Social Icons

Pages

Sunday, September 28, 2014

FAKTA !!! KEPADA MB #AZMINALI !!! TOLONG JELASKAN SKANDAL SKIM MESRA USIA EMAS SELANGOR !!!


Pelantikan Azmin Ali sebagai Dato Menteri Besar Selangor meneruskan rentetan sejarah peralihan kuasa Menteri Besar Selangor yang penuh kontoversi sejak Datuk Harun Idris dan mungkin kali ini merupakan yang paling panjang,paling kontroversi dan penuh drama.Namun pelantikan ini tidak bermakna kontroversi dan sejarah kerusi panas Menteri Besar Selangor akan reda buat seketika.Jika Khalid ketika naik dipalit tuduhan penyelewengan agihan lembu korban dan penggunaan wang negeri untuk selenggara kereta peribadi,azmin pula berhadapan isu penstrukturan semula air Selangor dan skandal Skim Usia Emas Selangor.Sudah tiba masanya Azmin bertanggungjawab menjalankan siasatan dan mendedahkan apa sebenarnya berlaku dalam Skim Mesra Usia Emas Selangor (SUES) yang dikatakan telah disalahguna dan diselewengkan.Skim Usia Emas Selangor pada mulanya diwujudkan atas nama Bantuan Khairat Kematian Selangor yang dbentangkan oleh kerajaan Barusan Nasional di Selangor dalam pembentangan Bajet Selangor 2008. 

Mulai 1 Januari 2008,Kerajaan Negeri memberi sagu hati kematian sebanyak RM 2,000 kepada waris-waris yang tinggal tanpa mengira sebab-sebab kematian.Mereka-mereka yang layak adalah semua warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal yang berumur 60 tahun ke atas yang merupakan rakyat Selangor atau mereka yang telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Selangor.Apabila berlaku kematian dan dilaporkan kepada Pegawai Daerah beserta pengesahan pihak berkuasa, waris akan diberi peruntukan RM 2000 secara serta-merta bagi bantuan menguruskan kematian. Kemudian, Kerajaan negeri yang dipimpin oleh PKR melakuka perubahan dengan menukar nama kepada Skim Mesra Usia Emas Selangor dan meningkatkan jumlahnya daripada RM 2, 000 kepada 2, 500. 

Namun tidak seperti kerajaan BN yang membayar seklaigus bagi memudahkan urusan pengkebumian dan sebagainya, kerajaan negeri hari ini membayar sebanyak dua kali iaitu RM 1, 000 dan 1, 500 selepas beberapa bulan kemudian.Sejak beberapa minggu lalu muncul dakwaan SMUES telah diagihkan kepada ahli-ahli Parlimen PKR dan DAP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan satu kesalahan penyalahgunaan dana kerajaan negeri.Antara penerimanya termasuk Azmin Ali selaku Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Parlimen Wangsa Maju,Datuk Dr Tan Kee Kwong.Tindakan memberi dana kerajaan negeri Selangor kepada ahli Parlimen di luar Selangor atas sebab politik kepartian merupakan satu penyalahgunaan prosedur kewangan dan salah pengurusan yang serius serta tertakluk kesalahan “criminal breach of trust” yang dilakukan oleh pentadbiran Khalid Ibrahim. Ini termasuk ada dakwaan bahawa peruntukan kepada Ahli Parlimen Pandang, Rafizi Ramli, dimasukkan ke dalam kaun penama orang lain.Bersediakah Azmin merungkaikan isu ini sedangkan beliau sendiri bersubahat ??? kita tunggu penjelasan azmin berhubung isu ini

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates