Social Icons

Pages

Friday, July 04, 2014

FAKTA !!! #PAS DAPAT #MAJORITI TAPI TAK BOLEH HALANG PEMBINAAN #PUSATJUDI #LUMBAKUDA !!! APA CERITA NI ???


PAS yang berimejkan Islam memegang majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor nampaknnya terus tidak bertaring,sekalligus tidak dihormati rakan seperjuangannya yang lain dalam kerajaan PR negeri itu,iaitu PKR dan DAP.Dalilnya,sebuah syarikat dibenarkan untuk memajukan pembinaan sebuah pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Kuala Kubu Bharu,Hulu Selangor.Tidak diketahui sama ada cadangan projek itu mendapat bantahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di DUN Selangor mahupun ADUN PAS yang dilantik menjadi Exco.Namun ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi dilihat terpaksa berdemo membuat bantahan,sekalipun suara mereka tidak kedengaran dan tidak diketahui ramai kerana tidak mendapat liputan meluas, termasuk di media-media sosial pro-pembangkang.Antaranya pada 30 Jun lalu, kira-kira 15 ahli PAS diketuai Yang Dipertua PAS Hulu Selangor,Muhammad Idris Ahmad menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor,Tukiman Nail bagi menghalang pembinaan pusat judi lumba kuda berkenaan. 

Kenapa mereka perlu berdemo dan menyerah memorandum bantahan kepada Tukiman, jika ADUN dan EXCO PAS sudah menyuarakan bantahan di peringkat atasan dan bantahan mereka dihormati ??? semalam,satu laporan polis terpaksa dibuat oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah cadangan membina pusat judi lumba kuda terbesar di Asia itu.NGO berkenaan,Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM),Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur jam 11 pagi Khamis dengan diiringi oleh 10 ahlinya.Presiden MJMM,Abdul Rani Kulup Abdullah,selepas selesai membuuat laporan polis memberitahu pemberita pihaknya menggesa kerajaan PR Selangor,Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar mengambil tindakan tegas terhadap pemaju berkenaan. 

“Kami membantah sekeras-kerasnya projek ini yang seolah-olah menggalakkan perjudian dalam kalangan umat Islam di sini,secara tidak langsung akan merosakkan akidah seseorang selain maruah negara turut terjejas,” kata Abdul Rani.Beliau turut memaklumkan pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim Selasa depan.Syarikat pemaju pusat lumba kuda Selangor Turf Club itu sebelum ini mendakwa kaji selidik daripada sebuah universiti tempatan menyatakan 50 peratus daripada penduduk Melayu di kawasan berkenaan bersetuju dengan pembinaannya.

Untuk rekod,pada awal 2011,Merdeka Center menyerahkan hasil kajian kepada pentadbiran kerajaan PR Selangor yang diketuai Khalid selaku menteri besar yang mendapati cadangan pembinaan pusat judi lumba kuda itu tidak dipersetujui majoriti penduduk Melayu dan Islam Hulu Selangor,yang sebaliknya mahukan sebuah pusat pendidikan bertaraf antarabangsa.Namun,selang tiga tahun,pihak pemaju pada tahun ini mengemukakan pula hasil kajian yang didakwa dibuat Universiti Selangor (UNISEL) menyatakan lebih 50 peratus daripada masyarakat Melayu Hulu Selangor menyokong pembinaan pusat judi lumba kuda di Kuala Kubu Bharu itu.Jadi kini,penyokong PAS yang bernaung di bawah kerajaan negeri yang mereka sendiri kuasai,yang PR menjadi kerajaan terpaksa berdemo membantah projek yang sebenarnya boleh untuk tidak diluluskan atau ditolak kerajaan mereka sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

13 comments:

Anonymous said...

Wakil umno dalam parlimen paling ramai berbanding mca, mic dan gerakan...tapi kenapa masih belum hapuskan kasino di genting?? Adalah wakil umno penakut ??

Anonymous said...

Kalu doh bawa cerita .. BANGAU oh BANGAU ..
SAMPAI BILA PUN UMAT ISLAM DI MALAYSIA ..
AKAN JADI SEPERTI NEGARA PLESTIN .. MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI..
TUNGGU LAH SAAT NYA ..

Anonymous said...

lepas ni pas buka kedai minum tuak dan rumah urut lak... pastu pak lebai dok melanggan.. alasan sebab UMNO tak kisah pun... ni puak kata parti ISLAM... hahahaha.. Islam kat mulut... hakkktuihhh

bluk said...

yaaa...da bleh agak dh macai akn bunyi mcm mn.ms heboh konon krajaan da luluskn pmintaan vincent tan nk bina kasino kdua,macai2 dgn penuh riang ria mnabur dn mnyebar fitnah konon krajaan da bg green lite.skrg heboh lumba kuda kt slangor macai dgn pnuh iltizam mmbela puak mereka dgn mngaitkn genting plak.krajaan bg bina genting xkn pmbangkang xbley bina pusat lumba kuda.ya x macai...wa halalan ku wa haramun muuuu....munafik

Anonymous said...

tak apalah..dap dan pkr kan sekutu kita.janji masyukkkkk...

Anonymous said...

Hantam sajalah labu

Anonymous said...

Bila tak ada kerusi, merayu-rayu agar diberikan kerusi

Bila tak ada kerusi, tak ada apa boleh dilakukan, kononnya.

Bila dapat kerusi, rupa-rupanya ia adalah pemanas pungkok saja.

Anonymous said...

Dulu kutuk Umno BN kata luluskan kasino di Genting Highland dan luluskan bina kilang arak tapi bila memerintah dia pun luluskan tempat judi bila ada kuasa...jadi apa bezanya imej Islam yg dijaja puak PAS dengan kerajaan terdahulu.

Anonymous said...

PARTU ANJING SURUHAN Dapiggss. . .

Anonymous said...

Yang dah wujud sekian lama tu biarlah wujud tetapi jangan lah pula yang tak wujud nak diwujudkan pulak. Asalkan yang Islam jangan turut serta berjudi sudahlah.Tidakkah bala namanya, nama aje parti Islam tetapi berpolitik dengan memperjudikan agama.. pigiarghhhh.

Anonymous said...

PAS mengaku parti Islam konon tapi kenapa nak ikut cara UMNO? Alasan begitu boleh ke menukar hukum?

Inilah jadinya apabila mazhab PAS benarkan suami liwat isteri, otak mereng kurang suku.

Anonymous said...

Ni lah contoj Ulama bodoh. Crita kesalahan dia. Dia pun hemtam oramg balik. Samalah dengan hei ulama kenapa berjudi. Habis yang awak tu berjudi tu 5ak salah. Ni sebab ulama PAS tidak meletakkan Islam teratas. Apabila berhujah merka menggunakan akal.

Anonymous said...

APA NAK DIKATO.....PUAK PAS TAK LEH UAT APA....NAK JAGA MARUAH DIRI PUN TAK TERDAYA NI NAK JAGA MARUAH AGAMA DAN BANGSA ?.....HAKIKATNYA PARA PEMIMPIN DAN ULAMA TERSOHOR DARI PAS TERUS DIPERMAINKAN OLEH KAFIR HARBI...TELUR MEREKA DITARIK-TARIK DAN KEPALA BUTOH MEREKA DIUSAP USAP OLEH DAP DAN PKR....MEREKA HANYA MAMPU TERSENGIH KESEDAPAN SAHINGA ANZAL...ITU SAHAJA MARUAH DAN HARGA DIRI PUAK PAK PAS DALAM PAKATAN.....

 
 
Blogger Templates