampung,TPM ke Surau Al Falah untuk bacaan doa selamat.
Tidak ada ucapan ketika majlis bacaan doa selamat.TPM sendiri arif bahawa untuk berucap dalam surau dan masjid di Selangor perlu ada tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Selepas selesai bacaan doa selamat,TPM keluar dan beramah mesra dengan orang ramai di gelanggang futsal Bukit Dukung yang terletak tidak jauh dari surau.Tulisan Ahmad Tajdid “calon BN dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan pengundi- pengundi.” adalah fitnah sama sekali.Mei Fun datang lebih lewat dari TPM,beliau tidak pernah masuk ke dalam surau.Sebaliknya terus ke tempat acara Program Mesra Rakyat berlangsung iaitu di gelanggang futsal.Beliau bersama pemimpin komponen BN,termasuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel beramah mesra dengan orang ramai di gelanggang futsal tapak acara,bukan di dalam Surau Al Falah.Bagi saya dan sesiapa sahaja yang berada di tempat kejadian dan kemudian membaca tulisan di Harakahdaily,jelas pada saya,satu lagi pembohongan yang dibuat dengan cerita yang direka-reka ataupun fitnah.
Kepada Ahmad Tajdid,lain kali jika hendak ‘goreng’ story pun,jangan sampai ‘hangit’.tanya orang kiri kanan dulu.jangan main tulis ikut sedap hati saja.Bagi saya,tulisan beliau berdasarkan petikan berita-berita di akhbar-akhbar yang melaporkan program TPM,begitu juga gambar-gambar yang digunakan.Tulisan di Harakah itu jelas berniat menempelak Muhyiddin dan Mei Fun bagi mempertahankan Anwar yang dikecam kerana menggunakan masjid dan surau untuk berkempen sekaligus tidak menghormati arahan Sultan Selangor supaya masjid tidak dijadikan gelanggang politik.Isu kempen awal yang turut dibangkitkan oleh lidah rasmi PAS itu,sudah dijelaskan panjang lebar oleh SPR.Sebenarnya,Muhyiddin tidak seperti Anwar atau Khalid Samad yang sentiasa mencari ruang untuk berceramah atau tazkirah di masjid mahupun surau walaupun tidak mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor.Mei Fun juga tidak seperti beberapa pemimpin DAP dan bukan Islam dalam PKR yang masuk ke masjid atau surau mengadakan program meraih laba politik.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Tahu ajelah Haprak Kah asalkan Umno dan BN semuanya tak boleh dan tak tak betul siap reka cerita dan tokok tambah lagi tetapi jikalau Parti Asal Saja PAS semuanya ok, tak sedar parti sedang K.O, duduk ikut telunjuk orang kafir. Hanxurr.
Post a Comment