Lim Guan Eng seolah-olah meroyan apabila Kedah bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di selatan negeri itu.Mengenali Lim Guan Eng,beliau tidak akan meroyan sekiranya idea itu bukanlah sesuatu yang baik untuk Kedah.Beliau hanya menjadi begitu marah kerana idea itu baik mampu menggugat kepentingannya.Beliau tahu bahawa Kedah,di bawah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir punya banyak kelebihan dan mampu ‘mengejar’ kemajuan Pulau Pinang jika tiada halangan atau sabotaj dari mana-mana pihak.Kemampuan Kedah menarik pelaburan sehinggaRM4 billion dalam tempoh tidak sampai setengah tahun pada 2014 memaksa Lim Guan Eng menyapu peluh di dahi.Seperti yang diketahui,pelaburan Asing di Pulau Pinang merosot dan terus merosot sejak 2010.Malah,tahun lalu juga,Pulau Pinang hanya mampu menarik RM1.8 billion berbanding Kedah RM2.5 billion.Kemerosotan pelaburan di Pulau Pinang sedikit sebanyak berpunca dari personaliti Ketua Menterinya juga.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Lim Guan Eng tidak mempunyai gaya dan ketokohan seorang pemimpin professional.Lagak beliau lebih menepati lagak seorang ahli politik samseng jalanan yang penuh dengan dendam dan kebencian.
Beliau juga pernah memalukan diri sendiri apabila bertindak mengutuk dan mengecam pentadbiran Malaysia dalam satu misi pelaburan keluar negara.Tindakan beliau dengan sendirinya memperlihatkan hatinya yang busuk dan otaknya yang kurang cerdik kepada dunia luar.Entah apa lagi agaknya perkara bodoh yang dibualkannya ketika bersama pelabur asing yang tidak dapat dirakam media.Justeru,tidak hairanlah jika pelabur asing hilang minat terhadap Pulau Pinang pada hari ini.Walaupun pelaburan di negerinya merosot, tetapi apabila mendapat berita mengenai cadangan Kedah untuk membina lapangan terbang baru, Lim Guan Eng pantas mendesak agar Lapangan Terbang Pulau Pinang diperbesarkan atau dibina sebuah lagi yang baru juga.Alasan beliau,Lapangan Terbang sedia ada sering banjir dan tidak cukup untuk menampung aktiviti perindustrian dan pertambahan pelancong dalam masa dua tahun lagi.Nampaknya,Guan Eng hanya melihat keperluan pembesaran Lapangan Terbang sedia hanya setelah Mukhriz mencadangkan sebuah yang baru untuk Kedah.Jika Mukhriz tidak mencadangkannya tentu Guan Eng juga tidak kisah jika Lapangan Terbangnya ditenggelami banjir.Hakikatnya,Pulau Pinang sudah terlalu padat dan dengan kerakusan pemaju DAP,pulau itu kini turut menghadapi masalah alam sekitar yang teruk yang berlaku secara drastik sekali.
Cadangan sebuah lapangan terbang baru di pulau itu tentulah tidak sesuai sama sekali.Sebaliknya,sebuah Lapangan Terbang di Kulim,Kedah akan mampu membantu menampung kapasiti yang bertambah di Lapangan Terbang Pulau Pinang juga.Selama ini,ramai tenaga professional di Kilang-kilang di Kulim dan Sungai Petani, iaitu kawasan selatan dan tengah negeri Kedah, yang berasal dari negeri lain dan berulang alik setiap minggu atau bulan melalui Lapangan Terbang Pulau Pinang.Dengan adanya Lapangan Terbang di Kulim,pastinya akan memudahkan pekerja-pekerja ini untuk berulang alik.Terdapat sehingga lebih kurang 20 kawasan industri yang luas yang menempatkan beratus-ratus kilang teknologi tinggi,industri berat dan juga kecil dan sederhana di kedua kawasan ini sahaja Ini belum lagi dikira kawasan industri di antaranya sehinggalah di bahagian utara Kedah, seperti Alor Setar dan Jitra, sekadar menyebut kawasan-kawasan yang dikenali.ini bermakna aktiviti perniagaan seperti mesyuarat dan urusan perjumpaan dengan pihak dari luar serta penghantaran kargo juga akan lebih mudah dijalankan jika terdapat sebuah lagi Lapangan Terbang di negeri ini.
Pendek kata, Kedah sememangnya telah bersedia dan memerlukan sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa. Apa yang perlu dibangunakan selaras dengan pembinaan Lapangan Terbang itu hanyalah kawasan-kawasan pelancongan yang nampaknya masih ketinggalan di negeri itu.
Walaupun terdapat banyak kawasan pelancongan di Kedah tetapi kebanyakannya berada dalam keadaan tidak terurus dengan baik.Chalet,motel dan hotel di kebanyakan kawasan di Kedah masih tidak mampu mencapai ‘standard’ pelancongan dari segi kebersihan,kelengkapan dan layanan.Contoh termudah ialah Kuala Kedah yang menjadi ‘pintu’ ke Langkawi yang masih di takuk lama seperti beberapa dekad lalu.Kawasan ini sewajarnya dibangunkan ke tahap yang canggih memandangkan Langkawi merupakan tempat tumpuan pelancong yang paling penting bagi Kedah.Justeru,inilah disarankan agar kursus kemahiran dalam bidang pelancongan disediakan atau dipertingkatkan lagi bagi anak-anak Kedah.
Sekiranya Kedah mampu meningkatkan kemudahan pelancongan ini dengan cepat,maka tidak mustahil negeri ini bakal memberi saingan sengit kepada Pulau Pinang dalam sedikit masa lagi.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment