Social Icons

Pages

Wednesday, August 13, 2014

FAKTA !!! APA YANG #PAS BUAT BILA ISLAM DIHINA ??? JAWAB LAHHH !!!


Kebelakangan ini,kita dapat melihat pelbagai jenis penghinaan dibuat oleh bukan Islam kepada Islam dan ada pula di kalangan orang Islam sendiri yang melanggar perintah Allah Taala dengan menghina agama serta sembahan agama lain,semata-mata untuk menunjukkan atau membuktikan kita juga boleh membalas.Dalam Surah Al-An'am ayat 108,Allah Taala berfirman yang mafhumnya : 

Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak,akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan.Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan. 

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata : “Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka,mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keaadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T. 

Ibnu Abbas berkata,orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w ; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan larangan-Nya ini. 

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada kebenaran dan pencegah kebatilan,apabila bimbangkan perbuatan menghina agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya,maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu,bahkan wajib.

Ramai yang tidak cukup ilmu ketika berdakwah dan ramai juga yang tidak tahu atau buat-buat tidak tahu tentang kewujudan ayat-ayat tersebut sehingga menjadikan mereka sebagai golongan yang membolehkan Islam dihina dan dinajiskan sesuka hati oleh orang kafir.Manakala jemaah PAS,terlalu sibuk hendak mengambil hati para pemimpin DAPig sehinggakan segala penghinaan ini dibiarkan begitu sahaja.Apatah lagi ramai pemimpin-pemimpin PAS liberal berqiblatkan Al Jub serta DAPig.Jangan kerana kita adalah sekutu DAPig dan PKR,maka golongan bukan Islam dari PKR dan DAPig bebas menghina agama Islam dan umat Islam. 

Jangan terlalu banyak sangat politik sehingga akhirnya menggadaikan agama dan akidah kita dengan harga yang sangat murah sebagaimana yang cuba dilakukan oleh beberapa orang pemimpin PAS yang sentiasa mengangguk dan akur dengan apa-apa sahaja yang dikatakan oleh DAPig termasuklah dalam isu KALIMAH ALLAH dan Bible Berbahsa Melayu.Akar umbi sedang membuka mata.Setakat ini,perlumbaan mempertahankan agama Islam nampaknya dimenangi oleh UMNO/BN.saya bukan nak agung-agungk UMNO/BN tapi ini adalah kenyataan.PAS pula terus beretorik dan berbohong di sana sini.itu adalah kenyataan.di akar umbi sendiri dapat melihat bagaimana jemaah PAS dan para pemimpin PAS,langsung tidak peduli dengan penghinaan demi penghinaan yang dibuat oleh bukan Islam kepada agama Allah Taala.Ini bukan perkara baru.sudah terlalu lama.sapa yang ke depan kalau tak UMNO/BN dalam isu ini.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Soalan tak masuk akal dan sepatutnya Apa UMNO Buat Bila Islam diHina? Adakah SKMM,PDRM,AG di bawah pemerintahan PAS? Bolehkah Haji Hadi mengarahkan pihak berkuasa ini bertindak? Apa Najib buat selain daripada menggunakan duit rakyat untuk membeli kuasa politik?

Anonymous said...

Meme betul pun UMNO saja yg kedepan..PAS yg kononnya berjuang selari dgn islam..rupa rupanya hampas..
Sudah sudah lah melayu PAS ..agama mu dah lama di lancaukan olih golongan yg berdampingan dgn mu...insaf dan bertaubatlah..kalau tidak bertaubat..berubah lah kepada yg lebih baik dan lebih islamik.

HAMIDIsP said...

Apa samdol hadi boleh buat? Klu hadi blh kluarkn fatwa kafirkan umno, apa la yg susah sangat nak prtahnkn Islam dari atas pentas. Alasan tak masuk akal..

Anonymous said...

yahudi juga ada agama dan mereka juga berpolitik dan bercita-cita besar.

mereka tidak berpecah kerana agama, politik dan cita-cita duniawi. bukankah ini elok dijadikan ikutan?

 
 
Blogger Templates