Social Icons

Pages

Thursday, June 05, 2014

KANTOI !!! SAH !!! KEADILAN INTERSHIP PROGRAM AKAN HANCURKAN ANAK MUDA !!!


Apa yang sedang berlaku di dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika artikel ini sedang ditulis sudah cukup untuk menunjukkan bahawa parti tersebut telah bertemu dengan jalan mati.Sedang para penyokong gerakan reformasi melaungkan kononya pilihanraya di Malaysia tidak adil,kita dijamukan dengan cerita-cerita buruk mengenai pemilihan parti mereka sendiri.Cerita ini bukannya disebarkan oleh para penyokong Barisan Nasional,tetapi ianya dilemparkan oleh para penyokong dan ahli Parti Keadilan Rakyat.Contoh terbaik boleh dilihat ialah Chegu Bard yang dari permulaan tempoh kempen pemilihan parti menyerang Azmin Ali dengan begitu kasar dan kurang ajar sekali.Ini belum lagi diambil kira insiden-insiden baling kerusi,pukul memukul dan pelbagai lagi perkara tidak baik yang berlaku semasa proses pengundian parti tersebut.Seperti biasa,kaum kerabat PKR akan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional yang telah kononya telah menyebabkan proses pemilihan mereka tercemar.

Bagaimanakah UMNO dan BN boleh terlibat dalam pemilihan parti lain,Ini merupakan alasan yang tidak logik dari pihak Parti Keadilan Rakyat.Kini terdapat pula satu program khas yang diwujudkan oleh Parti Keadilan Rakyat,untuk mengambil perhatian orang-orang muda dalam senario politik negara.Program Intership yang dijalankan oleh Parti Keadilan Rakyat ini adalah untuk melatih anak muda agar berfikir dan bergerak seperti para pemimpin Pakatan Rakyat.Anak-anak muda yang mengikut program ini akan didedahkan dengan pelbagai cara untuk melibatkan diri dengan politik setempat,media dan taktik-taktik politik yang mengikut acuan Parti Keadilan Rakyat.Pada hemat saya,dengan apa yang berlaku di dalam PKR sekarang,adalah tidak wajar PKR mengadakan program kononya untuk membentuk anak muda.Ini kerana,telah terang lagi bersuluh,pimpinan PKR bukan sahaja gagal dalam membentuk ahli yang berdisiplin tetapi mereka juga gagal dalam perkara asas iaitu mengadakan satu pemilihan demokrasi dalam parti.Yang mereka ajarkan kepada ahli-ahli mereka adalah ideologi anarki yang tujuannya untuk merosakkan negara ini. 

saya ingin menyeru agar anak-anak muda di luar sana supaya tidak termakan dengan hasutan PKR untuk anda mengikuti program sebegini.Lihat sahaja kepada Saiful Bukhari,ya Saiful juga merupakan salah seorang hasil daripada program anak muda keadilan,tetapi apa yang telah terjadi kepadanya ???Program seperti ini adalah satu wadah untuk meresapkan agen-agen keadilan kedalam sektor swasta dan kerajaan.Cuba bayangkan kalau ideologi anarki yang dianuti Anwar Ibrahim disebarkan secara halus dan terselindung,betapa bahayanya aktiviti mereka ini kepada negara.Bukanlah saya ingin memburukkan Anwar Ibrahim tetapi sebagai seorang manusia yang telah berumur,beliau perlulah bertaubat dan menghentikan program-program yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan kepada negara.Anwar Ibrahim dan para pengikut parti keadilan rakyat tidak diperlukan lagi di dalam dunia politik Malaysia. Sudah-sudahlah menanam perasaan benci kepada rakyat Malaysia.Ini masanya untuk kita bersama-sama majukan negara dan bukannya merosakkan lagi untuk masa depan anak cucu kita.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

PARTY WILL REAP WHAT THEY SOW

IF BARLEY THEY SOW, THEY WILL GET BARLEY

IF ANACONDA IS IN THE REPRODUCTION LINES, THEY WILL GET ANACONDA

 
 
Blogger Templates