Social Icons

Pages

Wednesday, May 28, 2014

#PRKTELUKINTAN !!! KERANA POLITIK #PAS SANGGUP SOKONG CALON #DAP TOLAK #HUDUD !!!


Tindakan PAS menyokong kempen calon DAP bagi pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan di Perak adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud,kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pakatan pembangkang tidak lagi berpegang kepada prinsip masing-masing. 

"Ini satu desakan politik,walaupun banyak percanggahan bukan sahaja ketika PRK namun ia berlaku sebelum-sebelum ini dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat,bukan hanya dari segi percanggahan hukum, ia termasuk dasar-dasar lain.Ini perkongsian tidak teguh kerana pasal ada kepentingan politik dan bagi saya ia bukan sesuatu yang menghairankan.Walaupun calon itu menentang hudud,dia tetap disokong Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang),kerana soal prinsip bukan lagi menjadi satu pegangan utama",katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke Kota Iskandar,pusat pentadbiran negeri Johor Selasa. 

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Abdul Hadi yang turun padang menyokong kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud meskipun wanita itu dengan secara terang-terangan menolak hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.Terdahulu,Timbalan Perdana Menteri mendengar taklimat lebih sejam daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar tentang pembangunan negeri Johor. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Selain itu, Muhyiddin turut menyelar pembangkang yang memutarbelitkan fakta kononnya calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong mahu menerima jawatan senator sekiranya dilantik. 

"Saya menghormati pandangan Datuk Mah yang tidak mahu dilantik selaku senator kerana jika beliau mahu, sebelum ini sudah boleh dilantik.Namun,beliau lebih berminat bekerja untuk parti dan komuniti masyarakat Cina dan beliau tidak memikirkan soal perjawatannya.Kita mahukan beliau menang dan mana tahu akan dilantik oleh Perdana Menteri dalam barisan kabinet kelak," katanya. 

Mengulas tentang 56.04 peratus keluar mengundi pada PRK Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang pada Ahad lepas,Muhyiddin berkata ia mengejutkan kerana peratus keluar mengundi itu paling rendah dalam sejarah pilihan raya kecil negara ini.Bagaimanapun,beliau berharap rakyat keluar beramai-ramai untuk mengundi pada PRK Teluk Intan 31 Mei ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mah dan Dyana Sofya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

LIBERALISM ADALAH EVOLUSI WAJIB BUAT SEMUA MANUSIA?

Kalau dulu insan tak bertudung dihamburkan dengan berbagai kata-kata kesat dan tidak diberikan undi tetapi sekarang ini semua hamburan kata-kata itu hanyalah hipokrasi bilamana insan yang tidak bertudung dan menyertai parti rakan tidak pulak dilayan seperti dulu.

Cumanya, apakah evolusi sebegini menguntungkan ummah atau sebaliknya hanya memaparkan sikap double standard yang menjurus kepada kerugian dan penyesalan, hanya masa yang akan mengadili dan menentukannya.

Sebelum waktu itu sampai, seperkara yang dapat dibuktikan disini ialah individu itu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh parti dan parti rakan. Contohnya kalau dulu pihak parti itu tidak dapat menerima insan2 yang tidak memakai tudung tetapi sekarang ini tidak lagi apabila individu yang tidak memakai tudung itu adalah dari kalangan parti rakan setahalul-siyasi.

Anonymous said...

MEMANG BENAR,HADI DAN PAS SEUMPAMA TONGKANG USANG YANG TIADA HALATUJU DAN NAKHODA, HANYUTLAH MEREKA MENGIKUT ARUS,JIKA ARUS MENUJU KE TEBING MAKA TEBINGLAH YG DILANGGAR, JIKA ARUS MENUJU KE BATU MAKA BATU LAH YANG AKAN DIREMPUH, JIKA ARUS MENUJU JERAM MAKA KARAMLAH IA.....KESIAN..KESIAN...YANG PELIKNYA PENGIKUT TOLOLNYA PUN IKUT SEKALI....KALAU HADI TERJUN LUBANG TAIK...MAKA DENGAN REDHA DAN BANGGA MEREKA TURUT SERTA...KESIAN..KESIAN....`

 
 
Blogger Templates