Social Icons

Pages

Monday, September 08, 2014

EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR #AKTAHASUTAN ADALAH WARISAN ZAMAN #BRITISH ??? WAJIB BACA !!!


Apakah benar Akta Hasutan 1948 seperti yang dirujuk oleh peguam-peguam pro-Pembangkang masih kekal diwarisi dari penjajah British ??? Terdahulu,Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata "Akta Hasutan ini adalah akta warisan penjajah,kalau dilihat dari sejarahnya ia diwujudkan oleh British adalah menjustifikasikan untuk mereka mengambil tindakan terhadap orang-orang yang menentang Bristish iaitu golongan yang menentang penjajahan seperti golongan kiri dan golongan agama. -AntaraPos 

Ini pula yang ditulis di Merdeka Review 

"Bagi sesetengah kelompok,berita ini diterima dengan perasaan gembira kerana Akta Hasutan - yang merupakan warisan penjajah Britishyang bertujuan untuk menindas pembangkang ketika itu - dikatakan pernah disalahgunakan hingga menyebabkan ada pihak yang merasai bahawa undang-undang ini bertujuan untuk "menutup" mulut pembangkang dan pengkritik pemerintah. "Mangsa" akta ini melibatkan tokoh-tokoh politik seperti Lim Guan Eng (sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang) dan Karpal Singh (orang kuat DAP)."

Namun ini pula penjelasan bekas Ketua Hakim Negara -

“Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan ??? Jawapan saya tidak. “Patutkah Akta Hasutan dipinda? Jawapan saya ya. “Apakah pindaan yang perlu dibuat??? Jawapan saya masukkan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia (agama Islam agama Persekutuan) ke dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan bersama-sama Perkara 152, 153, 181 dan Bahagian III,” katanya. Jelasnya,Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah bukti jelas bahawa akta itu bukan warisan dari penjajah British.Menurut beliau, seksyen itu digubal oleh bekas perdana menteri Tun Abdul Razak selepas Peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengelakkan tragedi itu berulang. “Bagi saya,pewujudan Seksyen 3(1) (f) Akta Hasutan adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Hussein,” katanya.Seksyen 3(1)(f)memperincikan empat perbuatan sensitif di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia membawa kepada kecenderungan menghasut dan individu yang melakukannya boleh dihukum di bawah seksyen 4 Akta Hasutan 1948. Empat isu sensitif tersebut ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera,bahasa kebangsaan,kewarganegaraan dan kuasa Raja-Raja Melayu.Sebarang cadangan untuk menggubal akta baru menggantikan Akta Hasutan juga perlu diselia oleh Peguam Negara, dan bukannya oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Majlis Peguam,katanya. 

Perkasa senada dengan pandangan Tun Abd Hamid dengan alasan berikut ; 

“Ini bukan soal politik. Akta Hasutan harus dilihat dalam perspektif yang lebih luas iaitu soal keselamatan nasional yang perlu dipelihara dengan sebuah undang-undang kerana kerajaan sudah pun menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga menyebabkan timbul pelbagai isu yang meresahkan rakyat sekarang.Malah sekarang ini wujud pula hasutan oleh pihak tertentu yang mahu Sabah keluar daripada Malaysia.Apa akan jadi jika Akta Hasutan dihapuskan ??? Dengan penjelasan di atas,telah terbukti Akta Hasutan telah digubal dan bukan lagi dari warisan British. - 

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

T'Kasih di atas artikel ini Badut Rakyat!

SYUKUR ALHAMDULILLAH kita ada TOKOH terkemuka dan amat terpelajar spt. YAB Tun Abd. Hamid ini - patutnya dilantik sbg. PENASIHAT MT UMNO! Tapi harap Tun Hamid dikawal rapi oleh anggota PDRM setiap masa kerana MUSUH ISLAM/Melayu dari DAPBANGKAI/PKRSODOM-ejen Barat/ZIONIS tentu sgt. benci dgn. beliau!

Oleh kerana si MUSUH Islam/melayu nak bangkitkan pasal legasi PENJAJAH Barat-ZIONIS (tapi dgn. PENIPUAN sejarah); sepatutnya DYMM Kesultanan Melayu dan NGO-NGO Islam/Melayu perlu MENYAMAN BERBILLION, PENGGANAS British-ZIONIS di Mahkamah Persekutuan kita dan Britain - dan kembalikan kesemua Tanah Melayu ini ke bawah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu kita!

Biaq seluruh Barat pun sendiri tahu PENIPUAN ini dan sedaq tentang SEJARAH benar Tanah Melayu dan Bumiputera Islam/Melayunya yg. asyik di TINDAS oleh Penjajah/Pendatang MUSUH ISLAM/umatnya!


Dan oleh kerana kaum PENDATANG RASIS dari MUSUH ISLAM asyik MENGHINA/MENGGERTAK ISLAM/umatnya, maka dah tiba masanya juga tentangan habis-habisan di mahkamah ke atas PENIPUAN ini, di mana BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah, yg. berasaskan undg-undg DAJAL Malayan Union si British-ZIONIS “jus soli” dlm. tahun 1946 - lihat di - www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/sejarah-perjuangan-kemerdekaan-v.html , Sejarah Perjuangan Kemerdekaan V: Protes Melayu, UMNO & Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu! Dan perlu dikembalikan balik tanah PUSAKA nenek yang kita yg, yg. sewenangnya dirampas PENDATANG termasuk Tanah Rizab Melayu kita, yg. terus senyap berita! Supaya cucu-cicit BUMIPUTERA kita masih dpt. memiliki tanah PUSAKA nenek moyang kita ini di masa hadapan!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].

Anonymous said...

Sudah sudah lah tu bergaduh sesama Umno. Arwah Tun Razak gubal utk sekat anasir pengganas. Zaman sekarang ni segala peraturan mesti ikut arus semasa. Penghasut pun ada kategori ada tujuan serius ada yg suka2. Ada org tua ganyut ada budak2 bwh umur.

Anonymous said...

Akta Hasutan dipinda/ditambah baikan menjadi Akta FITNAH.. Hukuman mungkin menjadi lebih berat krn Dosa Fitnah adalah lebih besar dr dosa membunuh. Jgn sekali kali membiarkan dajjal bermaharajalela di bumi M'sia ini..Cegah lah sebelum ianya membakar Warisan Harmoni hari ini..

Anonymous said...

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

 Sebab dan akibat dari fitnah akan mengakibatkan korban yang sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi boleh mengakibatkan lenyapnya satu-satu bangsa, ataupun jatuhnya sesebuah negara, akibat korban fitnah.

Sejarah Islam telah menjadi bukti yang nyata iaitu dimana tiga orang Khalifah Islam menjadi korban fitnah, seperti terbunuhnya Khalifah Umar ibnu Khattab R.A., terbunuhnya Khalifah Othman bin Affan R.A., terbunuhnya Khalifah Ali bin Abi Thalib R.A., dan juga antara lainnya iaitu zuriat Nabi S.A.W. sendiri, yang dibunuh dengan kejamnya oleh manusia-manusia yang gila akan kuasa.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

 
 
Blogger Templates