Singapura cukup terkenal dengan sikap hidung tingginya.Negara itu gemar
memandang rendah terhadap Malaysia dan sering mengejek atau memperlekeh
Malaysia.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa hubungan baik Malaysia dengan
Singapura adalah satu hipokrasi semata-mata,sekurang-kurangnya di pihak
Singapura.Telah beberapa kali Singapura dengan sengaja menyakitkan hati kita dengan
menggambarkan Malaysia sebagai tidak selamat dan tidak cukup baik berbanding
negara itu.Kononnya pihak keselamatan kita tidak cekap dan tidak mampu
membendung jenayah.Dalam masa yang sama,terdapat juga rakyat Malaysia sendiri yang mengagungkan
Singapura melebihi negara sendiri.Segala-galanya ingin dibandingkan dengan
Singapura sama ada dari segi pendapatan atau kemajuan.Bagi mereka,Singapura
adalah kiblat dan Malaysia perlu diubah dan ditukar agar menyamai negara itu dari segi
sosial,pendidikan dan segala-galanya.
Hakikatnya, yang ingin diubah agar menepati Singapura itu hanyalah satu
iaitu : ‘dikuasai oleh kaum Cina’.Namun,negara yang terkenal sebagai ‘bandar saman’ itu akhirnya terbukti sebagai
tidak sehebat mana berbanding Malaysia.Walaupun berjaya menutup mulut dan
menekan kaum Melayu di sana agar menerima nasib sebagai warga kelas tiga,tetapi
Singapura tidak mampu menahan kemarahan orang-orang asing yang ditindas di
negara itu.saya tahu bahawa Singapura menyambut baik tenaga professional dari luar dan
diberi gaji yang sebegitu tinggi tetapi sikap kiasu semulajadi kaum Cina membuatkan
mereka melayan tenaga buruh dan pekerja asing peringkat bawahan dengan buruk
sekali.Akibatnya,negara itu menyaksikan rusuhan paling buruk sejak
1969.Perusuh dikenalpasti sebagai warga asing yang tidak puas hati dengan gaji yang begitu
rendah.Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ini bukan kes pertama warga asing
menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di negara itu.Tahun lepas seramai 170
pemandu bas warga China telah melancarkan mogok menuntut gaji dan layanan yang
lebih baik.Ternyata,Singapura itu adalah indah khabar dari rupa.Tiada keadilan yang sebenar
dalam negara yang dikuasai kaum Cina ini.Penindasan merupakan perkara biasa
yang selama ini ditutup dan dipateri rapat agar tidak dapat dihidu oleh sesiapa.walaubagaimanapun,tiada siapa yang dapat menutup keburukannya selama-
lamanya.Hipokrasi pasti terdedah jua.Singapura bertindak tegas ke atas perusuh sepertimana mana-mana polis di dunia.
Mungkin warga Malaysia yang begitu menyanjung Singapura perlu mencerna
tindakan polis Singapura ini sebaiknya.Ketahuilah bahawa hampir tiada di
kalangan rakyat negara itu yang membantah ketegasan polis dan kerajaan mereka
dalam membendung rusuhan.Bayangkan jika ia berlaku di Malaysia,belum apa-apa tentunya sudah ramai yang
memilih untuk membela perusuh dan percaya bahawa kerajaan kita kejam.Tidak
cukup dengan itu,pasti akan diadu pula pada negara asing, agar membantu perusuh
dan mengecam kerajaan sendiri.Kesimpulannya,jika kita ingin mencontohi Singapura,contohilah sikap warganya yang
disiplin dan matang yakni tidak mudah terpengaruh untuk menghentam kerajaan dalam
apa jua keadaan.Tetapi,dalam pada itu,kita juga perlu memahami bahawa tidak semua mengenai
negara itu adalah baik.Sikap hipokrit,kiasu dan perkauman bukanlah sesuatu yang
perlu dicontohi.Apapun,dalam segala segi,percayalah Malaysia adalah sepuluh kali
ganda lebih baik dari Singapura.Buktinya,setiap usaha untuk melakukan rusuhan besar-besaran oleh berbagai pihak
tidak akan berjaya,bukan sahaja kerana pasukan keselamatan kita lebih cekap dari
Singapura tetapi apa yang lebih penting ialah kerana kerajaan Malaysia sebenarnya
tidak pernah menindas sesiapa.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Salam. Setiap satu kes yang berlaku jangan di samaratakan di antara satu sama lain. Jadi janganlah 170 orang Driver (pemandu) dari syrikat bas MRT yang mogok itu di jadikan sandaran. Tuan tahukah kenapa mogok itu berlaku. Sebenarnya rakyat warga Cina itu kecewa dengan bayaran yang diberikan kepada Warga Cina Malaysia berbeza dengan mereka.
Bayaran itu berbeza kerana Warga Cina Malaysia standad memandunya lebih baik dari pemandu dari Rakyat Cina. Kerajaan Singapura terpaksa mengadakan kelas memandu tambahan untuk warga Cina itu berbanding dengan pemandu daripada Malaysia. Jadi gaji mereka juga berbeza.
Kerana dengar cakap-cakap sebelah pehak mereka terhasut dan mogok . Kononnya tidak adil untuk mereka.Akhirnya mereka di penjara dan di hantar pulang. Siapa yang rugi? Fitnah jahat inilah yang harus di hindarkan tak kira dimana sahaja.
Fikir-fikirkanlah....
Saat jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.eorspress.com
Kalau la negara kita lebih cekap dari singapura tak payah la jenayah kian meningkat dinegara kita.. tak usah la nak membuat perbandingan dengan negara lain yang penting ialah pikir ada apa cara boleh mengurangkan kadar jenayah agar rakyat tempatan hidup dgn lebih aman n tenteram ..
Post a Comment