Social Icons

Pages

Thursday, May 29, 2014

#PRKTELUKINTAN !!! MEMANG BODOH SIAPA YANG SOKONG #DYANASOFYA !!!


Setelah hampir dua minggu berada di Teluk Intan dan dengan pelbagai lapisan masyarakat yang ditemui,termasuklah apek tua,nyonya renta,amoi cantik mahupun tanggachi yang boleh ditemui dengan mudah di sekitar Menara Condong Teluk Intan,satu sahaja rumusan yang boleh diperolehi membabitkan DYANA SOFYA.Dia disukai kerana DIA GADIS CANTIK MELAYU.Dia digilai dan menjadi wave dalam media sosial kerana dia jelita dan muda.Dan dia disenangi kerana dia memilih DAP dengan menjadi Pegawai Khas Lim Kit Siang.Selain daripada itu,TIDAK ADA.Dyana Sofya menipu dalam CV dan latar belakang serta pembabitan dia dan ibunya dengan PERKASA,tidak mampu menjanjikan apa-apa kepada penduduk Teluk Intan kecuali cerita-cerita retorik kononnya kemenangannya nanti akan memecahkan masalah perkauman dan anti-keagamaan, walaupun hakikatnya,semenjak ditubuhkan pada tahun 1964 iaitu selepas PAP tidak dibenarkan bertanding sebagai parti siyasah di Malaysia ekoran penyingkiran Singapura dari Persekutuan Malaysia,DAP tidak pernah berhenti daripada menyuburkan isu perkauman dan keagamaan.DAP sehingga ke hari ini kekal dengan dasar kebencian terhadap Melayu-Bumiputera dan Islam.

Apa-apa sahaja peruntukan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk Melayu,Bumiputera dan Islam akan dipersoalkan habis-habisan oleh DAP.Malahan DAP secara terbuka menyatakan sebarang peruntukan untuk Melayu,Bumiputera dan Islam adalah memecahbelahkan perpaduan di negara ini walaupun pada masa yang sama,DAP tidak pernah mempersoalkan tentang pembahagian kek ekonomi yang tidak adil kepada masyarakat Melayu, Bumiputera dan Islam.Namun faktor tersebut dipandang enteng oleh kebanyakan Melayu-Bumiputera yang menyokong DAP kerana mereka sangat percaya,DAP tidak akan menzalimi orang Melayu,Bumiputera dan Islam sekalipun di Pulau Pinang dan bandar-bandar besar yang mereka kuasa, hakikat tersebut boleh dilihat dengan mata kasar.


Hanya kerana Dyana Sofya cantik,muda,jelita,bergetah dan menjadi gelombang baru yang digunakan oleh DAP untuk menyuburkan dan mengukuhkan pegangan mereka terhadap Malaysian Malaysia,konsep yang sama sekali menolak,menafikan dan sangat perkauman terhadap Melayu-Bumiputera dan Islam,maka dia menjadi sanjungan.Sedangkan sepanjang berkempen untuk tempoh dua minggu ini,Dyana Sofya lebih banyak bertumpu kepada masyarakat Cina di kawasan bandar, bercakap bagi pihak Cina-Cina kaya dan orang berkepentingan,menampilkan diri sebagai ikon untuk memujuk golongan muda agar memilih hiburan dan keseronokan.Paling menarik ialah apabila Dyana Sofya sanggup menjadi orang yang bermuka-muka,dari tidak bertudung kepada berselendang dan bertudung apabila berhadapan dengan masyarakat Melayu atau berucap di atas pentas PAS,menjadi tersangat liberal sehinggakan boleh berkempen di dalam kedai menjual daging babi dan secara terbuka menolak HUDUD kerana DAP,parti yang dianggotainya tidak sukakan hudud.

Adakah masyarakat Malaysia sudah semakin bodoh sehinggakan mereka mudah terpedaya dengan pemberitahuan mata tanpa mereka menggunakan otak untuk berfikir dan akal untuk membuat pertimbangan sewajarnya ??? - SC

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

tak boleh salahkan sesiapa kalau hedonisme menular ke peti-peti undi, sebaliknya salahkan pihak yang menyebarkan hedonisme pada kadar 24/7.

 
 
Blogger Templates