Jika sebelum ini kita menyangka tragedi yang menimpa MH17 merupakan satu kesilapan manusia,namun hari ini kita telah mula musykil dan semakin yakin bahawa ada agenda kuasa besar di sebaliknya.Kemusykilan ini timbul dari maklumat-maklumat yang bercanggah serta sikap kuasa-kuasa besar itu sendiri dalam menangani tragedi ini.Pada hari ini,rasanya semua orang sedia maklum bahawa negara kuasa besar adalah dicaturi oleh tangan tersembunyi Zionis yang membawa cita-cita untuk menakluk dunia.Ya,seperti sang ‘iblis’,Yahudi Zionis secara halus menguasai segala keputusan yang dibuat oleh Amerika Syarikat.Seperti yang kita tahu,Amerika Syarikat kini sedang menghadapi saingan sengit dari China,(juga sebuah negara kuasa besar),dari segi ekonomi.Amerika juga tidak senang dengan Russia,iaitu sebuah lagi negara kuasa besar,yang bukan sahaja mampu memberi persaingan dari segi teknologi,tetapi juga membawa pendirian sendiri dalam isu-isu global.Justeru,Russia seperti juga China,dilihat sebagai berpotensi memberi ‘halangan’ walaupun bukan ‘ancaman’ kepada Amerika.
Dalam pada itu,Zionis pula sedang dalam misi kemuncak untuk merampas Palestine secara total untuk kesekian kalinya.Kebetulannya,Malaysia adalah negara yang paling lantang menentang pencerobohan Zionis terhadap Palestine.Oleh yang demikian,walaupun Malaysia tidak mampu memberi saingan dari segi ekonomi mahupun teknologi terhadap kuasa besar,tetapi Malaysia tetap dilihat sebagai ‘halangan’ dan berpotensi menjadi ‘ancaman’ sekiranya dapat mempengaruhi negara lain.Lebih dari itu,Malaysia juga menjadi ‘idaman’ sekutu kuat Israel di rantau ini,iaitu Singapura.Maka tidak hairanlah sekiranya Malaysia telah dijadikan mangsa,sama ada secara perancangan lebih awal atau spontan,dalam semua konflik ini.Hubungan baik Malaysia dengan China yang dijalinkan sejak zaman Tun Abdul Razak dan diperkukuhkan oleh Tun Mahathir Mohamed dan kini disambung oleh Datuk Seri Najib,cuba digugat melalui MH370.China yang diharapkan untuk ‘mengimbangi’ kuasa antara negara-negara kuasa besar, kini cuba dipengaruhi agar turut ‘berdiri’ di belakang Amerika.Permainan ini semakin rancak apabila Perdana Menteri Zionis Israel,Benjamin Netanyahu membuat kenyataan bahawa ‘China merupakan rakan baru Israel’ pada 11 Julai lalu.Mungkin,iblis parasit Zionis sudah mula mencari ‘host’ yang lebih kukuh,kerana tidak yakin lagi dengan pemulihan ekonomi Amerika.
Dan kini,hubungan Russia dan Malaysia pula kini digugat melalui MH17.Malaysia berada dalam keadaan yang amat sukar memandangkan kita tidak mampu menggugat hubungan kita dengan Russia.Namun,di masa yang sama kita perlu bertegas untuk memastikan semua mayat mangsa dapat disempurnakan dan dikembalikan kepada keluarga masing-masing.Persoalan kini ialah,jika mengambil kembali mayat mangsa juga begitu sukar sekali dan kemungkinan besar tidak akan berjaya, maka bagaimanakah kita boleh mengharapkan yang kita mampu mendapat capaian kepada maklumat siasatan ?? Dan apakah jaminan yang maklumat itu tepat ??? Walau apapun persoalan,Malaysia tidak mampu menuduh, tidak mampu bersikap keras dan tidak mampu memaksa lebih dari apa yang pihak Russia sedia berikan kepada kita.Namun,Malaysia berhak untuk mendesak mereka yang menembak MH17 dihukum mati, tidak kira siapa dan pihak mana pun mereka.
Apa yang berlaku kepada MH17 adalah pembunuhan beramai-ramai iaitu 298 orang.Ia merupakan satu jenayah yang tidak dapat diterima akal sama sekali memandangkan Malaysia langsung tidak terlibat dalam konflik di Russia.Malah,jika kelantangan Malaysia dalam isu Gaza merupakan puncanya,maka ia menjadikan jenayah ini jauh lebih kejam lagi kerana ia seoalah-olah melipatgandakan jumlah mangsa yang terlibat iaitu rakyat Palestine,selain penumpang dan krew pesawat
Sedangkan,di dalam pesawat tersebut,bukan semuanya rakyat Malaysia,tetapi rakyat negara lain yang kemungkinan besar tidak pun menyokong pembebasan Palestine.Justeru,adalah wajar bagi seluruh dunia untuk mendesak agar pihak yang bertanggungjawab dikenakan hukuman mati, tanpa sebarang persoalan lagi.Sekiranya mayat-mayat mangsa diapa-apakan,maka seluruh dunia wajar mendesak agar pihak yang melakukannya turut dihukum dengan seberat-beratnya.Malaysia kini benar-benar tersepit dan satu-satunya harapan ialah kebijaksanaan kerajaan untuk menangani masalah ini dan juga pergolakan politik global dengan sebaik mungkin.Rakyat keseluruhan wajib memahami situasi yang genting ini serta berdiri teguh di belakang kerajaan biar apapun yang berlaku dalam kes MH17 ini nanti.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
misil Rusia pernah menjatuhkan pesawat komersial Korea namun tiada agenda tersembunyi di sebalik insiden
misil Amerika pernah menjatuhkan pesawat komersil Iran dan agenda tersembuyi tidak dapat disembunyikan
dan ada banyak lagi cerita berkaitan misil dan pesawat komersil yang tidak disahkan.
soalnya: berapa banyak lagi pesawat komersial perlu dijatuhkan sebelum dunia terkesan dan bertindak?
hukuman yang paling sesuai untuk pengganas ini bukannya gantung..bukan juga tembak sampai mati..tetap hukuman yang setimpal ialah mereka diterbangkan ke paras 33000 kaki dan dihumban keluar dari kapalterbang supaya mereka dapat merasa siksaan,kesakitan,ketakutan mangsa2 tersebut
Post a Comment