Social Icons

Pages

Monday, December 29, 2014

#BANJIRBESAR !!! BERITA PALSU !!! DS @SHABERYC DAN @SKMM_MCMC PERLU BERTINDAK PANTAS !!!


Memang sukar menghalang pengguna media sosial menyebarkan,memuat naik atau berkongsi status berhubung sesuatu perkara,apatah lagi tanpa merujuk sumber sahih.Kerana itu,ada yang tidak bertanggungjawab sanggup mereka-reka cerita kemudian memuat naik ke Facebook,WhatsApp,twitter serta aplikasi lain yang kemudian dikongsi atau ‘foward’ pihak lain tanpa usul periksa.Sudah tentu ada antara cerita yang direka itu mencetus kegemparan tambahan pula ianya disebarkan ketika situasi gawat terutama dalam keadaan musibah banjir di negara ini.Pelbagai cerita kalau orang ramai ada masa melayari laman sosial masing-masing.Namun,paling memeranjatkan adalah penyebaran berita 10 orang dipercayai sekeluarga yang mati dengan mayat mereka bergelimpangan selepas terperangkap banjir di Guchil,Kuala Krai serta kisah ada mati di atas bukit sebab kelaparan dan kesejukan begitu juga mayat budak yang mati kerana punca sama. 

1 lagi,dalam bentuk sajak berjudul ‘Tidurlah sayang’.Sajak berkenaan kononnya nukilan seorang ibu yang kematian bayinya di Bukit Manjor,Kuala Krai ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan.Ibu itu membahasakan dirinya mama yang meratapi anaknya yang mati kerana sejuk,penat serta kelaparan.Sesiapa sahaja yang menerima maklumat berantai atau forward tanpa usul periksa tentu mempercayainya.Paling bahaya kesan sajak itu boleh membangkitkan kemarahan kepada kerajaan sebab ianya membayangkan seolah-olah Kelantan disisihkan kerana mainan kotor partisan dan kerajaan masih tidak berani mewartakan darurat.Jika sesiapa membacanya dengan teliti,tentu tahu semua itu tidak benar.Lagipun,mustahil seorang ‘mama’ sanggup mencipta sajak sedemikian jika benar anaknya mati akibat sejuk dan kelaparan.Jelaslah bahawa cerita 10 orang mati bergelimpangan akibat banjir dan sajak ‘Tidurlah Sayang’ hanya cerita dongeng yang sengaja disebarkan bagi menimbulkan prasangka buruk rakyat terhadap kerajaan. 

Ianya sekali gus akan mengelirukan masyarakat,menyebabkan rakyat panik dan risau malah menimbulkan kebimbangan orang ramai. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu tegas mengesan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang mereka-reka cerita seperti itu dan menyebarkannya.Pihak tidak bertanggungjawab yang boleh mengeruhkan keadaan negara ini perlu dikesan dan diambil tindakan sewajarnya.Sama ada ianya berpunca dari dalam atau luar negara,SKMM wajib menyiasat dan mendedahkannya.Berita-berita tidak benar ini bukan seperti macam-macam cerita politik yang diviralkan seperti kerap berlaku. Rakyat boleh menerima cerita-cerita politik termasuk gambar-gambar super impose tetapi perbuatan menyebar cerita palsu ketika negara sedang ditimpa musibah adalah amat keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan. 

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi tidak boleh hanya mengeluaran amaran menegah orang ramai tidak menyebarkan berita tidak sahih atau kononnya mahu mengambil tindakan tetapi akhirnya amaran tinggal amaran.SKMM harus menjejaki penyebar berita palsu ini,mengetahui modus operandi serta tujuan mereka berbuat demikian.Hanya dengan ada tindakan tegas,kes-kes seumpama ini akan jadi rujukan dan pengajaran kepada pihak lain supaya tidak melakukannya.Jika SKMM tidak dapat menyiasat kerana tidak tahu sumbernya,tidak ada keupayaan menjejaknya,SKMM kena jelaskan kepada rakyat sebab-sebabnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates