Social Icons

Pages

Sunday, April 20, 2014

KRISIS #AIR #SELANGOR !!! RAKYAT DAH MULA MELUAT DENGAN KERAJAAN #PKR !!!


Krisis air yag berterusan di Selangor sebenarnya sudah sampai ke peringkat yang mendatangkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran pakatan pembangkang.Tidak kira samada mereka penyokong pakatan ataupun Barisan Nasional,perasaan meluat tetap meluap kerana terpaksa menanggung kesusahan ekoran catuan air.Namun sikap pakatan pembangkang yang cuba menyalahkan Barisan Nasional dalam isu air ini amat keterlaluan.Rakyat perlu tahu bahawa krisis air yang meruncing ini akibat daripada kedegilan dan sikap “bodoh sombong” pakatan pembangkang.Ini merupakan realiti.Akibat dari sikap mahu “tunjuk kuasa” bahawa pakatan pembangkang berkuasa dan memerintah Selangor maka Kerajaan Pakatan Selangor telah menolak dengan berbagai alasan untuk melaksanakan projek Langat 2.

Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja.Oleh itu penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.Walaupun ia adalah pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020 namun atas keegoaan melampau pakatan pembangkang mereka telah menentang habis-habisan projek untuk rakyat ini. 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan memberi kelulusan.Semasa kerajaan Selangor diperintah BN pada tahun 2000,mereka telah bersetuju dengan projek Langat 2.Namun apabila Selangor diperintah oleh pakatan pembangkang mereka tidak bersetuju dengan alasan bimbang kenaikan tarif air 70 % jika Langat 2 diteruskan.Kos RM8.65 bilion diperlukan bagi projek Langat 2.Oleh itu mereka memilih untuk membiarkan rakyat menderita dengan krisis air yang mengakibatkan catuan berterusan.Rakyat menderita.Kebersihan terabai dengan sendiri terutama bagi mereka yang berkeluarga besar.Walaupun catuan dibuat setiap dua hari namun hakikatnya kebanyakkan kawasan seperti rumah pangsapuri terpaksa menghadapi catuan air sehingga empat ke lima hari dan yang lebih menyakitkan hati pula, air ada Cuma untuk beberapa jam sahaja. 

Dengan itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mendesak kerajaan negeri Se-langor segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengembalikan mandat rakyat ekoran kegagalan mereka menangani krisis air yang tenat.Desakan ini ditujukan khas kepada Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas dilihat gagal menguruskan krisis air di negeri itu.Bermacam-macam masalah air timbul sejak kerajaan PKR memerintah Selangor. Mereka selalu sahaja membantah dan menentang kerjasama dalam menyelesaikan masalah air dengan Kerajaan Pusat. Hakikatnya rakyat yang menanggung kesusahan.Oleh itu NGO-NGO ini mahu kerajaan pakatan pembangkang mengembalikan kuasa kepada rakyat atau memberi kerjasama kepada pihak yang ingin beri kerjasama untuk menangani masalah air.Mereka muak dengan dolak-dalih dan bermacam-macam alasan yang tidak masuk akal pakatan pembangkang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...


Padan muka rakyat Selangor...

Org Selangor SALAH pilih kerajaan...

Harga tinggi patut di bayar....?

Anonymous said...

Biar dia rasa, nak sangat perubahan. Nah ambik kau.

Anonymous said...

PR ingat mengtalbil kerajaan negeri boleh pakai jual dengan air liur je. Berbeda dengan kerajaan BN tidak sesekali mengabaikan isu isu nasional yang melibatkan kepentingan rakyat umum. Perkara asas menjadi tanggungjawab utama didalam memakmur. memaju. memacu kejayaan dan menjaga kepentingan rakyat. Sekarang kat Selangor tak boleh nak cakap apa dah. senyum dalam tangis, rasalah kau.

Anonymous said...

Cina dap tak kisah..
Yg kisah melayu selangor ja.
Dan selangor lebih ramai cina dap banding melayu..
Cina dap marah pada pemimpin melayu saja.
Cina dap percaya cina saja yg pandai dan melayu bodoh!
Dlm kes ni khalid seorg pemimpin melayu bodoh. Tgu dan lihat statement2 dr cina dap di hari akan dtg..

Anonymous said...

Kalau takde air tu, pandai-pandai la buat rombongan Cik Kiah ke rumah MB eh.. jangan marah2 kat sini... kalau tak dapat air, dapat pecah pintu rumah MB pun jadik la.... baru reformasi...

ulang semula.. RE-FOR-MA-SI.. mana air free kami...???

Unknown said...

Salah rakyat Selangor sendiri...biarlah mereka dgn urusan keluarga mereka...biaq lantak p la sama mereka...

Anonymous said...

bubar kerajaan Selangor sebelum terlambat, kerajaan sedia tak mampu bantu rakyat, kes air, kes tak dapat sedia rumah mampu milik, kes menteri besar bengap suruh rakyat Selangor sewa rumah,..suruh lah dia sewa, atau dia dah tak jadi MB nanti, suruh sewa saja, padan muka, banyak pelabur akan lari ketempat lain, Selangor akan ramai pengangur bila kilang di tutup, yang selamat pelacur pelacur yang di biak zaman mb Khalid memerintah..jangan pandang ringan jika tiada air, hospital perlu air, hotel perlu air, kilang kilang perlu air, semua perlu air..sebab punasihat bodoh, MB bengap masaalah air menjadi di Selangor..to rakyat Selangor...welcome to kelab penganggur soon..

Anonymous said...

Tahniah kepada rakyat Selangor yang telah memilih kerajaan yang tahu mengtadbir urus negeri, sat lai Selangor akan hancuss dek kerana duk asyik berpolitik sampai sudah.

 
 
Blogger Templates