Social Icons

Pages

Wednesday, May 28, 2014

#PEMILIHANPKR !!! #CHEGUBARD DI GANTUNG KEAHLIAN !!! TU DIAAAA !!!


kerana statement di atas chegu bard digantung.apa cerita ni ??? adakah chegubard menipu ??? nak tutup cerita huru hara kat pemilihan PKR lepas tu gantung keahlian.dah macam DAP jerrr PKR ni ??? cakap sikit,gantung.cakap sikit buang.adakah ini dinamakan parti yang benar-benar mencari keadilan ??? jom ikuti cerita di bawah

ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard keahlian digantung serta-merta setelah Lembaga Disiplin PKR membuat keputusan dalam mesyuarat Biro Politiknya semalam.Menurut Pengerusinya,Datuk Dr Tan Kee Kwong,selain Chegubard,seorang ahli PKR dipecat,seorang digantung serta-merta, seorang lagi kekal manakala lima yang lain ditarik balik penggantungan keahlian.Tambah Kee Kwong,kes-kes berkaitan tatatertib dan disiplin ahli PKR itu telah diteliti dan disiasat Lembaga Disiplin.

“Kes-kes ini telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 27 Mei 2014 yang dipengerusikan Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah,Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ahli Biro Politik yang lain. Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan lembaga itu dan dipersetujui Biro Politik PKR: 

1) Md Yusop Kamaruddin (Cabang Pasir Salak) Beliau telah mengingkari arahan surat penggantungan dan terus menjalankan aktiviti yang mencemar nama baik parti dengan terus membuat kritikan dan serangan terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti dalam laman sosial Facebook beliau. 

Tindakan: Dipecat dari PKR. 

2) Badrul Hisham Shahrin (Cabang Rembau) Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa proses pemilihan adalah kotor dan tidak telus. Beliau turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan 'Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali' pada 12 Mei 2014 yang disiarkan dalam laman mysuara.net dan Free Malaysia Today.Responden telah juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard'. 

Tindakan: Diberi surat tunjuk sebab dan digantung keahlian serta-merta sehingga siasatan selesai. 

3) M Nageswaran Muniasamy (Cabang Kota Raja) Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 24 Mei 2014. 

Tindakan: Gantung keanggotaan selama enam bulan serta-merta.

4) Kumara Guru Retnasamy (Cabang Alor Setar) Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 24 Mei 2014. 

Tindakan: Kekal keanggotaan. 

5) Manugharan Sellandy Cabang Kota Raja) Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 24 Mei 2014. 

Tindakan: diberi amaran keras serta menarik balik penggantungan keahlian. 

6) Telai Amblam Mariappan, DK Vicknesvaran Krishnan, P.Chandrasekaran S Ponniah dan Syed Ahmad Putera Syed Isa (Cabang Kota Raja) Sesi pendengaran bagi mereka telah diadakan pada 24 Mei 2014. 

Tindakan: Tarik balik penggantungan keahlian.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Lepas cik gu Bard.. gantung ketua Umum pula..sebab bersettubuh sesama lelaki Islam.. amacam

 
 
Blogger Templates