Social Icons

Pages

Friday, May 09, 2014

HAPUS RUANGAN '#KAUM' !!! STRATEGI 'HILANGKAN' #MELAYU DI DUNIA DIDEDAHKAN !!!


Tidak keterlaluan dikatakan bahawa laman-laman sosial di dalam negara ini ‘bergegar’ sejurus selepas keputusan penghapusan ruangan ‘kaum’ di dalam borang-borang rasmi kerajaan diumumkan.Perkara ini diumumkan oleh Datuk Joseph Entulu,iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Sebenarnya,cadangan penghapusan ruangan ‘kaum’ di dalam borang rasmi ini bukan perkara baru.Ia telah dibangkitkan Tan Sri Joseph Kurup dalam program bersama Majlis Konsultansi Perpaduan Negara beberapa bulan lalu.Alasannya ialah untuk menghapuskan rasisme serta menggalakkan perpaduan.Selain itu,ruangan ‘kaum’ juga dikatakan tidak relevan dan tidak penting.Rata-rata rakyat menyambut keputusan kerajaan ini dengan kemarahan dan perasaan kesal.Penafian kerajaan mengenai perkara ini kemudiannya masih tidak mampu meredakan keraguan rakyat yang telah terguris hati.Secara dasarnya,menghapusan ruangan ‘kaum’ hanya praktikal jika semua rakyat Malaysia memakai nama yang bercirikan Malaysia,sepertimana rakyat Indonesia menggunakan nama Indonesia tanpa mengira kaum.Jika ruangan kategori ‘kaum’ ditakuti mampu membawa diskriminasi, maka ia adalah tidak relevan sama sekali kerana kita masih lagi mampu mengenalpasti sesuatu kaum melalui namanya.

Contohnya,nama ‘Chong’ atau ‘Lim’ tentunya seorang Cina manakala ‘Ahmad’ atau ‘Nor’ tentunya Melayu dan Mutusamy atau Letchumy tentunya India.Justeru,rakyat melihat cadangan penghapusan ‘kaum’ dalam borang rasmi sebagai tidak masuk akal serta mempunyai agenda tersembunyi untuk mencuit atau menggugat kedudukan bumiputera.Namun,apa yang mungkin ramai tidak dapat memahami ialah tindakan menghapuskan ‘kaum’ di dalam borang sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih mendalam dari sekadar persoalan mengenai keududukan bumiputera.Menghapuskan kategori ‘kaum’ di dalam borang merupakan satu strategi jangka masa panjang yang mampu melenyapkan terus bangsa Melayu.Kita semua sedia maklum bahawa orang Melayu hanya ada Malaysia untuk menyatakan kewujudan kita di dunia. Malaysia adalah tanah tumpah darah orang Melayu.Kerana itulah apabila orang Cina menghalau orang Melayu dalam kejadian 13 Mei 1969,mereka hanya mampu menyuruh orang Melayu ‘masuk ke hutan’ dan bukannya ‘pulang ke negara asal’ kerana ini adalah negara asal kita.Ini bermakna,orang Cina atau sesiapa sahaja,tidak boleh menuntut hak warisan ke atas negara ini kerana negara ini adalah milik orang Melayu.

Justeru,apakah yang akan terjadi sekiranya nama kaum ‘Melayu’ dihapuskan dari satu-satunya bumi yang menjadi bukti kewujudan bangsa ini ??? Apa akan terjadi apabila semua borang-borang dan seterusnya kad pengenalan dan dokumen-dokumen rasmi tidak lagi mengkategorikan bangsa atau kaum ??? Apa akan jadi apabila satu hari nanti,kita semua digelar bangsa Malaysia dengan identiti nama yang caca-marba ??? Orang Cina warga Malaysia boleh mengaku menjadi bangsa Malaysia,tetapi hakikat kewujudan kaum Cina di dunia masih kekal dengan merujuk kepada negara China.Begitu juga dengan kaum India warga Malaysia,walaupun dikenali sebagai bangsa Malaysia,tetapi hakikat bahawa bangsa India itu wujud masih kekal dengan merujuk kepada negara India.Hak mereka ke atas warisan sejarah dan budaya kaum masing-masing terpelihara dengan baik di negara asal mereka walaupun secara teknikalnya kaum mereka tiada di Malaysia.Kaum Melayu pula secara teknikalnya juga sudah tidak ada di Malaysia, dan kewujudan kaum ini tidak boleh dibuktikan di mana-mana, melainkan mungkin,secara individu iaitu sekadar melalui nama. 

Kisah zaman Kesultanan Melayu menjadi sejarah asing,yang tiada kena mengena dengan bangsa Malaysia. Kita tidak lagi boleh mengiktiraf negara ini sebagai negara asal kita kerana penduduk asal adalah orang Melayu sedangkan kita bukan lagi berbangsa Melayu, tetapi ‘berbangsa Malaysia’ sama seperti orang Cina dan India.Hak penduduk asal telah dijadikan sama rata.Sedikit demi sedikit budaya Melayu juga akan terhakis atas dasar mewujudkan budaya ‘Malaysia’ yang caca marba.Bahasa Melayu juga pasti menghadapi ancaman hebat untuk diketepikan dan dihapuskan terus secara perlahan-lahan. Siapa lagi yang mampu membela Bahasa Melayu jika orang Melayu sendiri sudah tidak wujud lagi untuk menyatakan hak bahasa Melayu ke atas tanah air ini ??? Lalu akhirnya,Melayu pun pasti hilang di dunia sedang Cina dan India kekal selamanya.Inilah diingatkan kepada mana-mana pihak terutama orang Melayu sendiri agar tidak mudah menerima sesuatu cadangan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya dalam jangka masa panjang.Kita perlu belajar berfikir lebih jauh melangkaui generasi bagi memastikan kesinambungan bangsa ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Artikel yg. sungguh BERNAS, Badut Rakyat!

Patutnya Menteri EvangeliSS Kristian ZIONIS-si-RASIS BANGSAT ni diPECAT saja! Aku syak dia ni ejen si KAPIRDAJAL DAPBANGKAIBABI/PKRSODOM; dan penaja mereka dr. Barat-ZIONIS! Tengok air muka pun, boleh agak KEJAHATANnnya!

Baik KDN siasat akaun bank dia!

Dan puak PENDATANG-KAPIRDAJAL-RASIS ni kat Amerika, Canada atau Australia - jgn. harap nak berani paksa Native Americans, Canadian First Nation peoples dan Aboriginal Australian hapuskan IDENTITI dan HAK bangsa BUMIPUTERA mereka! Bakal si PENDATANG-RASIS ni diSUMBAT dlm. PENJARA dan diSODOM dgn. BUAS!

Dan puak DAPBANGKAIBABI ni juga jgn. harap nak berani hapuskan sekolah BANGSA Cina dan sekolah BANGSA India (Tamil)! Dasar si PENDATANG CINA RASIS PENAKUT - dgn. umat Islam/Melayu saja tunjuk berani!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

 
 
Blogger Templates