Social Icons

Pages

Thursday, May 15, 2014

KEPADA PEMIMPIN PARTI !!! TOLONG BATALKAN #PEMILIHANPKR !!! MEMALUKAN #MALAYSIA !!!


Belum pun reda ‘gegaran gempa’ dari isu ‘kaum di dalam borang’,politik Malaysia disusuli pula dengan ‘gempa’ di Terengganu.Walaupun kedua-dua gegaran kini ‘reda’,namun kerosakan telah berlaku.Biarpun kita hari ini meneruskan hidup seperti biasa,tetapi hakikatnya,sesuatu telah menimpa kita,telah mengubah keadaan,telah rosak dan mungkin musnah atau hilang selama-lamanya.Antaranya,kredibiliti,maruah,persepsi,malah bangsa kita juga bakal hilang di dunia.Dalam keadaan ini,kita tidak dapat menyalahkan rakyat yang merasa bimbang dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan.Tetapi sebaliknya,ia wajar diambil sebagai peringatan dan belajar dari kesilapan.Kepimpinan seharusnya bersyukur kerana walaupun telah melakukan kesilapan demi kesilapan,tetapi UMNO dan Barisan Nasional tetap merupakan satu-satunya harapan rakyat Malaysia pada dan ketika ini.Mana tidaknya,jika dijenguk kepada apa yang sedang berlaku kepada parti pembangkang,kita pasti tidak mampu membayangkan negara berada di tangan mereka.

PAS yang berdiri atas slogan Islam kini telah sekali lagi terbukti sebagai hanya mempermainkan agama demi keuntungan politik sempit dan singkat.PAS sanggup mengkafirkan saudara seIslam kerana hudud dan kemudian membuang hudud demi persahabatan dengan kafir harbi tetapi kemudian memperjuangkan hudud semula demi undi sebelum menangguhkannya pula konon untuk mengkaji.DAP pula kini merupakan parti tanpa barisan kepimpinan yang sah akibat terkantoi memanipulasi undi serta melanggar prosedur parti sendiri.Namun,yang paling hebat tentulah parti yang diterajui Anwar Ibrahim, iaitu PKR.Untuk kedua kali berturut-turut, PKR telah memperlihatkan betapa tidak terurus dan kelam kabutnya parti itu dalam mengendalikan pemilihan.Bagaikan sebuah parti masyarakat yang tidak bertamadun,pemilihan PKR berlangsung dalam keadaan paling kotor lagi berserabut.Peti undi hilang,nama calon hilang,jumlah undi dan jumlah pengundi tidak sama,kertas undi berterbangan akibat amukan pihak yang tidak berpuas hati,kerusi bergelimpangan,pergaduhan malah ugutan bunuh dan bermacam-macam lagi perkara berlaku dalam pemilihan PKR bagaikan adegan filem gangster India di pawagam. 

Akibatnya, pada 5 Mei lalu,Timbalan Pengerusi Pemilihan PKR (JPP) Datin Paduka Dr Tan Yee Kew terpaksa menangguhkan pengumuman keputusan pemilihan membabitkan lima negeri iaitu Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Sabah kerana dakwaan penipuan dan kesilapan.Khabarnya,di Tawau Sabah,seorang pengundi hantu berusia 16 tahun telah dikesan dan didedahkan sendiri oleh blog pro-PKR lengkap dengan gambar dan analisis mengenai manipulasi yang berlaku. (http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2014/05/bukti-penipuan-undi-pemilihan-pkr-di.html

Setakat ini sebanyak 171 cabang PKR telah selesai dengan 27 cabang lagi masih tertangguh.10 cabang di Selangor iaitu Ulu Langat,Sabak Bernam,Sungai Besar,Subang,Kelang,Selayang,Kota Raja,Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kapar telah diarahkan membuat pemilihan semula.Kekecohan paling teruk berlaku di mana kem Azmin dan Khalid bertembung.PKR berada dalam keadaan paling goyah sejak perbalahan antara kem Azmin-Khalid Ibrahim menjadi tidak terkawal. Perbalahan ini membawa kepada ‘perang saraf’ yang sengit dalam kempen pemilihan.Keadaan menjadi begitu buruk sehingga pemimpin PKR sendiri nampaknya sudah ‘tidak kuasa’ untuk menyembunyikan perbalahan antara kedua kem ini.Ketua Umum dan Presiden parti kelihatan benar-benar buntu dan tidak mampu berbuat apa-apa lagi.Jika sebelum ini Ketua Umum sibuk bercakap dengan media asing berkenaan MH370 iaitu masalah yang bukan di bawah tanggungjawabnya,tetapi kini sang Ketua diam membisu seolah-olah kekecohan di dalam PKR bukan masalahnya.Sang Presiden pula asyik ke sana ke mari dengan kipas Cinanya membawa watak boneka yang sempurna.Apa yang berlaku dalam pemilihan PKR sebenarnya sama saja dengan pemilihan CEC DAP,iaitu manipulasi undi.Walaubagaimanapun,DAP jauh lebih terkawal dan mampu menutup penipuan dengan menyalahkan komputer atau alasan-alasan lain. 

PKR pula,nampaknya tidak begitu bijak dan tidak begitu kisah untuk menutup apa-apa, mungkin kerana tahu bahawa penyokong mereka buta tuli belaka.Justeru,jika DAP juga dikenakan siasatan,maka tentulah PKR wajar dikenakan lebih lagi dari sekadar siasatan.Pemilihan PKR wajar dibatalkan sahaja.Tidak masuk akal jika keputusan pemilihan nanti diterima memandangkan tahap kekecohan yang luar biasa yang berlaku hampir di semua negeri.Apakah jaminan yang keputusan pengiraan undi nanti tepat tanpa pengesahan dari pihak berkecuali ??? Mungkin PKR perlu mengambil khidmat BERSIH untuk memastikan tidak berlaku sebarang penipuan dalam pengiraan undi atau,mungkin juga lebih elok jika PKR meminta nasihat rundingan dari pihak SPR sahaja untuk membantu menguruskan pemilihan dengan lebih teratur dan tertib. 

Kesimpulannya,gempa bumi di dalam UMNO,masih tidak mampu menyaingi bencana alam dalam PKR dan juga PR.Jika UMNO hanya mengalami gegaran,PKR pula mengalami ancaman ditenggelamkan bumi bak kaum Nabi Luth A.S.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

nak kata apa ketuanya dah kemalangan parah sampai berbalut tangan keretanya tak apa-apa begitu gak ngan isterinya tak lepas ngan kipas macam nonya baba..nasiblah pengundi pkr dapat ketua macam tu!!kesiankan?

 
 
Blogger Templates