Social Icons

Pages

Wednesday, November 12, 2014

BREAKING NEWS !!! GOLONGAN #ERDOGAN MAHU JATUHKAN #HADIAWANG DALAM #PAS ???


tu diaaa !!! sapa yang nak jatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ni ??? persoalannya siapa ??? tapi Ada yang mengandaikan bahawa jika PAS tidak lagi dipimpin oleh Abdul Hadi Awang,parti Islam itu akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan cabaran dan menjalin kerjasama politik dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Justeru kini sudah ada gerakan di dalam PAS untuk “memujuk” Hadi supaya meletak jawatan.Gula-gula yang disuakan ialah beliau akan dilantik untuk menggantikan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin uzur kebelakangan ini sebagai Mursyidul Am PAS.Dikhabarkan golongan veteran PAS dan pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Hadi telah diminta untuk “memujuk dan menjelaskan duduk perkara kepada Hadi” mengapa beliau perlu berundur daripada memimpin parti.Dikhabarkan juga banyak pihak, terutama PKR dan DAP,melihat bahawa mutakhir ini, pendirian dan komitmen PAS dalam pakatan itu semakin longgar dan kadangkala mengancam kelangsungan dan keutuhan pakatan berusia enam tahun itu. Golongan ini menganggap Hadi adalah punca kegoyahan pendirian PAS itu.Meskipun Hadi berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat membawa PAS keluar Pakatan, tindakannya akhir-akhir ini tidak pula menunjuk ke arah itu.

Paling nyata ialah pendirian yang diambilnya dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor September lalu.Hadi dikatakan “sama degil” dengan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang mahu isteri beliau mengisi kerusi berkenaan manakala Hadi pula berkeras tidak bersetuju.Apabila “ditundukkan” kiraan majoriti ADUN yang menyokong usul Anwar apabila dua wakil rakyat PAS,Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin menyokong pencalonan Wan Azizah Wan Ismail,Hadi menamakan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar.

Tindakan Hadi membolehkan Azmin dilantik menjadi Menteri Besar Selangor

Tindakan Hadi itu melorongkan Sultan Selangor untuk menerima pencalonan Azmin untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR kerana melanggar disiplin parti.Ketegasan Hadi ini sangat mengecewakan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.Menyedari kebelakangan ini banyak pandangannya agak bersilang dengan kedua-dua parti kerabat, Hadi dituduh mulai menjarakkan diri dari pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PR.Ini mendorong Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng untuk menyelar Hadi kerana sering “ponteng” mesyuarat PR.Ramai juga pemimpin PAS yang bangkit mempertahankan Hadi.Malah ada yang memutarkan haluan tuduhan Guan Eng menuding ke arah beliau sendiri yang lebih kerap tidak hadir mesyuarat pimpinan Pakatan.

Ketegangan hubungan di antara PAS dengan PKR dan DAP semakin menggusarkan apabila Hadi pula menghadapi saman seorang ahli PKR yang mendakwa Hadi telah menghinanya dengan menuduhnya seorang penjual pil kuda.Ketika kecurigaan menyelinap masuk di kalangan pemimpin-pemimpin PR,Hadi tidak melepaskan peluang untuk secara terbuka mengkritik ahli-ahli PAS yang bersekongkol dengan pemimpin “parti luar” untuk menggencatkan langkah politik PAS.Hadi menuduh mereka baruah.Pada masa yang sama tiba-tiba muncul Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dikatakan mahu menawarkan khidmat menjadi pengikat kesatuan dalam PAS dan juga di kalangan ahli-ahli PKR dan DAP.Ini mengelirukan keadaan. Golongan konservatif atau penyokong konsep kepimpinan ulama menganggap PasMa sebagai satu entiti yang cuba menggerhanakan nilai kepimpinan ulama di mata penyokong PAS.

Profesional dalam PAS merungut golongan ulama mahu bolot kuasa 

Sementara golongan progresif atau profesional pula merungut, puak ulama cuba membolot kuasa dan pengaruh dalam parti hingga membingungkan ahli-ahli yang berfikiran terbuka hingga ada yang terperangkap dalam persoalan halal haram dan pahala dosa berpolitik dalam PAS.Mereka melihat Hadi lebih cenderung dengan pemikiran golongan ulama yang amat sensitif dengan perkara-perkara yang membabitkan kepentingan umat Islam dan Melayu hingga sering tidak mengambil kira sensitiviti rakyat bukan Islam di Malaysia.Maka muncullah pemimpin-pemimpin yang cuba mensederhanakan pendirian PAS dalam isu-isu menyentuh anjing, Oktoberfest,perintah Mahkamah Rayuan terhadap Seksyen 66 Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan membabitkan pakaian bersilang jantina.Bagaimanapun ada kelompok yang besar juga dalam PAS yang menegur pemimpin seperti Hanifah Maidin,Mujahid Yusof Rawa, dan Abdul Khalid Samad yang berpendirian agak “lunak” dengan golongan yang dituduh cuba “mengheret Islam untuk dibicarakan dalam mahkamah sivil”.Golongan progresif ini meneliti perubahan sikap politik atau interpretasi Hadi dalam soal tahaluf siyasi sejak beliau pulang dari Turki pertengahan tahun ini. Hadi dikatakan mula mengambil sikap yang agak kritikal dalam gerak politik PKR dan DAP.Perubahan ini amat terasa ketika PKR mula melancarkan program politik Langkah Kajangnya.Dari mula Hadi berjaya mengemudi majoriti penyokong PAS,terutama di Selangor,bahawa PAS bersedia menyokong calon PKR dalam pilihanraya kecil Kajang,tetapi soal melantik menteri besar adalah satu perkara berbeza.Sejak itu, soal kecil hati dan sikap kritikal terhadap gerak politik masing-masing mula memercikkan rasa curiga yang mendalam di antara PAS dan PKR,khususnya.

PAS mulai menunjukkan kurang selesanya dengan sikap DAP yang “terlalu mendesak PKR” supaya menekankan soal hak bukan Islam dan bukan bumiputera. Sebenarnya cerita berhubung usaha mahu menurunkan Hadi daripada menjadi presiden PAS sudah berlegar agak lama juga.Sebelum pemilihan pemimpin PAS dalam muktamar tahun lalu lagi sudah ada ura-ura “mencari tokoh yang boleh menyaingi Hadi” untuk jawatan presiden. Bagaimanapun usaha itu gagal kerana calon yang diharapkan itu tidak ditemui.Maka kekal lahhh Hadi sebagai presiden PAS.Namun kini ada laporan baru yang mendakwa bersumber daripada tokoh-tokoh kanan PAS mahu Hadi meletak jawatan.Gosip politik memang sentiasa berlegar dalam mana-mana parti sekalipun.Namun dalam kes PAS anasir luar dikatakan juga turut campurtangan untuk mencatur imbangan kuasa dalam parti.Anasir ini dikatakan mahu kumpulan progresif dan profesional dalam parti mengambil alih pimpinan PAS agar lebih mudah mencari titik pertemuan dalam mengukuhkan lagi PR menjelang pilihan raya umum ke-14 kelak. Sebaliknya, mungkinkah kesedaran betapa bahayanya golongan yang cuba memujuknya berhenti ini muncul di benak Hadi tatkala beliau menerima rawatan ketika berada di Turki.Mungkinkah dalam masa beberapa minggu dirawat di sana menyedarkan Hadi dengan lebih dekat dan jelas betapa “bahaya” nya ideologi Erdogan yang mahu turut mencatur politik pihak luar,termasuk PAS ???

Adakah Hadi melihat betapa jaringan Erdogan ini sudah kuat menambat pemikiran dan tindak tanduk politik parti-parti dan gerakan Islam di Malaysia hingga gerakan seperti PAS sendiri akan kehilangan atau kabur pendirian politiknya ??? kita tunggu dan lihat adakah hadi awang akan berhenti dari jawatan Presiden atau sebaliknya

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates