Social Icons

Pages

Monday, August 25, 2014

EKSKLUSIF DAN FAKTA !!! APA LAGI #MCA MAHU ???


Sudah 15 bulan berlalu semenjak keputusan PRU13 pada tanggal 5/5/2013.Tarikh tersebut menjadi ingatan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi menjadi satu ingatan bersejarah buatm kami para pengundi di Parlimen Wangsa Maju.Tarikh yang tidak akan kami lupakan melihat gelagat pengundi pengundi Cina yang berkampung di pusat pusat pembuangan undi meraikan kemenangan PKR sejak jam 3 petang lagi. YAB Perdana Menteri sejurus keputusan PRU13 yang lalu membuat kenyataan bahawa keputusan PRU13 adalah disebabkan oleh faktor "Tsunami Cina" malah YAB PM sendiri setuju akhbar Utusan Malaysia memberikan satu kenyataan tegas kepada para pengundi Cina dengan mengeluarkan terbitan "Apa lagi Cina mahu".Kenyataan YAB PM ini sememangnya merupakan satu pekara yang benar dan dibuktikan dengan angka dan fakta sahih melalui keputusan peti undi Dun dan Parlimen seluruh Malaysia.Tsunami oleh pengundi Cina pada PRU13 lalu bukan sahaja berlaku di Parlimen Wangsa Maju malah ianya telah meliputi seluruh Dun mahupun Parlimen dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tsunami Cina yang menyebabkan banyak kerusi BN hilang dan ada juga kerusi Dun dan Parlimen yang BN hanya bersandarkan kepada kemenangan tipis. BN diwakili oleh tiga parti utama iaitu UMNO mewakili Melayu Bumiputera, MCA mewakili masyarakat Cina dan MIC mewakili kaum India. 

PRU13 membuktikan bahawa UMNO dan MIC berjaya membawa pengundi menyokong Barisan Nasional namun tidak kepada MCA yang telah gagal membantu komponen BN.Lebih parah lagi apabila ahli ahli malah pemimpin MCA itu sendiri menyokong pembangkang dan ada juga yang melakukan sabotaj kepada Barisan Nasional.Kita tahu agenda pengundi Cina pada PRU13 yang lalu. Malah YAB PM dan kepimpinan Barisan Nasional juga tahu apa yang mereka pengundi Cina mahukan pada PRU yang lalu.Kita boleh faham matlamat pengundi Cina dan kita juga boleh nampak ahli ahli MCA yang turut sama merealisasikan Tsunami Cina.Cuma yang kita tidak boleh terima apabila "SABOTAJ" secara terang terangan yang dilakukan oleh pemimpin MCA kepada Barisan Nasional pada PRU13 lalu tidak diambil apa apa tindakan oleh pucuk pimpinan BN.Parlimen Wangsa Maju telah menyaksikan sabotaj secara terang terangan oleh ketua bahagian MCA Datuk Yew Teong Lock.Suara MCA Wangsa Maju yang begitu lantang menghasut para pengundi menolak Barisan Nasional setiap minggu keluar diakhbar akhbar tempatan terutama surat khabar Cina. Tidak cukup dengan itu MCA Wangsa Maju melalui Yew Teong Lock membuat siri program ceramah menghasut pengundi Cina untuk menolak calon Barisan Nasional yang diwakili UMNO.Serangan secara terbuka MCA Wangsa Maju tersebut telah membantu parti lawan iaitu PKR menang di Parlimen Wangsa Maju.Kerana sabotaj dari MCA Wangsa Maju itu juga PKR tidak perlu berkempen memandangkan MCA sudah berkempen secara percuma membantu kemenangan calon PKR.Ini realiti yang berlaku di Parlimen Wangsa Maju,ini hakikat sebenar yang pucuk pimpinan Barisan Nasional harus tahu dan sedar. Mandat yang diputuskan oleh YAB Dato Seri Najib Razak dengan meletakkan calon Barisan Nasional dari parti UMNO bagi kerusi parlimen Wangsa Maju telah dikhianati oleh rakan komponen Barisan Naisonal itu sendiri. MCA yang seharusnya akur dengan keputusan YAB PM telah memperlekehkan keputusan YAB PM dan boleh katakan yang Najib Razak ditikam oleh MCA rakan komponen sendiri.

Selepas tamat PRU13 dengan kekalahan perit Barisan Nasional Wangsa Maju, UMNO terus menabur bakti menjalankan tugas yang diamanatkan oleh YAB PM.Segala arahan dari kerajaan pusat dalam membantu rakyat terus dilaksanakan sehingga ke hari ini.MIC dan beberapa rakan komponen yang lain kembali aktif membantu UMNO Wangsa Maju namun tidak kepada MCA Wangsa Maju yang dipimpin oleh Yew Teong Lock.Sabotaj yang dilakukan berterusan sehingga lah kepada penggagihan BR1M yang mana MCA Wangsa Maju melalui akhbar akhbar Cina mempertikai amanat yang diberikan oleh YAB PM kepada UMNO Wangsa Maju. UMNO Wangsa Maju sehingga ke saat ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengutuk ataupun membidas MCA Wangsa Maju mahupun Ketua nya Yew Teong Lock. UMNO melakukan aduan melalui saluran yang disediakan oleh Barisan Nasional dan begitu tertib dengan amanat serta amanah yang terpikul menghormati pucuk pimpinan. Malah sehingga ke hari ini UMNO Wangsa Maju terus berkhidmat untuk rakyat di Parlimen Wangsa Maju. Namun sikap Yew Teong Lock MCA Wangsa Maju semakin hari semakin keterlaluan.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

HAMIDIsP said...

Tanpa sokongan komunis pun Umno ttp mampu mentadbir negara. Singkir komunis, yahudi dan syiah..

Unknown said...

Saya setuju dengan pendapat - sentiasa panas.

Hj Mohammad Hj Dit said...

Tak payah tunggu sampai PRU14. Mana2 kawasan yg calun MCA tewas atau calon UMNO tewas pada PRU13 hukum habis puak2 Cina ni. Dah lah tak tau berbahasa Melayu Cinaini dah kurang ajar. Bertindak dengan mengharamkan pembinaan sekolah2 Cina. Tutup semua sekolah menengah yg bukan kerajaan kecuali sekolah antarabangsa. Semua penunutut2 Cina terus ke Tingkatan 1 tanpa ada peralihan.
Dengan cara sebigini saja penyokong2 Cina DAP dan pembelot MCA akan sedar yg mereka tidak akan dibiar berbuat apa yg mereka suka tanpa dihukum. Ini bukan dendam tetapi politik kotor DAP perlu membayar dengan harga yg mahal.
Satu perkara lagi yg kerajaan perlu bertindak ialah menebual generasi muda Cina yg tidah fasih berbahasa Melayu perlu diberi KP merah dan perlu menguasai bahasa Kebangsaan dengan segera. Dengan cara ini perpaduan dapat mengembalikan semangat perpaduan kaum kembali berkembang. Sekarang ini sedar atau tidak polarasasi kaum makin berkembang. Jangan dibiarkan polirasasi kaum membiak hasil semaian DAP!

 
 
Blogger Templates