Social Icons

Pages

Monday, August 25, 2014

BREAKING NEWS !!! KERAJAAN NEGERI BUAT HAL !!! PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI KARANG MENGAMUK !!!


Penguatkuasa daripada Kerajaan Negeri Selangor kelmarin datang ke kawasan kampung Parit 15 yang mana kes tanah hutan simpan belum selesai lagi untuk merobohkan rumah penduduk kampung.Lebih kurang 20 buah kereta 4x4 terpaksa memberhentikan niat mereka kerana dihalang oleh penduduk kampung yang telah berkumpul sejak pagi tadi di laluan masuk utama ke kampung tersebut.Dengan membawa tukul besar dan peralatan meroboh rumah dan struktur di dalam kampung itu,penguatkuasa yang diketuai wakil SUK Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor masuk dengan niat untuk merobohkan rumah.Keadaan cukup tegang apabila sebahagian penduduk kampung mula bertekak bila wakil kerajaan negeri itu mula meninggikan suara.Hampir pergaduhan tercetus,mujur polis dan rela ada untuk mententeramkan keadaan.


Nasib baik Adun Sungai Panjang,YB Budiman hadir tepat pada masanya.Selesai masalah apabila beliau sendiri mengarahkan rombongan kerajaan negeri ini balik.Semakin dahsyat permainan kerajaan negeri ni.Tanah yang sudah diduduki lebih 30 tahun,tiba-tiba nak halau keluar.apa cerita ni ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates