Social Icons

Pages

Monday, August 25, 2014

#KONGRESPKR BERLANGSUNG TANPA PEMIMPIN PAS KECUALI KHALID !!! APA CERITA NI ????


Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR ke-10 yang bermula Sabtu berlangsung tanpa sokongan sekutu PR iaitu PAS.Tanpa kelibat pemimpin utama parti itu,Presiden PKR,Wan Azizah Wan Ismail meneruskan Ucapan Dasarnya kira-kira pukul 9.50 pagi.Hanya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad dilihat berada di dewan perasmian kongres berkenaan.Sementara itu,DAP diwakili Ketua Parlimennya,Lim Kit Siang.Difahamkan Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menghadiri majlis perasmian Institut Latihan PAS (ILPAS) yang dirancang lebih awal.Selain itu Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu kini berada di Sarawak atas urusan rasmi parti. 

Ketidakhadiran pimpinan utama PAS termasuk Hadi dilihat mempunyai kaitan dengan konflik dalaman PR antara PKR dan PAS berhubung kerusi menteri besar Selangor.Krisis politik Selangor membabitkan kerusi panas menteri besar sudah berlarutan sejak 'Langkah Kajang' dimulakan pada Mac lalu yang merancang untuk menggantikan Khalid.Lebih merumitkan keadaan apabila Khalid enggan meletak jawatan walaupun diarahkan PKR untuk tempatnya diambil alih oleh Dr Wan Azizah.PKR terus berhadapan masalah apabila Hadi turut menyatakan sokongan terbuka supaya Khalid terus kekal sebagai menteri besar,sebelum membuat pusingan U dengan memihak kepada Presiden PKR itu, selain menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

LEPAS NI APA PULAK ???

KITA TUNGGU DAN LIHAT !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates