Social Icons

Pages

Thursday, June 05, 2014

#PRKTELUKINTAN !!! FAKTA !!! KAUM CINA 'TIDAK HAIRAN' DENGAN JANJI #BN ???


PRK Teluk Intan telah menyaksikan bagaimana orang-orang Melayu terutamanya dari UMNO membuktikan bahawa mereka tidak rasis dengan sanggup mengundi Datuk Mah Siew Keong dari Gerakan,walaupun beliau seorang Cina.Orang-orang Cina pula,terutamanya penyokong DAP telah tidak sanggup memberi undi kepada Dyana Sofya hanya kerana beliau Melayu.Biarpun Dyana telah berusaha sedaya upaya membuktikan kesetiaan dan kecintaannya pada DAP dan kaum Cina sehingga mengecam segala apa yang berkaitan bangsanya sendiri, tetapi beliau tetap ditolak mentah-mentah semata-mata kerana beliau bukan Cina.Hasilnya,PRK Teluk Intan menyaksikan undi Cina untuk DAP menurun dari 85% kepada 70%.Justeru,jika selama ini UMNO dan orang Melayu sering dituduh rasis oleh DAP,tetapi dengan keputusan PRK Teluk Intan ini,DAP tidak lagi mampu menafikan bahawa sikap perkauman kaum Cina rata-ratanya,adalah sangat kronik serta mampu mengancam negara. 

Dalam cubaan untuk membela diri dan menutup malu,DAP meletakkan faktor kekalahan mereka kepada pengundi luar yang tidak turun mengundi.Ini sekali gus menimbulkan persoalan tentang tahap kebergantungan kita kepada pengundi luar bagi menentukan keputusan pilihanraya di Malaysia.Memandangkan pengundi luar itu kebanyakannya adalah dari Singapura,maka saya tertanya-tanya,apakah keputusan pilihanraya negara ini sebenarnya bergantung kepada Singapura ??? Apakah hak mereka yang memilih untuk tinggal di luar negara,untuk menentukan hala tuju masyarakat setempat ?? Selain itu,apabila kita bercakap tentang pengundi luar dari Singapura,maka secara automatik kita merujuk kepada bangsa Cina dan dalam konteks PRK Teluk Intan,kita dapat melihat dengan jelas bahawa pengundi bangsa Cina dari dalam atau luar kawasan,hampir kesemuanya masih tidak berganjak menyokong DAP,cumanya,mereka memilih untuk tidak mengundi kerana enggan memangkah seorang Melayu.Akibatnya,walaupun DAP kalah,tetapi undi bangsa Cina kepada BN hampir tidak meningkat langsung.

Apakah ertinya semua ini ??? Ertinya,bangsa Cina langsung tidak peduli dengan segala janji manis dan khidmat cemerlang BN kepada mereka selama ini.Datuk Mah telah sedia mempunyai rekod yang cemerlang di Teluk Intan dan beliau berjanji akan menyelesaikan segala masalah rakyat yang tertangguh selepas DAP memenangi kerusi itu dalam PRU yang lepas.Malah dengan perlantikan beliau ke kabinet sepertimana yang dijanjikan Perdana Menteri,Datuk Mah pastinya mampu melakukan lebih lagi kepada penduduk Teluk Intan, khasnya bangsanya sendiri.Malangnya,tiada satu pun dari niat murni Datuk Mah,Perdana Menteri mahupun BN yang dihargai oleh bangsa Cina.Bangsa Cina nampaknya benar-benar nekad untuk memisahkan diri dari aspirasi negara serta benar-benar tekad untuk merombak landskap politik Malaysia.Sikap ‘tidak hairan’ terhadap segala janji dan khidmat BN,menunjukkan bahawa bangsa Cina tidak lagi memerlukan kerajaan kerana mereka telah cukup kuat.Selama ini juga mereka sering mendabik dada sebagai pihak yang bertanggungjawab memajukan Malaysia dengan menjadi pembayar cukai tertinggi tanpa mengambil-kira bahawa kejayaan mereka itu adalah hasil dari dayabeli majoriti, iaitu Melayu. 

Berdasarkan hakikat ini,kerajaan wajar berhenti dari terus melayan bangsa Cina seperti ‘rakyat yang memerlukan’ dengan menjanjikan itu dan ini.Sesungguhnya bangsa Cina tidak perlukan apa-apa lagi dari BN,selain takhta kerajaan.Kini,kaum Cina tidak lagi mampu berselindung bahawa mereka benar-benar rasis dan menentang kerajaan kerana ia diterajui Melayu.Oleh itu,kerajaan tidak perlu lagi bersikap ‘apologetic’ atau pun ‘berlapik’ dalam menangani sikap rasis mereka.Perkara yang sudah jelas terdedah tidak perlu lagi ditangani secara halus.Sudah sampai masanya,kerajaan mengakui dan mengambil langkah serius mengenalpasti punca sikap rasis bangsa Cina serta pantas dan tegas menanganinya secara terbuka

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

di lihat pada sudut kepimpinan dalam Dap; mungkinkah sudah ujud kesedaran tentang nepotisme dan impak negatifnya terhadap parti terbesar kaum Bandaran ini?

Anonymous said...

Ikut resmi padi:

politik adalah seni serba serbi berkemungkinan, waima pakar strategy parti berkenaan yang sering masuk bakul dan angkat diri sendiri hanya mampu menuding jari kepada itu dan ini atas kekecewaan di Teluk Intan tetapi tidak pada diri sendiri.

 
 
Blogger Templates