Apabila berlaku sesuatu musibah pasti ada hikmahnya.Banyak yang Allah taala nak tunjukkan kepada kita.Puak-puak pencacai sedang gila meroyan meraban kutuk Datuk Seri Najib main golf kat Hawaii dengan Obama.Mereka terutamanya di Kelantan mintak agar Datuk Seri Najib pulang segera ke Malaysia bersama-sama membantu rakyat harungi banjir.Tandanya apa ???
Tandanya mereka lebih mempercayai kepimpinan DS Najib dan UMNO-BN untuk menyelesaikan masalah rakyat berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan PAS.Beberapa kawasan banjir besar di Pahang,Kelantan dan Terengganu berlaku di dalam kawasan Parlimen dan DUN pakatan pembangkang.Alhamdulillah,akhirnya kelmarin Datuk Seri Najib pendekkan percutiasn kemudian balik Malaysia dan terus ke kelantan.tetapi mengapa campurtangan PM,UMNO-BN dan Kerajaan Pusat pula diperlukan untuk membantu rakyat hingga cuti PM pun dipertikaikan dan desak PM balik segera ???
Apakah YB-YB kamu tak boleh buat kerja ??? Mana janji dulu jika kamu diberi mandat menewaskan BN maka semua masalah rakyat boleh kamu diselesaikan ???
Hebat PM kita,di saat-saat susah ketika ini puak-puak pembangkang dan pencacai mereka perlukan perhatiannya.
Anwar ada dapat kelebihan macam tu ??? Setakat sembang kosong jer laaa.Anwar laki bini melancong ke New Zealand enjoy naik beskal,banjir di Kajang ditinggalkan balik Malaysia kutuk itu salah ini tak betul.Perkara yang sama juga pernah berlaku ketika PAS memerintah Kedah.Kedah pada tahun 2010 mengalami banjir besar.Kerajaan negeri ketika itu tergamam dengan situasi kritikal dan gagal handlemasalah ini menyebabkan kerajaan Pusat,Datuk Seri Najib beserta seluruh jentera kerajaan pusat dan jentera UMNO-BN turun padang membantu.Masalah itu dapat diselesaikan.BN merancang projek tebatan banjir pada 2011,namun akibat kurang bajet dan kurang kerjasama dari kerajaan negeri terutamanya beberapa orang EXCO kanan dan pemimpin kawasan maka projek itu ditangguhkan.Lepas BN tawan semula Kedah projek tersebut disambung semula melibatkan daerah Kubang Pasu,Padang Terap dan Kota Setar dengan kos RM600 juta.Bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu oleh MB
Sama juga kesnya Kelantan sebelum ini yang kerap dilanda banjir akibat limpahan Sg Kelantan.Kerajaan Pusat telah memberi peruntukkan RM266 juta membina projek tebatan banjir sepanjang hampir 3.5km.Kesannya pada tahun 2013 meskipun air Sg kelantan naik,namun tidak sampai membanjiri Kota Bharu.
Tapi ada juga juak-juak khawarij kata ini sebab berkat Tok Guru sebab tu tak kena banjir 2013.Sekarang apa jadi ??? nak salahkan Kerajaan Pusat kononnya buat projek tebatan banjir yang gagal menghalang paras air memasuki Kota Bharu banjir kali ni ???
Sesungguhnya kita merancang menghalang musibah banjir namun kuasa Allah nak beri hujan lebat siapa tahu.Sekurang-kurangnya juga dengan adanya tembok tebatan banjir dapat melambatkan air memasuki bandar.Jadi pasukan penyelamat membuat masa melakukan proses pengungsian mangsa.Bayangkan jika tiada tembok tebatan tersebut dan air mengalir masuk deras ke bandar bagai tsunami.Ramai yang mempersoalkan bila dah jadi banjir besar di Kelantan sekarang ni mana pergi berkat Tok Guru tersebut ???
Doa laknat adik kepada Nik Ajiz akhirnya menyusahkan rakyat Kelantan sendiri.kesian MB baru terpaksa harungi kesukaran di Kelantan akibat doa 'makan diri' puak-puak mereka sendiri.Allah bagi 'cash' lepas PRU 13 ???
Rezeki atau musibah itu semua ketentuan Allah.Kalau selama ini kita mendoakan laknat K.O kepada orang lain,doa pecah perut pada pemimpin yang lain tetiba doa itu berbalik semula kepada kita.itu tandanya apa ???
Islam tak ajar manusia supaya mempermain-mainkan doa,mendoakan keburukan pada orang lain sebaliknya Islam mengajar umatnya supaya mendoakan kesejahteraan dan petunjuk kepada orang lain.Bila dah jadi banjir begini orang yang dulu kamu kutuk itulah yang telah memberikan bantuan segera RM50 juta untuk menyantuni kamu,ibu bapa,saudara mara, adik beradik dan rakan-rakan kamu yang terjejas dengan banjir itu.
Bayangkan jika bukan PM yang beri bantuan tersebut melalui arahannya sudah tentu nak buat tugas-tugas menyelamat pun tak ada duit.Nak beli diesel untuk kegunaan bot,trak,helikopter penyelamat,nak beli makanan dan segala keperluan harian serta perubatan semasa banjir pun kita tak mampu.Maka jadilah kita macam sesetengah negara rakyat mereka dibiarkan mati katak.Senang sikit beban negara dari hidup menyusahkan orang.Tapi adakah kita tahu dan bersyukur pada nikmat tersebut ???
Sebagai umat Islam kita dianugerahkan Allah dengan iman,maka dengan iman itu kita bersabar dan redha dengan dugaan.Kita tidak tahu apa hikmahnya ujian ini.Tak tahulah kalau yang lain.adakah mereka tahu konsep syukur,redha dan bersabar ni ???
Hudud punya pasal,DAP Pulau Pinang tak akan beri bantuan kepada Kelantan.Bagus sungguh DAP ni yaaa ini macam boleh perintah Malaysia.Kita sepatutnya bersatu dalam menghadapi banjir luar biasa ini.Bukan Malaysia saja terjejas tetapi Aceh,Sumatera,Bandung di Indonesia,Satun,Yala,Narathiwat dan Pattani di Selatan Thailand juga menghadapi musibah yang sama.
Berdoalah semoga Allah S.W.T menyurutkan air ke dalam bumiNya.Kita pakat bantu sama-sama meringankan bebanan mangsa banjir.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment