Social Icons

Pages

Thursday, December 12, 2013

EKSKLUSIF !!! BANJIR BESAR !!! LUAHAN HATI OLEH DS @SHABERYC DIDEDAHKAN !!!


Alhamdulillah,5 hari di kemaman.Saat kritikal nampaknya sudah berakhir.Masa kepada kerja-kerja pasca banjir.Membersih dan mengukur kerugian yang ditanggung.Terima kasih kepada yang sudi menghulur.Tenaga atau pun harta.Lebih 18 ribu berpindah dalam tempoh 30 jam.Paling kritikal apabila kira-kira 10 tempat berpindah diisytihar tidak selamat dan terpaksa berpindah lagi.Keselamatan lebih utama dari keselesaan.Maaf di atas kekurangan.Tiada siapa menjangka.Paras air berganda dari yang pernah diingati sesiapa.Seberang Tayor seratus peratus tenggelam.Mak Chili,Mak Lagam,Bukit Mentok lumpuh sama sekali.Elektrik, air dan sistem telekomunikasi turut terhenti. Semuanya luar biasa. Bacaan sukat hujan di Jabur pada 2 Disember ialah 777 mm. 

Ini fenomena 100 tahun.Biasanya di musim tengkujuh kira-kira 350mm sebulan.Kali ini 777mm sehari.Mereka yang tidak berada di sini,tidak merasakannya.Ini adalah fenomena luar biasa.18 ribu hanyalah rekod mereka yang berpindah.Mangsa sebenar lebih dari itu.Tak terkira korban harta benda.Ya,ada banyak yang kelemahan dan banyak perlu diperbaiki.Ini adalah ingatan untuk semua.Namun peranan yang ditunjukkan oleh semua pihak,kakitangan kerajaan,polis,bomba penyelamat,JPAM,Rela, dan lebih-lebih lagi tentera yang datang dari jauh dan dekat amat dihargai.Mereka bekerja bukan kerana kerja tetapi menghayati tanggungjawab yang diberikan.Salute saya untuk tentera kita.Kau kebanggaan negara.Tak ketinggalan para sukarelawan.Baik NGO,parti politik, atau persendirian. 

Tak kira mereka UMNO,PAS atau lainnya.Anda semua wira yang tak didendang.Kita bersatu atas kemanusiaan.Kita bersatu atas hablomminannas.Hubungan insan – ibadat yang dituntut! Ajal maut di tangan Tuhan.Namun kecuali seorang,yang lain semuanya selamat.Ini juga luar biasa.Terima kasih semua.Allah maha penyayang.Syukur yang tak terhingga.Semoga Allah lebih menyatukan kita.Mungkin ini adalah ingatan untuk ummat.Di Aceh dan Sri Lanka,perbalahan mereka hingga berbunuhan – di uji tsunami. Di Filipina, perbalahan mereka hingga berbunuhan – diuji haiyan.

Ujian kita belum sampai ke tahap itu.Allah masih menyayangi kita! 

I love kemaman! 
I love you All! 

Dipetik dari laman Facebook Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 8 Disember 2013.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Harap penulis dapat meng upload ulasan MKN berkenaan isu berat sebelah pembangkan berkenaan isu banjir.

Rujuk link ini :http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/Board/Detail?board=134&entity=7377

Anonymous said...

Harap penulis meng upload ulasan MKN berkenaan komen-komen negetif terhadap masalah banjir.

http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/Board/Detail?board=134&entity=7377

 
 
Blogger Templates