Social Icons

Pages

Monday, December 29, 2014

#BANJIRBESAR !!! RUPA-RUPANYA PM DS @NAJIBRAZAK DIPERLUKAN SELESAIKAN SEMUA MASALAH !!! WOWWWWW !!!


Payah rupa-rupanya menjadi Datuk Seri Najib yang bertugas sebagai Perdana Menteri Malaysia.Rakyat Malaysia semakin ramai yang banyak lemak sampai lemak sudah naik ke otak sehinggakan mereka tidak nampak apa-apa atau sesiapa melainkan Datuk Seri Najib.Banjir di Kelantan.. SALAH NAJIB !!! Hubungan terputus dan bekalan kecemasan sukar dihantar.. SALAH NAJIB!!! Konvoi bantuan bekalan makanan dan keperluan polis serta tentera tak sampai ke kawasan terjejas.. SALAH NAJIB!!! Air naik sampai ke tingkat tiga bangunan sekolah.. SALAH NAJIB !!!


Tak cukup dengan Najib,ditanya pula mana menteri-menteri yang lain.Kenapa mereka tak ada.Kenapa mereka tak ketuai rombongan penyelamat ??? Kenapa tak sentiasa menampakkan muka bersama-sama mangsa banjir ??? Pendek kata bermacam kenapa yang lain.Habis jadah apa semua pengarah agensi ??? Apa jadah adanya anggota-anggota bantuan ??? Apa jadah nya pembabitan pelbagai agensi dan jabatan serta sukarelawan dalam bencana kali ini ??? Sebenarnya golongan yang paling banyak mempersoalkan kewujudan Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam bencana banjir ini adalah tergolong di kalangan PENCINTA,PERINDU dan PENCANDU mitos serta legenda bagaimana pemimpin menanggung beras,bekerja menoreh getah atau menyusun batu bata untuk bina rumah rakyat,berkhayalkan rakyat terkangkang dengan mulut ternganga dan pemimpin menyuap makanan terus ke dalam perut mereka. 

Golongan ini sengaja tidak mahu faham tentang peranan eksekutif,legislatif,pengurusan dan pentadbiran.Mereka fikir,kalau tentera kerjanya hanyalah meronda dan bunuh bandit.Kerja polis adalah hambat penjenayah.Mujur jugalah orang pro kerajaan sedikit lebih bijak dengan tidak mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Besar Kelantan yang gagal turun ke kawasan-kawasan bencana banjir,bahkan tidak pula mengutuk MB Kelantan berunding dengan Kerajaan Pusat bagi bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir di Kelantan.Semuanya kerana mereka ada sedikit pengetahuan bahawa pengurusan bantuan kecemasan dan kemanusiaan yang diberikan sekarang berjalan lancar kecuali di beberapa kawasan yang tidak boleh didatangi kerana halangan seperti cuaca buruk dan sebagainya. 

Bagaimanapun,daripada laporan semasa ke semasa,pelbagai agensi bantuan sedang berusaha untuk menyalurkan bantuan.Sedangkan pada masa yang sama,puak satu lagi sekadar umum dan isytihar dan itu sahaja sudah cukup untuk mengembangkan lubang hidung para penjilat mereka.Anehnya mereka tidak pula mempersoalkan ADUN-ADUN serta Ahli-Ahli Parlimen Pakatan dan Pegawai-Pegawai Daerah yang gagal berfungsi untuk rakyat di kawasan terjejas.Tragedi ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib dan UMNO-BN diperlukan umtuk rakyat manakala saingan mereka pula sekadar paper-doll yang bermekap tebal dan terjerit-jerit dengan suara garau !!! Tak mengaku lagi Malaysia masih memerlukan kepimpinan UMNO-BN untuk tempoh yang lebih panjang berbanding retorik UBAH yang menjadi slogan Pakatan ??? Siapa yang lebih kuat berpolitik sampai langsung tidak ada pantang larang dan had lagi ??? tepuk dada tanya pakatan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

meir amit said...

pegi main golf lagi baik la bro..

Anonymous said...

meir amit otak dah bercelaru sejak sokong pembangkang..oatak lembu macam kau tak layak nak komen apa2..faham??

Anonymous said...

Memang Badut, Memang Bangang. Tengok tu kalau tak balik mana dpt peruntukan sampai 500juta?

Anonymous said...

Alahai.....
Kalu rumah ko kena banjir, takkan mak ko kena urus ko ngan adik2 ko sedangkan bapak ko pergi lepak kedai mamak ngan John kat Uganda nun. Kalau mak ko pegang no akaun tak apa la tapi ni bapak ko aje yang ada password kad bagi kuar duit bank.

Tak kan lah ko anak tiri, bapak ko nak biarkan ko mampos tenggelam banjir. Patut ker tak patut.

Jadinya, dalam keluarga nih, bapak sebagai ketua keluarga amat penting. Kalu bapak selalu lepak kat kedai mamak tak kira masa, memanglah anak marah. Bukan aje anak tiri yang marah, anak kandung pun rasa macam nak terajang aje muke bapak ko turrr.

Tapi kalu bapak ko tu dah sedar diri, baguih la.... Dan ko pulak janganlah nak ungkit2 pulak sebab bapak ko pun dah balik umah ko. Cuma abang2 ko aje yang tah lepak kat mana tak dapat dikesan...

 
 
Blogger Templates