Social Icons

Pages

Thursday, April 03, 2014

BONGKAR !!! KERAJAAN NEGERI #SELANGOR CATU AIR HANYA DI RUMAH ORANG MISKIN !!!


Satu soalan yang penting perlu ditanyakan kepada Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim adalah mengapa di dalam kesibukkan mencatu air kepada penduduk,hanya rumah pangsapuri kos rendah dan kawasan penduduk miskin sahaja ianya dilakukan.kenapa tak catu di banglo dan rumah teres sekali ??? Adakah ini salah satu cara kerajaan negeri “merakyatkan” pentadbiran mereka ??? Sebagai contoh,saya ingin mengambil situasi yang sedang berlaku di Shah Alam,Selangor.Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor,disini juga terletakknya pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga kediaman rasmi Menteri Besar.Walau bagaimanapun apa yang penulis ingin katakan adalah catuan air yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini adalah mengikut KASTA sosio ekonomi penduduk.Di Shah Alam,hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja yang airnya dikenakan catuan.Boleh dikatakan semua kawasan pangsapuri kos rendah dikenakan catuan air selama dua hari. 

Ini bermaksud penduduk dikawasan pangsapuri kos rendah hanya berpeluang untuk menikmati kemudahan air untuk dua hari sahaja dan selepas itu ianya akan dicatu selama dua hari juga.Ini amat menyusahkan para penduduk kerana mereka terpaksa menakung air sebanyak mungkin untuk dua hari tersebut.Sekiranya ada diantara mereka yang kehabisan air,mereka terpaksa mengangkut air dari tingkat bawah.Untuk pengetahuan umum,semua pangsapuri kos rendah tidak mempunyai lif dan para penduduk terpaksa mengangkut air dengan menaiki anak tangga.Ini berbeza dengan kawasan perumahan mewah seperti di Bukit Bandaraya dan juga dikawasan sekitar rumah Menteri Besar Selangor,dimana catuan air tidak dilakukan langsung.Penduduk yang berumah banglo dan rumah yang tidak bertingkat bersuka ria dengan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri manakala para penduduk miskin terpaksa mengharungi saat-saat getir dalam kehidupan seharian mereka.

Jika di dalam ceramah mereka,kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PR menekankan kononya mereka adalah pejuang rakyat miskin,namun perlaksanaan janji mereka amatlah berbeza sekali.Sudahlah air percuma tidak dinikmati penduduk pangsapuri kos rendah,ditambah lagi pula dengan ketiadaan air di Selangor yang dalam kritikal.Mungkinkah perlu rakyat negeri Selangor yang tinggal di kawasan kos rendah beratur panjang di hadapan rumah Menteri Besar (rasmi dan tidak rasmi) kerana rumah beliau tidak mengalami masalah air.Bahkan di kediaman rasmi Menteri Besar,terdapat kolam renang untuk kegunaan beliau dan ahli keluarga beliau.Adakah perlu untuk rakyat Negeri Selangor datang mengetuk pintu rumah beliau untuk meminta sebaldi air untuk kegunaan seharian. 

Rasanya jumlah liter padu air untuk mengisi kolam renang di rumah Menteri Besar itu boleh digunakan sekurang-kurangnya 6 hingga 7 keluarga.Kesian para penduduk miskin di Shah Alam,sudahlah air percuma tidak dapat,ini pula tiada air langsung yang boleh mereka gunakan dalam kehidupan seharian.Kerajaan negeri Selangor boleh berbangga dengan statistik kecermelangan mereka sendiri,tetapi sekiranya mereka gagal dalam mentadbir pengurusan air,apa gunanya jutaan wang ringgit di dalam akaun kerajaan negeri tetapi langsung tidak boleh membantu rakyat sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

penduduk Sekitar Bandar Rawang tidak terkena catuan air pada bulan March, Pengurusi SPAN perlu letak jawatan.

Anonymous said...

Esok bermulannya catuan air di kajang - adalah satu malapetaka, dimana majoriti penduduk kajang telah memenangkan PKR pada prk yang lalu, menerima keputusan seperti ini.

Biarpun saya memboikot prk yang lalu, namun beginikah cara Kerajaan PKR selangor membalas?

Diharapkan pada bloggers highlight isu air di selangor ini - berikan tekanan pada kerajaan PKR selangor yang telah memperbodohkan ramai pihak berkenaan dengan isu ini.

Tahun lepas lagi panas dari hujan - tapi tak pulak buat catuan air.

Anonymous said...

Saya mmg boikot pr. Sejak mereka ambil alih tempat saya tinggal ni dah penuh dengan sampah sarap! Ini catuan air pulak. Dah kena badi ke pr ni sb terlalu mendabik dada? Cakap tak serupa bikin

Anonymous said...

Perak pun kena catu air jugak... benda ni takda kaitan dgn politik... yang kat selangor tu pulak org umno kena terima kasih kat pr sebab perumahan elit dan mewah yg tak kena catu tu kebanyakan rumah org umno bn...

Anonymous said...

bang, kebodohan tu sorok sikit. rumah orang umno bn ada dipelbagai pelusuk negeri bang. Sampai hati PR buat kami mcmni.

Anonymous said...

Yang hari tu keluar berita harian johor, n9, kedah & perlis pun nak catu air sbb air empangan dah susut macammane pulak? Sabar la hadapi ujian allah, jgn asek nk menyalahkan org lain...

Anonymous said...

Bodoh sape yg tulis artikel ni, kecik2 tak nk skolah dh beso menyusahkan org, aku ade member tinggal bukit jelutong pun takde air, rumah org kaye beratus2 datok & tan sri duduk sini sume takde air.. Negeri selangor bawah pr lebih maju drp bn dulu, aku ade sedare yg keje jab audit negara, mmg ade penyata kewangan negeri yg membuktikannye, pasal tu la majoriti rakyat s'gor undi pr.. Rakyat s'gor bersyukur la...

Anonymous said...

Nak amek air swimming pool buat bekalan? ameklah amek... haha, buat basuh baju ok lg, tp kne carik air lain lah buat minum...

 
 
Blogger Templates