Social Icons

Pages

Saturday, August 23, 2014

#MH17 #MALAYSIABERKABUNG !!! ANAK MANGSA DIFITNAH !!!



Ketika rakyat Malaysia sedang berkabung masih wujud segelitir individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan cerita palsu mengenai keluarga mangsa nahas penerbangan MH17 di laman sosial.Mangsa terbaru manipulasi laman sosial itu ialah anak kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kononnya begitu sedih sehingga mahu membuka bendera Malaysia digunakan untuk menyelubungi keranda pramugari MAS Mastura Mustafa bagi melihat wajah ibunya,tersebar luas di beberapa media sosial termasuk aplikasi WhatsApp. Menurut cerita yang disebarkan ini, anak lelaki tunggal arwah,Muhriz Marzaidi, 10,dikatakan merintih mahu menatap wajah ibunya dan merayu-rayu meminta keranda dibuka walaupun sedikit supaya dapat mencium pipi ibunya.Namun, beberapa wartawan termasuk Harian Metro yang mengikuti pengebumian dari rumah sehingga ke kubur berkata, insiden itu tidak berlaku dan disyaki rekaan semata-mata.

lihat gambar di bawah



CERITA yang disebarkan dan disyaki rekaan.

Wartawan Harian Metro Raja Noraina Raja Rahim melaporkan,ketibaan jenazah jam 12.40 tengah hari tadi disambut Muhriz serta bapanya Mohamed Affendi Khairuddin,43,dan datuknya Mustafa Abdul Samad,83.Muhriz dilihat menangis sebaik keranda jenazah ibunya yang dibaluti Jalur Gemilang diletakkan dalam masjid berkenaan sementara menunggu solat Jumaat.

 “Walaupun sebak,Muhriz pergi bersama bapanya dan jemaah lain untuk menunaikan solat jenazah selepas itu.Tiada pula berlaku insiden Muhriz mahu membuka Jalur Gemilang daripada keranda atau meminta mahu mencium pipi ibunya seperti yang disebarkan pihak tertentu itu,” katanya yang berharap orang ramai merujuk kepada media utama jika mahu mendapatkan perkembangan semasa yang sahih dan boleh dipercayai.


Sebaik selesai solat jenazah kira-kira jam 2.30 petang itu,jenazah dibawa dengan penuh penghormatan ke Tanah Perkuburan Islam Taman Paroi Jaya,di Seremban untuk pengebumian.Kira-kira 2,000 jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat dengan dipimpin Imam Eksekutif Masjid At-Taqwa, Ahmad Naim Azlan diikuti solat jenazah.

AL-FATIHAH...

2 comments:

Anonymous said...

Apa punya bangang punya wartawan macam ini punya perkarapun nak bikin cerita sensasi , dah tak ada maruah nak cari duit pun biar la pada berita yang ada ilmu , musibat .

Unknown said...

Jangan buat fitnah, berat nak jawab di dalam kubur nanti..nauzubillah..

 
 
Blogger Templates