Social Icons

Pages

Monday, May 19, 2014

#PRKTELUKINTAN !!! SAH !!! #DYANASOFYA KENA 'CUCUK' OLEH #DAP !!!


Ramai yang menatap wajah Dyana Sofya Mohd Daud dan mengakui kononnya beliau dalam kategori ‘cantik’.Namun,apabila meneliti ucapan wanita itu ketika majlis pengumumannya sebagai calon DAP pada PRK Teluk Intan,ada juga yang berpendapat paras rupa cantik tidak cukup jika tidak disertai akal dan budi bahasa yang cantik juga.Antaranya apabila beliau berkata,tembok perkauman mesti dirobohkan barulah bangsa Malaysia boleh dilahirkan.Siapa yang sebenarnya membina tembok perkauman ??? Dyana Sofya memilih jalan mudah dengan mengikut skrip yang dicaturkan pemimpin-pemimpin DAP sejak beliau menyertai parti itu pada 2012.Beliau patut sedar,DAP yang lebih dikenali sebagai parti perkauman dan kerap menyerang tokoh-tokoh usahawan Melayu yang berjaya kerana khuatir kaum mereka yang dikenali hebat dalam dunia perniagaan akan terjejas.Sebagai contoh nama Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary sentiasa jadi sasaran mereka ketika di Parlimen apabila membahaskan soal berkaitan ekonomi.Padahal,jika dihitung dalam 10 senarai usahawan atau tokoh perniagaan yang berjaya di negara ini adalah kaum Cina tetapi orang Melayu tidak mempersoalkan kejayaan mereka. DAP juga yang kerap mempersoal peranan agensi atau jabatan yang bergerak membantu Bumiputera.

Jika DAP bukan parti perkauman,kenapa selepas 40 tahun baru seorang calon wanita Melayu pertama dipilih bertanding dalam pilihan raya ??? Kebanyakan ahli mereka yang menjadi wakil rakyat dan pimpinan atasan adalah kaum Cina tetapi mereka menegaskan bahawa DAP adalah sebuah parti berbilang kaum. Amat malang bagi Dyana, apabila menyebut soal tembok perkauman yang mesti dirobohkan dalam ucapan sulung beliau selepas dinamakan sebagai calon PRK Teluk Intan. Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang yang baru setahun jagung dalam politik cuba berlagak ibarat kecil-kecil cili api padahal awal-awal lagi pucuk pimpinan DAP sudah mencucuk hidungnya. dyanadap4Ini kerana pimpinan DAP melarang media bertanya Dyana mengenai pendirian wanita itu mengenai agenda hudud PAS di Kelantan. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tampil memberitahu wartawan bahawa Dyana Sofea tidak akan menjawab persoalan yang dianggap oleh parti sebagai isu.Malah pada majlis memperkenalkan Dyana sebagai calon DAP,media tidak dibenarkan mengajukan soalan apabila majlis itu ditamatkan begitu sahaja. 

Persoalan kini,beranikah Dyana sendiri merobohkan ‘tembok’ yang dibina DAP yang selama ini bermati-matian menentang hudud sedangkan di Malaysia,rakyatnya majoriti Melayu malah Islam adalah agama rasmi Persekutuan.semalam dyana pun sudah buat kenyataan beliau juga menolak hukum hudud.apa pun,rupa paras yang cantik jika tidak diikuti akal yang ‘cantik’,hanya mengundang kebinasaan. Dyana nampaknya bukan sahaja sudah bersedia hidungnya dicucuk DAP tetapi juga diperalat untuk memalukan bangsa Melayu sendiri.Beliau patut belajar apa yang sudah berlaku kepada dua ahli parlimen Melayu dalam DAP iaitu Zairil Khir Johari di Bayan Baharu dan ahli parlimen Raub Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.

jom lihat apa yang terjadi masa memperkenalkan calon sebelum ini

TELUK INTAN : Pucuk pimpinan DAP hari ini melarang wartawan untuk bertanya calon DAP bagi pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud mengenai pendiriannya mengenai agenda hudud PAS di Kelantan. Selesai sahaja wanita 27 tahun itu yang memasuki politik hanya dua tahun lalu memberikan ucapan ringkas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tampil memberitahu wartawan bahawa Dyana Sofea tidak akan menjawab persoalan yang dianggap oleh parti sebagai isu. Majlis untuk memperkenalkan Dyana Sofea sebagai calon DAP kemudian ditamatkan tanpa wartawan berpeluang mengajukan soalan "panas" itu kepada pembantu kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu. Dalam ucapannya Dyana berkata, agama Islam dan keturunannya sebagai orang Melayu tidak menjadi halangan untuk beliau mendokong perjuangan "demokrasi sosial" DAP untuk melahirkan "sebuah bangsa Malaysia.' 

"Saya memilih untuk ikut serta sebuah usaha ke arah Malaysia yang lebih baik melalui falsafah demokrasi sosial serta terus berusaha demi mencapai impian Malaysia untuk rakyat Malaysia yang telah lama diperjuangkan oleh pemimpin DAP sejak sekian lama," kata beliau yang menyertai parti itu tahun 2012.Tembok perkauman mesti dirobohkan barulah sebuah bangsa Malaysia boleh dilahirkan," kata beliau.

Keputusan DAP untuk menampilkan Dyana dilihat sebagai strategi parti itu untuk mendapatkan undi Melayu meskipun DAP menolak undang-undang hudud yang dibawa oleh PAS. Penolakkan itu dilihat tidak berasas kerana DAP sebelum ini memberi persetujuan kepada PAS untuk meneruskan agenda Negara Islamnya asalkan ia tidak menerusi Pakatan Rakyat. Dyana mempunyai tugas berat untuk menyakinkan pengundi Melayu di Teluk Intan kenapa parti beliau menolak hudud setelah memberikan persetujuan bertulis yang menyatakan sebaliknya. Lim menampilkan Dyana sebagai calon parti itu yang melambangkan imej baru kepelbagaian bangsa DAP namun tidak mengulas kenapa pembantu kepada bapanya dipilih meskipun hanya memasuki politik dua tahun lalu. PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas. Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei. Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

Ya, saya sokong tembok perkauman perlu diroboh... Justeru itu, DAP juga sewajarnya berSETUJU untuk menyokong untuk menutup semua sekolah - sekolah jenis kebangsaan yang selama ini menjadi agen perkauman...!!!

-Izad-

Anonymous said...

Nak robohkan tembok perkauman?? Apa kejadah SJKC yang bersepah sepah tu. Bila berok sekor ni nak robohkan SJKC?
Rasis tehadap bangsa sendiri....PPTTTUUUIIIIH!

Anonymous said...

Ini alasan, yang penting kerana nak mudah naik keatas dalam politik dan berniaga jadi ali baba untung sikit tapi taukey sapu semua. Masuk Umno dah banyak sangat sekatan dan cantas - mencantas cuma jadi ahli biasa,masuk PKR tak tahan dengan boss asyik-asyik ajak out stesen sampai jadi lepat pisang masuk pas kena belakun abbey dan penyanyi yg dah tak laku tu habis camna jadi alibaba senang.

Anonymous said...

Masalahnya umno sendiri yang berkuasa nak robohkan SJKC atau tak.... cuba tanya pemimpin umno ada telur tak nak robohkan SJKC??.. nampaknya parti keramat bangsa melayu masih gementar dengan org cina..

Anonymous said...

ehhh betul ke bro ... mak Dyana Sofea tu Yammy Samad .. wanita umno darah karat biru... ahli umno bhgn ipoh barat dan bekas setiausaha wanita umno... tolong bro bg pencerahan sikit..

Anonymous said...

Hah ini pencerahan...
Apabila Ultraman Dyna ni ikut DAP maka jelaslah sudah yang mereka bukan darah karat biru yang sebenar seperti yang kau kata...ia pengkhianat bangsa dan agama...kerana pantang bagi pejuang Melayu sejati untuk menyerti DAP sebuah parti yang cauvinis rasis ultrakiasu komunis.

 
 
Blogger Templates