Social Icons

Pages

Tuesday, June 03, 2014

HOT NEWS !!! TIADA UCAPAN TAKZIAH KEMANGKATAN SULTAN PERAK !!! BUKTI #DAP MENENTANG INSTITUSI RAJA !!!


Melihat dari cara DAP menerima berita kemangkatan Sultan Perak,rasanya tidak salah jika kita menuduh mereka sebagai pendatang.Jika kematian Karpal Singh ditangisi dan diberi penghormatan tertinggi tetapi berita kemangkatan Sultan Perak diterima dengan sikap acuh tak acuh sahaja oleh para pemimpin DAP.Di kalangan penyokong DAP juga ramai yang mengambil sikap sinis mengenainya.Tiada ucapan takziah rasmi dari blog Lim Kit Siang mahupun pemimpin utama DAP lain.Yang ada hanyalah ucapan takziah rasmi yang ringkas dari calon PRK Teluk Intan di Roketkini yang mana dilihat sekadar untuk mencukupkan syarat serta memenuhi jangkaan pengundi.Apapun,sikap yang dipertontonkan oleh DAP ini tidaklah mengejutkan kerana parti itu sememangnya menentang Institusi Raja. Jika masih ada orang-orang Melayu yang terpedaya dengan penafian DAP bahawa mereka tidak ingin menghapuskan Raja-raja, maka wajarlah mereka memikirkannya semula. 

Perjuangan DAP ingin menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan bukanlah isu baru.Memandangkan Raja-raja merupakan ‘benteng’ kepada klausa ini,maka benteng itu tentulah perlu diruntuhkan dahulu jika DAP ingin mencapai objektif tersebut.Penentangan terhadap Institusi Raja ini diluahkan dengan terlebih dahulu mempersoalkan kewujudan Rejimen Askar Melayu ‘diRaja’ dan juga Polis ‘diRaja’ Malaysia.Strategi DAP ialah apa-apa sahaja yang dibawah naungan Raja-raja perlu diserang dan diburuk-burukkan selalu.Matlamat akhirnya adalah untuk membangkitkan rasa sangsi dan benci terhadap Institusi Raja-raja. Malang sekali ramai orang-orang Melayu yang terpedaya dan turut mengikut rentak DAP. Sangka mereka, DAP benar-benar ingin memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.Apa yang mereka tidak sedar ialah DAP hanya ingin memperjuangkan Ketuanan Cina. 

DAP tidak akan senang selagi negara ini diperintah oleh Melayu dan Islam. Jika hanya keadilan dan kesaksamaan yang menjadi perjuangan DAP,maka kenapakah pernah terjadi DAP enggan memakai baju istiadat di dalam Dewan atas alasan ia melambangkan Melayu dan Islam ??? Jika ketidakadilan atau rasuah yang menjadi perjuangan DAP,maka kenapakah Pulau Pinang penuh dengan ketidakadilan dan rasuah juga? Penindasan terhadap orang-orang Melayu di Pulau Pinang kini tidak lagi menjadi rahsia malah dilakukan secara terbuka.Bukan sekali kita melihat tunjuk perasaan akibat tidak puas hati dengan ketidaktelusan DAP dalam mentadbir negeri.

Lebih dari itu,kedudukan CEC DAP yang masih lagi belum sah menunjukkan yang parti itu sememangnya tidak telus dan teramat kotor sekali.Ini merupakan bukti jelas bahawa yang menjadi masalah kepada DAP bukanlah ketidaktelusan atau ketidakadilan kerajaan BN,tetapi Islam atau Melayu itu sendiri yang terikat kemas pada Institusi Raja-Raja Melayu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates