Social Icons

Pages

Thursday, October 23, 2014

BREAKING NEWS !!! KANAK-KANAK SASARAN UTAMA PROGRAM '#IWANTTOTOUCHADOG !!! VIDEO INSIDE !!!


Penganjuran program “I Want To Touch A Dog” merupakan satu lagi lembaran tragis dalam sejarah penghinaan terhadap maruah Islam. Namun perkara utama yang menjadi kebimbangan kita sekarang ini apabila kanak-kanak merupakan sasaran utama kumpulan yang berselindung disebalik program “I Want To Touch A Dog”. Syed Azmi Al Habshi telah menyatakan dengan jelas dalam video beliau bahawa sasaran utama mereka adalah kanak-kanak.Doktrin yang mereka cuba tanamkan kepada kanak-kanak bahawa hanya kesamarataan yang wujud. Maka segala hak keistimewaan orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu dengan sendirinya akan senang dihakis apabila mereka berjaya menukar “mindset” kanak-kanak ini nanti.jom kita lihat dulu video di bawah


Islam sebagai agama rasmi negara cuba disamakan dengan agama-agama lain.Oleh itu jelas di sini bahawa program “I Want To Touch A Dog” bukan sekadar menyentuh anjing.Agenda tersembunyi disebalik program ini terlalu banyak dan ianya bakal membahayakan kedudukan orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara.Sebelum ini Nurul Izzah,Naib Presiden PKR melalui tweetnya telah mengucapkan tahniah kepada penganjurnya iaitu Syed Azmi Al Habshi yang berperwatakan agak “lembut” yang agak meragukan.Tambahan pula Anwar Ibrahim bakal dijatuhkan hukum liwat II beliau pada 28 Oktober ini.Menurut analisis yang telah dibuat,nampak gayanya Anwar Ibrahim bakal menghuni Penjara Sungai Buluh sekali lagi.Walau apapun sama-samalah kita tunggu keputusan mahkamah pada 28 Oktober ini.Ucapan Nurul Izzah kepada Syed Azmi Al Habshi ini berbunyi “Islam juga mengenai belas kasihan.Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang” 

Walaubagaimana pun ianya telah dibalas oleh Exco Pemuda Umno,Dr Fathul Bari Mat Jahaya, “YB Nurul Izzah,umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan,termasuk anjing.Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal” Lantas Nurul Izzah menyindir Fathul Bari,“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais)” Fathul Bari membalas,“YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK.Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.” Sementara itu pula Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula telah menjelaskan bahawa penganjur ‘I want to touch a Dog’ telah tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam. Surat penganjur pada 3 Okt lalu kepada MAIS menerangkan kononnya program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.Kononnya ia juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya.Hakikat Syed Azmi Al Habshi telah tegaskan bahawa program ” I Want To Touch A Dog” mensasarkan kanak-kanak dalam usaha untuk mewujudkan senario kesamarataan sepertimana yang amat diinginkan oleh pakatan rakyat.Malahan tindakan memegang,memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak. Adakah ini disedari oleh penganjur atau adakah ini yang dimahukan oleh mereka ??? Walau apapun kita tahu bahawa ini merupakan gerakan yang cukup licik dan membahayakan negara dalam keadaan tidak sedar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

profit said...

Semoga ALLAH memberkati usaha Syed Azmi

Anonymous said...

We don't need such event to create the awareness among the muslims especially malays. It's the prejudice by the non-muslim who misunderstood the muslim's perspective on certain issue when it comes to engagement with dogs. Clearly the organizer has misled the ignorant muslims by creating Islamic atmosphere to justify the ill intention in the endless effort to liberalize the muslim's faith by exploiting the ignorant muslims such as Syed Azmi and the most vulnerable target which are the children. Sorry man...i despised whatever this pondan tua trying to do for whatever reasons to justify it...

Anonymous said...

ni semua hikmah, dari sini kita dapat tau mmang ada melayu2 muslim yang kurang peka, tak amek berat tentang halal haram, nampak seperti cerdek tapi sebenarnya lembam, contohnya pemilik profile profit yang tahap lembam yang amat kritikal.

Anonymous said...

Syed Arse-me

 
 
Blogger Templates