Social Icons

Pages

Friday, November 14, 2014

FAKTA !!! #JENTAYUDANARAKSA PERLU DEDAH PELAN SELAMATKAN #MAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA !!!


Agak mengejutkan apabila sebuah syarikat swasta,Jentayu Danaraksa Sdn Bhd,yang baru didaftarkan pada September 2014,tiba-tiba begitu berani menyuarakan hasrat untuk mengambil alih beberapa jabatan yang dikenal pasti sebagai “profit maker”.Jabatan dan kepentingan MAS seperti Penerbangan Malaysia Berhad (PMB),syarikat penerbangan Firefly,MAS Engineering dan beberapa transaksi penting yang lain mahu diambil alih oleh syarikat berkenaan di atas nama “kerjasama”.“Kerjasama” atau “menangguk di air yang keruh” ??? Dalam satu kenyataan di akhbar baru-baru ini,syarikat berkenaan dikatakan menghantar satu cadangan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.MAS template Syarikat berkenaan mendakwa mereka mampu “menghidupkan” MAS kembali gagah di persada dunia dan lebih mengejutkan, mereka mendakwa mampu “menyelamatkan” semua 6,000 pekerja syarikat penerbangan itu yang akan diberhentikan. 

Sedangkan,perancangan Khazanah sebelum ini pun ada menekan dan mengambilkira kesinambungan kebajikan secara holistic kepada 6,000 pekerja ini.Sekali dengar,ianya bagaikan sebuah cerita “fairytale”.Segalanya indah dan mudah-mudah belaka.Apatah lagi syarikat berkenaan mendakwa bekas CEO pertama MAS,Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman kini bersama Jentayu Danaraksa.Saya mengucapkan terima kasih dan agak “kagum” dengan cita-cita besar syarikat swasta itu.Cuma pada pandangan saya,syarikat berkenaan perlu “cermin diri dulu” sebelum mengambil alih sebuah syarikat yang membawa maruah negara di serata dunia selama ini.Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Ogos 2014 dan didaftarkan pada September 2014,yang baru berusia dalam sekitar dua bulan lebih,tiba-tiba mendakwa mampu “menyelamatkan” sebuah syarikat multibilion seperti MAS ??? 

Dalam status yang masih “bayi” yang mentah berumur “dua bulan lebih”,apakah syarikat berkenaan mempunyai “track record” atau pengalaman yang meyakinkan rakyat Malaysia untuk “menyelamatkan” MAS ??? Umpamanya,sebuah sampan baharu yang dikemudikan oleh beberapa orang jurumudi berpengalaman,apakah ia mampu menyelamatkan sebuah “cruise” yang memuatkan 10,000 orang dalam keadaan berlubang di sana-sini dari karam ke dasar lautan ??? Soalnya,Khazanah sebelum ini telah mengambil langkah berani dengan mendedahkan rancangan penstrukturan semula MAS yang mendapat sokongan dari Perdana Menteri,Kerajaan, pakar-pakar industri penerbangan dan termasuk kesatuan-kesatuan kakitangan MAS.Jadi,kenapa tidak syarikat berkenaan berkongsi cadangan dan bentangkan pelan pemulihan mereka yang kononnya lebih “cantik dan indah” itu ??? 

Mengapa pula bila ditanya media,syarikat berkenaan memberi alasan “masih awal untuk didedahkan" ??? Pada pandangan saya,MAS atau khazanah tiada masa untuk menunggu alasan “masih terlalu awal” memandangkan syarikat penerbangan itu sedang “nazak” dan tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkannya.Lagipun,berapa modal yang syarikat itu ada untuk “selamatkan” MAS dari terus rugi ??? Perlu diingat,operasi MAS sekarang khabarnya menelan belanja hampir RM5 juta sehari,perlu bertahan lama,maju dan kembali mencatat keuntungan semula dalam tempoh 3 tahun.Boleh ker ??? Bercakap memang mudah.Merancang diatas kertas sahaja,budak sekolah rendah pun mampu tulis dalam folio mereka.Namun perlu diingat,sebuah syarikat penerbangan yang menjadi “duta” kebanggaan negara tidak wajar diperjudikan sedemikian rupa. Saya memandang tinggi niat Jentayu Danaraksa.Namun tolonglah dedahkan perancangan dan pelan syarikat itu untuk memulihkan MAS kepada umum.Lagipun,Khazanah telah menyatakan mereka berlapang dada untuk mendengar sebarang cadangan yang lebih baik seandainya ada,bukan ??? 

Cuma saranan saya,pastikan pelan pemulihan itu lebih baik dan benar-benar meyakinkan.Risau juga jika nanti Kerajaan pula sekali lagi terpaksa campurtangan untuk selamatkan MAS sekiranya pelan “lebih baik” itu tidak berhasil,bukan ??? Peribahasa pisang tidak berbuah dua kali memang tidak lagi laku dalam usaha menyelamatkan MAS.Bukan apa,sudah tentu rakyat Malaysia risau jika pelan pemulihan syarikat swasta itu hanya “indah khabar dari rupa”.Kalau gagal nanti, dibuatnya mereka jual syarikat penerbangan negara itu pada Singapore Airlines,di mana mahu diletak maruah negara ketika itu ??? Setahu saya,syarikat swasta selalunya “profit oriented” saja,kan ??? Takkanlah syarikat itu bersifat “kebajikan” pula,kan ??? Wajarnya,dedahlah rancangan yang hebat itu pada umum, ada berani ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Artikel yg. BERNAS Badut Rakyat - tengok sajalah CEO sy. GLC yg. ramai penyokong kuat si PKRSODOM dan amat LIBERAL; yg. lansung tak MEMPERTAHANkan hak BUMIPUTERA walau mereka sendiri kaum Bumiputera!

Dan aku heran apahal paramugara MAS, Mohd. Rosli, yg. terus ditahan di Peranchis - kononnya atas jenayah seksual; walau masih belum didapati bersalah oleh Mahakamh Peranchis. Bahkan aku syak wanita tu ejen Barat-Zionis yg. sengaja nak PERANGKAP paramugara ni setelah MENGGODA dia, utk. terus MENJATUHkan maruah dan kedudukan ekonomi MAS, atau dia ni nak buat SCAM-SAMAN-MAS-berjuta – sebab dia sempat lagi MERAKAM video kononnya tapi TAK pula dia MENJERIT minta tolong, waktu kejadian tu, apalagi dlm. kapalterbang! Tak logik lansung dia diROGOL – ramai pembaca yg. turut komen begitu di UK!

Dan yg. herannya paramugara ni telah diPECAT oleh MAS; walau masih belum didapati bersalah dan adakah dia sedang diBELA Kem. Luar – kalau dia termakan godaan wanita tu, biaq dibicarakan di mahkamah Syariah kat negara kita ini, tapi jgn. biaqkan dia diPERANGKAP dgn. tuduhan palsu jenayah seksual, samapi boleh diPENJARAkan selama 15 tahun di PERANCHIS. Bayangkanlah PENDERITAAN keluarganya, yg. juga BERHAK mendpt. PENCEN dia dan BANTUAN dari MAS. Lihat di akhbar-ANTI-ISLAM di - http://www.dailymail.co.uk/news/article-2733111/Australian-passenger-reveals-terrifying-moment-sexually-assaulted-TWICE-Malaysia-Airlines-chief-steward-tried-sleep-economy-cabin.html !

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Sokong je jika layak. Usah peduli puak yahudi, komunis dan pas tu, senang cerita..

 
 
Blogger Templates