Social Icons

Pages

Friday, May 09, 2014

CEC DAP !!! AKAN BERKUBURKAH #DAP PADA 12 MEI INI BAK KATA @RAMESHRAOAKS ???


lebih setahun Pemilihan CEC DAP berlalu dan setengah tahun sejak pemilihan semula diadakan,namun masih belum ada tanda-tanda penyelesaian terhadap semua aduan dan siasatan yang dibuat.DAP dilihat sengaja mendiamkan perkara ini,mungkin mengharapkan rakyat lupa bahawa parti itu berada dalam keadaan terumbang ambing.Kes ini kini tergantung,tidak ditutup dan terus terbuka,tetapi dibiarkan begitu saja.Dalam tempoh ini,dua wakil DAP telah meninggal dunia sekali gus memaksa Pilihanraya Kecil diadakan,iaitu di Gelugor dan di Teluk Intan.Justeru,persoalan kini timbul mengenai kelayakan DAP untuk bertanding dalam kedua PRK ini memandangkan kedudukan CEC parti itu masih lagi belum sah.Membenarkan DAP bertanding dalam PRK akan mengakibatkan ROS dipandang serong kerana tidak mampu menegakkan undang-undang pertubuhan.Berikutan dengan itu,beberapa pihak telah tampil mempersoalkan kuasa dan tanggungjawab ROS dalam menangani kemelut CEC DAP.Antaranya,Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin,telah bangkit menegaskan bahawa tindakan ROS membiarkan DAP bertanding dalam PRK seolah-olah mengesahkan kedudukan CEC parti itu.Presidennya,Ramesh Rao secara lantang mendesak ROS agar mengambil tindakan mengenai masalah CEC DAP sebelum hari penamaan calon bagi PRK Gelugor iaitu pada 12 Mei.Desakan Ramesh Rao turut disokong oleh majoriti rakyat Malaysia,terutama para perwakilan DAP sendiri yang telah dipinggirkan dari pemilihan, serta ahli-ahli dan pemimpin bawahan parti itu yang tidak puas hati dengan pemilihan CEC yang lalu. 

Mereka ini bergantung harap kepada ROS untuk membela nasib mereka yang dianiayai oleh pemimpin sendiri. Rakyat pula mendambakan ketegasan ROS untuk menjalankan tanggungjawabnya tanpa mengira kedudukan dan kepentingan sesiapa.Sikap ROS dan DAP yang ‘sepi tanpa berita’ mengakibatkan ramai yang mula bertanya,apakah DAP kebal dari undang-undang ??? Atau,apakah yang ROS takutkan? Tarikh 12 Mei, iaitu sebelum penamaan calon PRK Gelugor cukup tepat untuk dijadikan tarikh akhir bagi DAP menyelesaikan masalah CEC. Sudah sampai masanya DAP dipaksa untuk menyelesaikan masalah ini untuk kesekian kalinya. Logiknya, mana mungkin sebuah parti politik beroperasi seperti biasa sedangkan kedudukan barisan kepimpinannya mendapat tentangan dari ahli-ahli sendiri? Tanpa sebarang tarikh tamat mahupun tindakan, kita seolah-olah berada dalam sebuah negara yang tiada undang-undang pertubuhan dan seolah-olah ROS telah dicucuk hidung oleh DAP. 

Oleh itu,bagi mengembalikan keyakinan dan rasa hormat rakyat, ROS wajib bertegas dan memberi kata dua kepada DAP untuk menyelesaikan kemelut CEC atau mengalami ‘kematian’ yang tragik lagi ironi pada 12 Mei ini, iaitu sehari sebelum tarikh sumpahan 13 Mei yang menyaksikan tragedi berdarah yang dicetuskan parti itu suatu ketika dahulu.Jika 13 Mei 1969 DAP telah menyebabkan begitu ramai rakyat Malaysia terbunuh kerana penerapan sikap perkauman di kalangan masyarakat Cina,maka mungkinkah 13 Mei 2014 bakal menyaksikan DAP telah ‘terbunuh’ dek kerana sikap yang sama,atas usaha untuk mengekalkan hanya kaum Cina di dalam kepimpinan tertinggi parti ??? kita tunggu apa akan terjadi !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates