Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan sebuah program syarahan di Universiti Selangor (Unisel) sebagai pentas untuk terus mengkritik kepimpinan mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Menurutnya,pentadbiran Khalid sebelum ini di negeri itu menjejaskan pelajar Unisel dengan bebanan yuran yang diluar kemampuan.Anwar berkata walaupun mempunyai simpanan wang negeri yang banyak namun kepincangan pengurusan kepimpinan terdahulu sangat ketara sekaligus ia tidak boleh diterima sehingga beliau menegur Khalid sebelum ini.
"Sebab yang saya menegur kepimpinan MB sebelum ini adalah saya kata dengan wang yang ada saya tidak boleh terima pelajar ditekan menghukum pelajar yang tidak boleh membayar yuran tidak boleh menduduki peperiksaan.Kalau wang tidak ada tidak apa.saya baru dapat maklumat beberapa mahasiswa tadi yang lambat bayar yuran akan didenda, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan," katanya semasa menyampaikan ucapan di program Syarahan 'Memerangi Ekstrimis'.Dalam masa sama beliau memaklumkan perjumpaannya dengan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di kediamannya semalam memutuskan untuk membenarkan pelajar akan tetap menduduki peperiksaan walaupun tidak membayar yuran dengan syarat memang terbukti tidak mampu.
"Semalam YAB Azmin Ali (Menteri Besar Selangor),saya akan sebut di sini bahawa pelajar yang sah dia itu miskin, tidak mampu bayar yuran universiti, tidak boleh dilarang untuk menduduki peperiksaan," jelasnya.Dalam pada itu beliau meminta penuntut Unisel memahami tujuan dan usaha PKR menjatuhkan Khalid dari kepimpinannya yang bermula dengan 'Langkah Kajang'.Tambahnya,prinsip pedulikan rakyat perlu diteruskan sebagai asas pemerintahan Pakatan Rakyat (PR).
"Di antara sebab saya tidak setuju dengan pentadbiran dahulu dan 'Langkah Kajang' diadakan walaupun beliau adalah sahabat saya
"Apa erti wang yang banyak bila anak-anak kita dinafikan? Saya tidak boleh terima.Saya harap saudari saudara mengerti bahawa mengapa ubahsuaian itu (penukaran MB Selangor). Langkah Kajang ialah menyokong apa-apa yang baik dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim,mengharagi pentadbiranhya yang cekap tapi harus mengangkat pentadbiran supaya ia lebih menunjukkan kepedulian terhadap rakyat termasuk pelajar Unisel yang tidak mampu membayar yuran," ujarnya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
9 comments:
Secara terang2an.., Anwar memberitahu bahawa.., MB Selangor pasti akan menurut 'perintah' dia...
Tak ada kepimpinan boneka, kan..?
Hehehehe...
Aik...sebelum ini pembangkang kata akan beri pendidikan percuma ... kata PTPTN membebankan para pelajar dan sebagainya. Ibarat ludah ke langit jatuh ke muka sendiri !! Mulut bau taik!!!
Dengar boleh...percaya jangan.
Ha..ha its must be a joker..
ular tgh dok start pancing budak kolej.
Dengan syarat? Kata percuma! Alangkah bodohnya cacai aljuburi..kah kah
budak2 U skg ni mmg teramat senang utk diperbodohkan oleh Ketum..baru start nak kenal dunia lah katakan..hehehe
Ketum ketumbol HªHªHª
mestilah kena buat gitu kerana pelajar2 ni lah yg akan menyahut seruan utk berdemo atau merusuh sekiranya mahkamah menolak rayuannya. Kena sustain kemarahan anak2 muda ni terhadap kerajaan baru ada ooomph bila dipanggil turun ke jalan raya
Post a Comment