Social Icons

Pages

Showing posts with label SHABERY CHEEK.... Show all posts
Showing posts with label SHABERY CHEEK.... Show all posts

Tuesday, August 09, 2016

EKSKLUSIF !!! DATUK SERI @SHABERYC RASMI PAMERAN PRODUK BERASASKAN KELAPA !!! VIDEO INSIDE !!!


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Ahmad Shabey Cheek Melancarkan National Coconut Workshop 2016 sebentar tadi.program ini bermula jam 8.00 pagi tadi sehingga jam 6.00 petang.Pelbagai pameran produk-produk Berasaskan kelapa turut dipamerkan. Jualan 100 unit bijih benih kelapa MATAG (Satu unit terhad kepada seorang),Jualan 200 biji benih kelapa pandan.Demonstrasi pembuatan kelapa bakar,promosi kelapa muda,kelapa lemon,kelapa pandan dan pelbagai produk makanan dan minuman daripada kelapa daripada FAMA. Pameran model mesin-mesin terkini kelapa daripada MARDI dan Jabatan Pertanian (DOA),serta pelbagai produk kecantikan berasaskan kelapa untuk dipertontonkan kepada semua.

ANDA NAK VIDEO ???


DAN 


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, December 29, 2014

#BANJIRBESAR !!! BERITA PALSU !!! DS @SHABERYC DAN @SKMM_MCMC PERLU BERTINDAK PANTAS !!!


Memang sukar menghalang pengguna media sosial menyebarkan,memuat naik atau berkongsi status berhubung sesuatu perkara,apatah lagi tanpa merujuk sumber sahih.Kerana itu,ada yang tidak bertanggungjawab sanggup mereka-reka cerita kemudian memuat naik ke Facebook,WhatsApp,twitter serta aplikasi lain yang kemudian dikongsi atau ‘foward’ pihak lain tanpa usul periksa.Sudah tentu ada antara cerita yang direka itu mencetus kegemparan tambahan pula ianya disebarkan ketika situasi gawat terutama dalam keadaan musibah banjir di negara ini.Pelbagai cerita kalau orang ramai ada masa melayari laman sosial masing-masing.Namun,paling memeranjatkan adalah penyebaran berita 10 orang dipercayai sekeluarga yang mati dengan mayat mereka bergelimpangan selepas terperangkap banjir di Guchil,Kuala Krai serta kisah ada mati di atas bukit sebab kelaparan dan kesejukan begitu juga mayat budak yang mati kerana punca sama. 

1 lagi,dalam bentuk sajak berjudul ‘Tidurlah sayang’.Sajak berkenaan kononnya nukilan seorang ibu yang kematian bayinya di Bukit Manjor,Kuala Krai ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan.Ibu itu membahasakan dirinya mama yang meratapi anaknya yang mati kerana sejuk,penat serta kelaparan.Sesiapa sahaja yang menerima maklumat berantai atau forward tanpa usul periksa tentu mempercayainya.Paling bahaya kesan sajak itu boleh membangkitkan kemarahan kepada kerajaan sebab ianya membayangkan seolah-olah Kelantan disisihkan kerana mainan kotor partisan dan kerajaan masih tidak berani mewartakan darurat.Jika sesiapa membacanya dengan teliti,tentu tahu semua itu tidak benar.Lagipun,mustahil seorang ‘mama’ sanggup mencipta sajak sedemikian jika benar anaknya mati akibat sejuk dan kelaparan.Jelaslah bahawa cerita 10 orang mati bergelimpangan akibat banjir dan sajak ‘Tidurlah Sayang’ hanya cerita dongeng yang sengaja disebarkan bagi menimbulkan prasangka buruk rakyat terhadap kerajaan. 

Ianya sekali gus akan mengelirukan masyarakat,menyebabkan rakyat panik dan risau malah menimbulkan kebimbangan orang ramai. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu tegas mengesan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang mereka-reka cerita seperti itu dan menyebarkannya.Pihak tidak bertanggungjawab yang boleh mengeruhkan keadaan negara ini perlu dikesan dan diambil tindakan sewajarnya.Sama ada ianya berpunca dari dalam atau luar negara,SKMM wajib menyiasat dan mendedahkannya.Berita-berita tidak benar ini bukan seperti macam-macam cerita politik yang diviralkan seperti kerap berlaku. Rakyat boleh menerima cerita-cerita politik termasuk gambar-gambar super impose tetapi perbuatan menyebar cerita palsu ketika negara sedang ditimpa musibah adalah amat keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan. 

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi tidak boleh hanya mengeluaran amaran menegah orang ramai tidak menyebarkan berita tidak sahih atau kononnya mahu mengambil tindakan tetapi akhirnya amaran tinggal amaran.SKMM harus menjejaki penyebar berita palsu ini,mengetahui modus operandi serta tujuan mereka berbuat demikian.Hanya dengan ada tindakan tegas,kes-kes seumpama ini akan jadi rujukan dan pengajaran kepada pihak lain supaya tidak melakukannya.Jika SKMM tidak dapat menyiasat kerana tidak tahu sumbernya,tidak ada keupayaan menjejaknya,SKMM kena jelaskan kepada rakyat sebab-sebabnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 24, 2014

KURANG AJAR !!! @SHABERYC #SKMM !!! #DANIALCHAN MENGHINA #UMNO #BN !!!


kurang ajar !!! ini sudah melampau !!! orang cina macam Daniel chan seorang lelaki beragama Kristian menghina dengan letakkan sekali MCA ppp menyusu badan anggota babi.anda nampak tak danial chan ni bersikap kurang ajar dan Biadap.kepada Datuk Seri Shabery Cheek dan SKMM tolong ajar sikit Danial Chan Ni.tolong ambil tindakan yang sewajarnya

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, November 18, 2014

HOT NEWS !!! DS @SHABERYC !!! #SKMM !!! FORUM #LOWYAT FORUM PALING #RACIS DI MALAYSIA ???


Seorang forumer meluahkan rasa bimbangnya terhadap sebuah laman forum yang dilihat sebagai 'tapak bebas' bagi penggunanya berbangsa cina menghina bangsa melayu.Menurutnya,hampir setiap jam mereka mengutuk Islam dan juga bangsa melayu.

"Kalau masuk di kopitiam mereka,boleh dikatakan hampir setiap jam thread kutuk Islam,Melayu.Kutuk Islam dari segala segi.Kutuk melayu,kutuk bahasa melayu.Sebagai contoh,bahasa melayu adalah bahasa low class dan membazirkan space otak.Yang hairannya,kalau kutuk cina di forum itu,dengan serta merta akan di 'permenant banned'.Tetapi kutuk melayu dari pelbagai sudut atau Islam,post anda hanya akan di remove dan tidak akan dibanned.Rasanya dari zaman aku sekolah,forum ni dah racist, sampailah sekarang tetapi masih belum ada tindakan," jelasnya yang nyata kecewa dengan sikap berat sebelah penggendali laman forum tersebut dan juga pihak SKMM yang hanya membutakan diri mengenai isu ini.jom lihat gambar di bawah



Rungutan dan luahan tidak puas hati akan laman forum Lowyat.net ini sudah seringkali didedahkan,namun SKMM seperti biasa hanya menunggu laporan dari orang awam tanpa memantau secara detail gerak geri forum-forum tempatan sehingga mereka begitu berani bersuara menghina mana-mana kaum di Malaysia ini.Apakah tindakan SKMM kali ini ??? kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.tolong bertindak tegas untuk menangani isu ini.sampai bila kita mahu diam ikut saja telunjuk kaum cina di Malaysia ni.bukan nak racis tapi ini adalah kenyataan sebenar.tak percaya ??? pergi lah di forum lowyat.net semuanya ada di situ

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 18, 2013

KANTOI !!! PENIPUAN OLEH #MILOSUAM DAN KUNCU TERHADAP DS @SHABERYC DIDEDAHKAN !!!


lihat gambar di atas.saya dah gabungkan mana 1 FITNAH dan mana 1 BETUL.lain kali selidik dulu jawapan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.ini asyik hentam jerr akhirnya fitnah berlaku.bila pulak ada bayaran untuk pendaftaran media sosial ??? nampak sangat menipu ni !!! saya akan tunjuk bukti mana yang benar dan mana yang salah !!!

LIHAT JAWAPAN DI BAWAH 

"Kementerian tidak bercadang untuk melaksanakan pendaftaran media sosial atau mengenakan bayaran." 

Menjawab soalan tambahan Abdul Rahman sama ada kementerian bercadang mengenakan pendaftaran dan wang cagaran kepada setiap pengguna laman sosial untuk melayari Internet,Ahmad Shabery berkata kementerian tidak bercadang melaksanakannya.

NAK BUKTI PENUH ???


UNTUK SELANJUTNYA 

“Menghindarlah kalian dari fitnah-fitnah kekacauan, karena pada waktu itu tajamnya lidah sudah seperti tebasan pedang.” - Ibnu Majah

SIAPA YANG SALAH DAN SIAPA YANG BENAR ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, December 12, 2013

EKSKLUSIF !!! BANJIR BESAR !!! LUAHAN HATI OLEH DS @SHABERYC DIDEDAHKAN !!!


Alhamdulillah,5 hari di kemaman.Saat kritikal nampaknya sudah berakhir.Masa kepada kerja-kerja pasca banjir.Membersih dan mengukur kerugian yang ditanggung.Terima kasih kepada yang sudi menghulur.Tenaga atau pun harta.Lebih 18 ribu berpindah dalam tempoh 30 jam.Paling kritikal apabila kira-kira 10 tempat berpindah diisytihar tidak selamat dan terpaksa berpindah lagi.Keselamatan lebih utama dari keselesaan.Maaf di atas kekurangan.Tiada siapa menjangka.Paras air berganda dari yang pernah diingati sesiapa.Seberang Tayor seratus peratus tenggelam.Mak Chili,Mak Lagam,Bukit Mentok lumpuh sama sekali.Elektrik, air dan sistem telekomunikasi turut terhenti. Semuanya luar biasa. Bacaan sukat hujan di Jabur pada 2 Disember ialah 777 mm. 

Ini fenomena 100 tahun.Biasanya di musim tengkujuh kira-kira 350mm sebulan.Kali ini 777mm sehari.Mereka yang tidak berada di sini,tidak merasakannya.Ini adalah fenomena luar biasa.18 ribu hanyalah rekod mereka yang berpindah.Mangsa sebenar lebih dari itu.Tak terkira korban harta benda.Ya,ada banyak yang kelemahan dan banyak perlu diperbaiki.Ini adalah ingatan untuk semua.Namun peranan yang ditunjukkan oleh semua pihak,kakitangan kerajaan,polis,bomba penyelamat,JPAM,Rela, dan lebih-lebih lagi tentera yang datang dari jauh dan dekat amat dihargai.Mereka bekerja bukan kerana kerja tetapi menghayati tanggungjawab yang diberikan.Salute saya untuk tentera kita.Kau kebanggaan negara.Tak ketinggalan para sukarelawan.Baik NGO,parti politik, atau persendirian. 

Tak kira mereka UMNO,PAS atau lainnya.Anda semua wira yang tak didendang.Kita bersatu atas kemanusiaan.Kita bersatu atas hablomminannas.Hubungan insan – ibadat yang dituntut! Ajal maut di tangan Tuhan.Namun kecuali seorang,yang lain semuanya selamat.Ini juga luar biasa.Terima kasih semua.Allah maha penyayang.Syukur yang tak terhingga.Semoga Allah lebih menyatukan kita.Mungkin ini adalah ingatan untuk ummat.Di Aceh dan Sri Lanka,perbalahan mereka hingga berbunuhan – di uji tsunami. Di Filipina, perbalahan mereka hingga berbunuhan – diuji haiyan.

Ujian kita belum sampai ke tahap itu.Allah masih menyayangi kita! 

I love kemaman! 
I love you All! 

Dipetik dari laman Facebook Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 8 Disember 2013.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, October 22, 2013

BONGKAR !!! ISU K-POP BABITKAN DS @SHABERYC !!! KSN PERLU SIASAT KSU BERHUBUNG ISU SALAH BERI MAKLUMAT !!!


Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di Parlimen pada sidang Parlimen lalu nyata mendapat perhatian ramai khususnya di kalangan pembangkang.Mereka membangkitkan kononnya kerajaan Barisan Nasional telah melakukan ketirisan dan keborosan sama ada melalui kementerian mahupun agensi kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara.Antaranya isu perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika dipegang Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung bayaran RM 1.6 juta untuk artis K-Pop dari Korea.Menteri Belia Dan Sukan,Khairy Jamaluddin ketika mengulas mengenai perkara tersebut menjelaskan bahawa tajaan tersebut tidak berlaku pada saat-saat akhir.Sehingga menyebabkan pihak KBS terpaksa membayar sendiri perbelanjaan tersebut.Sedangkan sebelum ini,DS Shabery mengatakan perbelanjaan tersebut ditaja oleh pihak swasta.

Malah kenyataan DS Shabery itu turut disokong oleh bekas Setiausaha Kementerian,Datuk Mohid Mohamed pada 2 Jun 2012 yang menegaskan persembahan 3 kumpulan K-Pop dari Korea Selatan itu bukan dibiayai oleh kerajaan.Maka sebagai rakyat biasa,sudah pasti akan timbul tanda tanya berhubung dua kenyataan berbeza mengenai isu yang sama.Pasti mereka dengan mudah akan terus menghadam semua tohmahan yang diberikan pembangkang sebagai pendedahan yang mempunyai asas.Padahal secara realitinya,Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya tidak memisahkan wang tajaan yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara (MSN).Menurut fakta pihak penganjur sebenarnya telah pun memberikan tajaan sebanyak RM20 juta yang dimasukkan ke dalam akaun MSN.Sebaliknya Audit Negara melaporkan ia secara pukal dan beranggapan RM20 juta berkenaan adalah ‘pendapatan’ KBS.Dengan kata lain,Audit Negara tidak mengambil kira wang tajaan yang masuk ke dalam akaun Majlis Sukan Negara tetapi hanya mengambil kira wang yang keluar dari KBS dan kesempatan itu,dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh para pencacai PR untuk melakukan penyelewengan fakta bagi menghentam KBS. 

Mereka mendakwa kononnya kerajaan BN telah menyalahgunakan wang rakyat dengan berpandukan kepada kenyataan Khairy Jamaluddin.Sedangkan Menteri KBS itu sebenarnya telah diberikan maklumat yang salah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Ini berdasarkan kepada kenyataan Khairy kepada media selepas majlis Dialog Bersama Alumni Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 9 Oktober lalu apabila diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan DS Shabery yang mempertahankan kenyataan tajaan tersebut.Khairy menjelaskan kenyataan awal beliau itu berdasarkan kepada laporan yang diberikan oleh pihak kementerian atau dalam bahasa mudah ada pegawai pengurusan tertinggi di dalam KBS yang sengaja mahu menyembunyikan fakta sebenar sehinggakan Khairy terkhilaf dalam membuat kenyataan.Menurut sumber,isu ini terjadi ekoran dari dendam dan perbalahan di antara pihak pengurusan baru KBS dengan pengurusan yang lama atau dalam bahasa mudah,ada pihak yang sengaja mahu meletakkan kesalahan kepada DS Shabery sebagai menteri yang bertanggungjawab.Ini kerana secara rasionalnya,adalah mustahil mereka yang berada di dalam kementerian GAGAL atau terlepas pandang terhadap kos perbelanjaan ini.Tambahan pula ia melibatkan jumlah wang yang besar.Oleh yang demikian,Ketua Setiausaha Negara (KSN) perlu segera menjalankan siasatan berhubung isu ini.Jangan disebabkan masalah peribadi di antara rakan kerja,kerajaan pimpinan Perdana Menteri,dijadikan sasaran kecaman pembangkang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, October 11, 2013

BONGKAR !!! @ANWARIBRAHIM MAHUKAN DS @SHABERYC DI SINGKIR DARI UMNO ??? APA CERITA NI ???


Tiba-tiba nama Shabery Cheek meniti di bibir rakyat Malaysia,berikutan Laporan Audit Negara berhubung bayaran RM1.6 juta kepada kumpulan K-Pop pada Hari Belia Malaysia tahun lalu.Shabery,selaku Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu,memberi jawapan bahawa bayaran tersebut dibuat menggunakan atas penajaan yang diperolehi dari pelbagai pihak,iaitu mencecah sehingga RM20 juta.Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara “culas” (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan.

Bagaimanapun,Ketua Audit Negara menafikan dakwaan Shabery dan berkata,tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-Pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.Suka penulis lontarkan kepada Ketua Audit Negara,siapakah pihak yang gagal menjawab fakta wang konsert K-Pop itu ??? Kegagalan menjawab berkenaan perkara tersebut boleh dikategorikan sebagai ketidakcekapan penjawat awam dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.Mungkinkah apa yang berlaku memang dirancang,agar ianya menjadi isu sempena pemilihan UMNO yang bakal tiba ??? 

Telahan penulis ini adalah berdasarkan kecenderungan penjawat awam kepada pembangkang yang sangat tinggi berdasarkan satu kajian rambang.Mungkinkah ini sebahagian dari perancangan untuk menjatuhkan integriti kerajaan ??? Dengan tidak semena-mena,tiba-tiba kita lihat Anwar Ibrahim cukup lantang dan mahukan siasatan ini dipercepatkan ??? Beriya-iya gaya dia berkata-kata.Dengan tersenyum sinis penulis terfikir,bukankah kita tahu,siapa yang cukup suka melengah-lengahkan perbicaraan kes mahkamah ??? Apa muslihat di sebalik perkara ini ??? Berfikir kebelakang,penulis teringat,bahawa Shabery Cheek adalah satu-satunya menteri yang berani berdebat dengan Anwar Ibrahim.Ketika itu,Shabery Cheek boleh dianggap sebagai menteri “junior”,berbanding deretan menteri-menteri yang ada. 

SIAPA ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, October 03, 2013

EKSKLUSIF !!! PENJELASAN DS @SHABERYC BERKENAAN KONSERT K-POP RM1.6 JUTA DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


PUTRAJAYA 22 Mei 2012 - Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 27 Mei depan.Menterinya,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,berdasarkan jumlah itu,sumbangan­ syarikat swasta pada sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini lebih besar berbanding yang dibelanjakan kerajaan.

“Perbelanjaan kerajaan untuk sambutan Hari Belia Negara kali ini lebih kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh syarikat swasta.Ini adalah reaksi positif yang menunjukkan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan belia negara mendapat sambutan dan sokongan ramai.Tahun lalu kita terima tajaan daripada pihak swasta sebanyak RM15 juta manakala tahun ini jumlah itu bertambah RM5 juta dan saya yakin, ia akan semakin meningkat,” katanya pada Majlis Penyerahan Penajaan daripada Penaja-Penaja Sambutan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia kepada KBS. - Sinar Harian 

Inilah wang tajaan yang diperolehi oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012.Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara.Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar KPOP pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM 1 juta 600 ribu adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS. 

RM 20 Juta Wang Tajaan bagi menjayakan Hari Belia Negara dan ianya terbukti bahawa tidak ada Wang Rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang hanya mengikut rumusan pendek laporan Pihak Audit Negara.Moga Rakyat celik mata dengan pekara ini,kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan Audit negara tentang pembelian mesin Scanner beharga RM14 Ribu seunit.Tetapi dalam isu Kementerian Belia dan Sukan ianya tidak pembaziran Wang Rakyat sebaiknya adalah Wang Tajaan dari syarikat Koporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates