Social Icons

Pages

Wednesday, October 15, 2014

BREAKING NEWS !!! SAH !!! #DAP GAGAL URUS BANJIR DI #PULAUPINANG !!!


Kerajaan negeri mengakui gagal menyelesaikan masalah banjir yang berulang di negeri itu walaupun telah melaksanakan beberapa projek tebatan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri,Chow Kon Yeow berkata,kegagalan itu disebabkan pelbagai faktor seperti reka bentuk projek dan sistem perparitan yang dibina tidak sesuai selain faktor hujan lebat luar biasa. 

“Kita juga berhadapan dengan kekangan kewangan kerana untuk melaksanakan projek ini menelan belanja tinggi seperti di daerah Barat Daya yang memerlukan RM600 juta bagi melengkapkan projek tebatan banjir dan sistem perparitan,katanya dalam sidang akhbar.Beliau mengulas kejadian banjir di Jalan Sungai Pinang dan Jalan P. Ramlee Jumaat lalu yang menjejaskan ribuan penduduk serta merosakkan ratusan kenderaan dengan disiftkn disifatkan antara yang terburuk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.Ditanya mengenai projek tebatan banjir berhampiran Sungai Jelutong yang siap 1 Mei lalu tetapi gagal berfungsi,Kon Yeow berkata,projek berkenaan adalah berskala kecil dan tidak mampu menampung kapasiti air ketika hujan lebat selain mungkin mempunyai ‘kelemahan’ dalam reka bentuknya.Pada masa sama beliau berkata,tugas untuk menangani isu banjir di negeri itu sangat mencabar dan kadang-kala beliau berasakan tidak mampu untuk menguruskannya.

"Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13,Ketua Menteri memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang portfolio ini.Saya berasakan ini satu tugas yang sangat berat ditambah masalah kesesakan trafik yang berpanjangan turut menjadikan tugas ini lebih mencabar,” katanya.Ditanya adakah pihaknya akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek tebatan banjir,Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP negeri mengakui kerajaan negeri berdepan masalah kewangan dan Kerajaan Pusat tidak berdiam diri apabila turut menghulurkan bantuan.“Bagi projek berskala besar seperti di Sungai Pinang,Sungai Kerian dan Sungai Muda Kerajaan Pusat telah membelanjakan lebih RM100 juta,tetapi untuk projek kecil kerajaan negeri yang melaksanakannya. 

“Kerajaan negeri juga memberi peruntukan,tetapi disebabkan kos yang terlalu tinggi,hanya RM30 juta setahun dapat kita salurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tetapi bukan semuanya dibelanjakan untuk tebatan banjir kerana \turut merangkumi kos pentadbiran,” katanya.Ditanya mengenai masalah banjir lumpur berulang di Paya Terubong dan kaedah penyelesaian oleh kerajaan negeri, Kon Yeow berkata,soalan itu perlu dikemukakan kepada wakil rakyat kawasan berkenaan. “Kamu tanya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan berkenaan kerana saya ada banyak kerja hendak lakukan, Masalah banjir dan trafik di seluruh negeri juga di bawah tanggungjawab saya,” katanya.

Ternyata ini adalah satu lagi kegagalan besar Lim Guan Eng yang dengan bongkak sekali mengatakan sekiranya mereka perintah Pulau Pinang masalah banjir dapat diatasi dengan mudah sekali. Lim Guan Eng juga dengan bongkaknya mengatakan “We promise. If we win in Pahang and if we win in Putrajaya, give us one term and the floods in Pahang will be resolved,” di dalam konvensyen DAP di Shah Alam.Di Pulau Pinang tidak dapat diselesaikan mahu berjanji di negeri lain pula.Sedangkan,di Pulau Pinang Guan Eng tidak perlu menunggu untuk mendapat kuasa untuk berbuat sesuatu kerana beliau telah pun berkuasa.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

najib apa ada hal, jap lagi salur bajet.

Anonymous said...

SO WHAT??????. Kena tukar kerajaan lah ni?????? Kah, kah, kah.....

Anonymous said...

buat kerja dgn MULUT semua org boleh buat.kerja setahun boleh siap dlm masa seminit je-kalau kerja dgn MULUT lah..tapi kalau kerja pakai akal&tenaga ianya akan ambil masa..Jadi tak hairanlah kalau pemimpin2 PR ni cakap sbb depa semuanya buat kerja pakai MULUT je..selesai masalah..yg jadi mangsa ialah rakyat jelata..tapi apa boleh buat,rakyat m'sia skg ni semuanya dah pandai2 belaka dlm memilih PEMIMPIM..Ambo tabek kat rakyat M'sia skg ini..next PRU jgn lupa undi PR lagi..

 
 
Blogger Templates