gambaran pakatan pembangkang seolah-olah wujud kesepakatan yang kukuh dan mantap antara mereka hanyalah ilusi dan fantasi mereka semata-mata.Sebenarnya pembangkang setakat berpakat-pakat sahaja dan bukannya serius untuk berkerjasama dalam politik sebagaimana Barisan Nasional.Jika hanya berpakat ia adalah sama seperti permainan badminton atau bolasepak di mana pemain-pemain hanya berada di dalam satu pasukan dengfan tujuan untuk menang permainan sahaja.Ini tidak bermakna mereka berkongsi satu matlamat atau saling percaya mempercayai satu sama lain atau berpegfangf kepada satu prinsip perjuangan.Mereka bersama hanya bersama dek kerana matlamat untuk memenangi perlawanan dan mendapat imbuhan di hujung pertandingan.Begitu jugalah keadaan dengan PKR,Pas dan Dap yang mewujudkan satu pakatan untuk sama-sama berjuang menentang BN tetapi mereka seperti tidur sebantal namun mimpinya berbeza-beza.
Tinggal di bawah satu bumbung tetapi setiap satu membawa hala tuju masing-masing yang amat berbeza dan sukar untuk mencari titik persamaan.Namun oleh kerana hendak melawan musuh yang satu mahu tak mahu terpaksa berpegang tangan jua walaupun hati sebenarnya tak sudi.Inilah yang terjadi antara Dap dan Pas sekarang,dua musuh tradisi yang sejak dahulu sememangnya tidak sebulu dan sepandangan dalam banyak isu.Asas kepada perbalahan Dap-Pas ialah prinsip perjuangan parti Islam itu yang hendak menubuhkan sebuah kerajaan yang berlandaskan syariat.Ini ditentang habis-habisan oleh Dap yang memperjuangkan dasar ‘Malaysian Malaysia’ yang lebih mirip kepada sistem pemerintahan republik.
Isu perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan kembali panas apabila pengerusi kebangsaan Dap,Karpal Singh menyelar kerajaan Kelantan yang berhasrat mengimplementasi sistem syariat di negeri itu.Malah menyeru agar pakatan pembangkang menolak dan menentang sebarang usaha Pas untuk berusaha ke arah tersebut.Keadaan yang berlaku samalah seperti ketua pasukan meminta angota pasukan untuk menentang anggota tim yang sama.Jika ini berlaku sudah tentu akan wujud keadaan tidak tenteram di dalam pasukan apabila anggota dalam pasukan sama berbalah sesama sendiri.Dap dan Pas hanya bersetuhju untuk berpakat-pakat hasil pujuk rayu Anwar Ibrahim yang bercita-cita hendak menjadi perdana menteri.Jika tidak kerana impian menggunung beliau, Anwar pun tak pandang atau pedulikan dap mahupun Pas.Dap dan Pas pula kerana tamakkan kuasa dan mengejar jawatan bersetuju pula menjadi balaci Anwar walaupun mereka tidak mempercayainya sedikit pun.
Oleh kerana sama-sama hendak menentang BN mereka bersetujulah untuk bersama seperti pakatan antara perompak atau penyamun yang mempunyai matlamat yang sama.Apatah lagi Anwar bakal masuk penjara sekali lagi jadi Pas dan Dap bersiap sedia untuk mengambil alih sebagai pemimpin de facto pakatan pembangkang.Jika ini berlaku bertambah hancurlah mereka kerana masing-masing akan cuba untuk menunjukkan kuasa dan lagak siapa yang lebih layak jadi pemimpin.Inilah hasilnya apabila tidak ada keikhlasan dan kesepakatan sejati dalam erti kata sebenar kerana bukan rakyat menjadi ukuran tetapi kepentingan peribadi yang terserlah.Rakyat hanya dijadikan tunggangan yang mudah diperdaya untuk mencapai cita-cita politik keluarga dan kroni.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment